Total Pageviews

January 4, 2011

KEK KUKUS GULA HANGUS

 

Salam Tahun Baru..tak terlambat nak ucap kan selamat tahun baru.. Hari ini pembukaan rasmi cawangan pejabat akak di Kelana Jaya dan dari pagi kelam kabut menghantar si kakak ke sekolah, tengahari ambil pulang dari sekolah dan terus ke Kelana Jaya. Alih alih bila sampai rumah petang petang gini..rasa nak buat kuih plak..





Tak boleh duduk diam cik minah ni kan..haaaaa...Jadi kita layan le dari kitab akak yg belum khatam tu ...resepi dari Zubaida Che Pa..

Bahan Bahan

8 biji telur
1/2 tin susu pekat manis
150 gm mentega cair
200 gm tepung superfine
400 gm gula kaster
2 cawan air
1 sudu besar soda bikarbonat


Cara2

1. Cairkan 300 gm gula pasir dan masukkan dua cawan air
2. Pukul Telur, susu pekat dan baki gula sehingga kembang
3. Masukkan mentega cair dan kacau sebati
4. Ayak tepung dan soda danmasukkan ke dalam adunan telur
5. AKhir sekali masukkan air gula hangus tadi dan dikacau sebati.
6. Tuangkan dalam adunan ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam

















5 comments:

  1. comel buat dlm bekas kecik2 ni...tahniah akak

    ReplyDelete
  2. Sedap ni, kalau hiasan dengan caramel pecan nut lagi cun. Insyallah akan masuk buat experiment kat PATYSKITCHEN. thx for the recipe. Rajinla awak semua. Suka dapat gang creative macam ni.

    ReplyDelete
  3. comeynyer kecik2 cenggini.... nih kek yg ader sarang tuh ker naz?

    ReplyDelete
  4. eh kak...ala2 sarang semut ke ni?terliur lak

    ReplyDelete
  5. Izah > terima kasih
    Paty > kalau dah buat experiment tu jgn lupa N3
    kat kita.
    Hana dan Anna > ni resepinya lain sikit dari sarang semut..tapi memang sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...