Total Pageviews

January 3, 2011

TALAM KACANG MERAH GAYA CMG



Selamat Petang semua..semalam tengok CMG bukan main lagi menderhakan Talam Kacang Merah awak tahun 2011..Tengok dalam petiais ada plak baki kacang merah yg telah direbus takut lama2 tak sedap plak..maka bermula lah projek..akak pun derhaka sikit tak guna kacang dalam tin..ha haha..



Jadi minta izin CMG untuk C&P resepi nya di bawah : 

BAHAN TALAM  KACANG MERAH :-)
1 tin red beans, ditoskan (Akak guna kacang merah rebus)
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
1/2 cawan + 1 camca besar gula (atau ikut manis)
1 1/2 cawan santan
Sedikit pewarna merah jambu
Beberapa titik perwarna ungu

BAHAN LAPISAN ATAS (KEPALA) :-)
400 ml santan
3 camca besar tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan kukusan, alas tin berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik bersih, sapu sedikit minyak makan pada plastik tadi. Ketepikan.
  2. UNTUK LAPISAN KACANG MERAH :- Kacang merah tadi diambil 3/4 cawan dan bakinya diketepikan. Kisar 3/4 cawan kacang merah bersama gula dan 1/2 cawan santan. Ketepikan. Baki satu cawan santan dibancuh bersama tepung beras dan tepung ubi, kacau rata dengan whisk dan tapis. Satukan kacang merah kisar tadi, sedikit pewarna merah jambu dan pewarna unggu ke dalam bancuhan tepung, kacau rata2 dan tuang dalam tin dan tabur baki kacang merah yang tidak dikisar tadi. Kukus 30 minit dengan api sederhana, mat tutup permukaan tin dengan tudung periuk.
  3. UNTUK LAPISAN KEPALA :- Bancuh semua bahan untuk lapisan kepala, kecuali garam, kacau rata dan tapis ke dalam periuk. Tambah garam secukup rasa (biar lemak2 saja, jangan masin sangat), kacau dan masak dengan api kecil hingga adunan suam dan kelihatan pekat. Matikan api.
  4. UNTUK TALAM KACANG MERAH :- Angkat kukus yang berisi tin tadi, jika terdapat air atas permukaan lapisan kacang merah, gunakan kaedah membentangkan paper towel bersih atas permukaannya dan tarik perlahan2. Kemudian cakar sikit permukaannya. Tuang bahagian kepala tadi berhati2, gunakan kaedah meletak senduk atas dah curah ke dalan senduk tadi, biar melimpah, ratakan dan sambung kukus selama 20 minit lagi pada api sederhana, tutup tin dengan tudung periuk yang sesuai.
  5. Bila kuih masak dan jika ada air dipermukaan, buat kaedah sama seperti lapisan kacang merah tadi. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dipotong untuk hidangan...
CATATAN MAT GEBU :- Kaler tu kalau resipi asal guna merah saja. Tapi mat gebu buat sedikit xperimen, hehehe, jadi jangan pening2 pala eks, guna jeee kaler merah....Hmm kalau nak try macam mat guna tu pun ok, jadi lawaa, serius nih...

Tapi kuih ni memang marvelous..angkat tangan kat CMG yg mengolah resepi baru..jangan tak cuba ya...









2 comments:

  1. kalau kacang merah tu lama kan nak rebus kak? cantik kuih ni,sah sah sedaap wangi je kcg merah tu kan

    ReplyDelete
  2. salam nazrah,
    cantik kuih naz ni..mesti sedap sebab ada kacang merah bawahnya tu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...