Salam hari Sabtu..hari ini Akak ada majlis reunion yang mana nak jumpa kawan kawan yang lebih dari 23 tahun x jumpa..Perjumpaan diadakan di Flora Cafe yang terletak di Amp Walk Jln Ampang.. jadi akak telah buatkan Bingka Ubi Cheese untuk pencuci mulut buat teman teman...
Izinkan Akak C&P ya..
BINGKA UBIKAYU CHEESE
By: Roz@HomeKreation
Sumber: Sahabat Norj
Saiz 8" persegi
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
250g Cream Cheese
250g Gular
2 biji Telur
800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air)
Pewarna kuning
CARA2:
1.Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
Masukkan elur satu persatu sambil dipukul rata.
Masukkan ubikayu & santan.
2. Bakar suhu 170C selama 1jam 30min sehingga masak.
Sejukkan sebelum di potong.
Alhamdulillah...kawan kawan semua suka..rasanya memang marvelous...terima kasih atas empunya resepi...
Selamat mencuba ya....
salam.....
ReplyDeletemenarik bingka ubi ni, mesti sedap kan..boleh la try nanti..
salam..
ReplyDeletejadi juga nazrah buat bingka ubi ni ya...sedap kan...cam terasa2 lagi kat anak tekak nih...hehe
Salam Nazrah. Wah, congrat dah jadi pun, cun lak tu. Mana Along punya.... kurang2 pun 5 ketoi...hehe.
ReplyDeleteIza..
ReplyDeletememan sedap..siap kawan2 minta bawak balik..
Roz...
Yang jadi nya pasal banyak ubi kat rumah ni...bukan lima satu loyang pun boleh