Total Pageviews

January 26, 2011

BINGKA SUKUN



Bila hari hari mengadap blog .. jadi mati ayat pulak sebab akak ni bukan pandai sangat nak menyusun ayat . Dulu dulu pun kelas sains, mengarang fail..hehehe.
Tapi tak ada kena mengena ngan dunia masakan akak sendiri. Kali ni akak buat Bingka Sukun (dari rumah Ayu)..selama ni memang tak pernah dibuat orang kot..akak pun baru jer tau..

Rasanya memang sedap..tak sangka Sukun pun boleh buat bingka. Lepas ni boleh lah bereksperimen buah buah yang lain pulak kan...

Jadi buat teman teman yang belum mencuba ..akak C&P resepi ni untuk dicuba..

Rujukan : Ayu

BAHAN
450-500g sukon (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air)
(Buah sukon yg sudah lembik & tak boleh digoreng)
4-5 biji telor-(Ayu gunakan 4 aje)
200g tepung gandum
180g gula
300ml santan - (akak guna santan kotak KARA)
150ml air
1sk esen vanila
1sk garam
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan (jika suka)

CARANYA

Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga gula larut & tepung tidak bergentil.
Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
Tuangkan adunan tadi dan taburkan sedikit bijan (jika suka)
Bakar dalam oven suhu 180-200°c selama 40-45minit
*Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong. 
Sources:-From http://serojakitchen.blogspot.com
 

Bingka Sukun


4 comments:

  1. wah akak..sedapnya yang ada kerak kerak tuuu....rasa nak gigit gigit je..tu la...kalau ada buah sukun nanti nak try jugak buat..

    ReplyDelete
  2. salam nazrah,
    wah bingka sukun dah jadi dah ya..
    akak perhatikan nazrah pun suka kuih2 yang berbingka ya..ada nampak bingka keledek, labu, pisang samalah macam akak suka bingka..hehehe

    ReplyDelete
  3. salam nazrah

    saya tak pernah makan BINGKA SUKUN ni...ni mesti sedap!!

    ReplyDelete
  4. Izah ... kalau nak akak bagi la sikit..
    Kak Ayu.. suka buat bingka ..sebab senang dan sedap
    Ady ... memang sedap..cuba la

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...