Total Pageviews

January 27, 2011

BINGKA SUKUN CHEESE




 Wah..menarik kan..tiba tiba ada Bingka Sukun Cheese. Bukan aper dua hari ini menghabiskan sebiji sukun yang telah masak ranum. Semalam pun dah buat bingka sukun tapi dok belek belek dalam aisbok ada pulak cheese yang nak expired..tu la kejadiannya..tapi masa nak membuat bingka ni..akak terlupa plak nak kuarkan cheese tu dari aisbok..ambil  jalan mudah terus jer blend sekali ngan sukun tu...bila dah jadi macam tu la. rupanya..tak menarik macam kena panau jer isi dia..tapi rasa tetap marvelos...budak budak opis suker sesangatnya..habis di belasah satu loyang kus kus kus.....

Masih menggunakan resepi asal dari  AlongRoz dan Iza Akma cuma akak tambahkan Cheese untuk sedikit kesedapan..


Rujukan  alongRoz
dan

BAHAN
450-500g sukon (dikupas kulitnya & diblender dgn sedikit air)
(Buah sukon yg sudah lembik & tak boleh digoreng)
4-5 biji telor-(Ayu gunakan 4 aje)
200g tepung gandum
200g gula
300ml santan - (akak guna santan kotak KARA)
150ml air
1sk esen vanila
1sk garam
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan (jika suka)
200 gm Cream Cheese

CARANYA
Pukul Cream Cheese dan gula hingga sebati.
Satukan semua bahan di atas dikacau rata sehingga tepung tidak bergentil.
Lenserkan loyang/acuan dengan butter/minyak masak
Tuangkan adunan tadi dan taburkan sedikit bijan (jika suka)
Bakar dalam oven suhu 180-200°c selama 40-45minit
*Biarkan betul2 sejuk barulah dipotong.


 Moga anda semua pun suka ... kalau tak suka abaikan saja cheese tu..hehehe





3 comments:

  1. nih yg rasa nak panjat pokok anggur nih kot2 anggur tuh leh jd sukun! huwaaaaaa... mencik! meh sini campak seloyang..

    ReplyDelete
  2. isk ish..bukan seloyang jer dua loyang pun boleh campak ..tapi takut tak sampai jer...

    ReplyDelete
  3. salam nazrah,
    nampaknya bingka ubi cheese dan bingka sukun dah dikawinkan...heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...