Empat hari selapas pembuka tirai 2011, adalah dugaan yang tidak di sangka. Inilah dugaan namanya tapi mungkin ada hikmahnya di penghujung nya..Insyallah..
Pembantu rumah ku telah melarikan diri..walaupun telah bekerja hampir 4 tahun) dan hanya menjaga 2 orang anak sedangkan aku sendiri keluar bekerja dari jam 6 am hingga petang...tak ader yg kurang cuma sebulan dua ni mungkin termakan hasutan orang..
Nasib baik dia lari semasa aku ada kat rumah sedang tidor..di buatnya dia lari waktu aku kerja dan tinggalkan anak aku sendiri di rumah lagi haru biru jadinya...
Natijahnya...jangan percayakan pembantu rumah walaupun selama ini mereka amat baik.... hu hu hu..
Walaupun begitu..untuk menghilangkan rasa marah dan gusar aku masih lagi sempat untuk mencuba satu lagi resepi Zubaida Che Pa..
Bahan Bahan
4 biji telur
125 gm gula kaster
220 gm mentega
190 gm tepung superfine
2 sudu makan susu pekat
1 tsp esen vanilla
1/2 sudu besar ovalette
Cara Cara
1. Pukul telur, gula dan ovalet sehingga kembang dan pekat.
2. Ayak tepung ke dalam adunan telur dan sebatikan adunan.
3. DI bekas yang lain, pukul mentega dan susu hingga kembang.
4. Masukkan mentega ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit dan digaul rata.
5. Masukkan ke dalam acuan dan kukus selama 1 jam.
Salam Nazrah. Along pun ada buku Chef Zubaidah ni. Mmg best2 respi dia, kek butter ni pun Along dh cuba & beri pd kwn dia ckp sedap. Rajin nya Nazrah cuba byk respi dia... khatam nanti jemput ler kita mkn pulut kuning ya....hehe. Sori dengar maid dh lari, susah gak kl takda org jaga anak ni.
ReplyDeleteTerima kasih along..nasib baik dah ader maid ganti..dapatlah saya menyambung balik hobbi ni..kalau tak susah nak khatam buku Chef Zubaida ni..
ReplyDelete