January 20, 2011

BINGKA KELEDEK

 Minggu ni minggu untuk "Bingka" . Hari ini akak buat Kuih Bakar Keledek. ni pun kes sebab nak habiskan keledek yang dah nak tumbuh akar dah .. lama sangat simpan. Jadi akak buat Kuih Bakar Keledek resepi yang akak dapat dari rumah "Home Sweet Home".  Sebenarnya kuih yang nipis ni baki saja sebab yang besar dah dibawa pergi oleh Mr S. 


Jadi izinkan akak C&P resepi ni untuk teman teman :

KUIH BAKAR KELEDEK (BINGKA KELEDEK)
Sumber: Bro Rozzan dan Home Sweet Home

Bahan-bahan :
  • 250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun-direbus dan lecek halus
  • 230 gm tepung gandum
  • 270 gm gula pasir
  • 4 biji telur (saiz besar)
  • 650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
  • ½ sudu teh vanilli
  • sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi (akak guna unsalted butter jek)
Cara:
  1. Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu.
  3. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.

4 comments:

  1. Salam kenal dan ziarah,

    dari rumah ayu, knur singgah sini...keledek bingka ni nampak sedap sekali.

    ReplyDelete
  2. wowww sedap nieh! cantik bijan tuh bertaburan... rasa nak kutil2... hihi

    ReplyDelete
  3. wahwahwah...sedap ni, kalau nipis mesti banayk kerak..lagii sedappp..fuhh fenin!!

    ReplyDelete
  4. sedapnya bingka ni suka kat tepi2 loyang tu kalau bakar garing2...emm terliur la pulak..hehe

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...