Total Pageviews

January 19, 2011

BINGKA PISANG

Hari ini Mr S dah keluar dari hospital..jadi petang petang ni agak free masa akak. Lihat ada baki pisang semalam yang buat kek pisang tu, maka terjadilah Bingka Pisang ni..Kalau nak buat lepat pisang tak der daun pisang pulak..aleh aleh yg senang bakar jadi bingka..sedap juga..sekali sekala..


Basic bahan bahan sama macam buat bingka labu..tapi akak gantikan ngan pisang yang ada kat rumah ni..


Bahan bahan
5 biji telor
500 ml santan (atau 200ml santan kotak + 300ml air)
200g tepung gandum, 
180gm gula halus (atau nak manis tambah sendiri ler) 
1/2 c/t garam, 
1 c/t esen vanilla, 
450g pisang ( lecek hingga lumat.) - kalau nak lebih rasa pisang boleh ditambah

cara2 

Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin dengan mentega dan lapik ngan aluminium foil (kanan kiri biar lebih supaya senang angkat) atas aluminium foil pun sapu Mentega.
Semua bahan2 diatas kecuali pisang di kacau dengan whisk hingga bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan pisang kacau hingga rata.
Tuang dalam tin dan bakar selama 40-45 minit (sehingga ada kerak sikit diatasnya).


Tu dia..kalau nak sedap boleh letak choc rice lagi.. hehe ..untuk hiasan jer tu..selamat mencuba yer..buat Mr S..control makan ye ( no makan lemak2 lagi, no steak and no no no no ) 

Layan gambar ye..selamat mencuba..

3 comments:

  1. wah bingka pisang,
    ada coklat nak rasa sikit ..
    ciannya Mr S, kena control makan ya..
    samalah Mr Hubby kita..heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...