Total Pageviews

January 3, 2011

KEK KUKUS KEJU


Tanggal 2 Jan 2011 adalah hari jadi adik , Shima yang ke 29.. nak bagi hadiah tu tak ader jadi akak buatkan kek kukus keju ni yang di adaptasikan dari buku "steamed Cakes" resepi Chef Zubaida Che Pa..









Untuk resepi nya :-

Bahan bahan

250 gm cream cheese

160 gm mentega
8 biji telur
160 gm tepung naik sendiri
250 gm gula kaster ( tapi akak kurangkan ke 200gm )
1 tsp cream of tartar
1 tsp esen vanilla

Cara Cara

1. Asingkan kuning dan putih telur
2. Pukul putih telur dengan cream or tartar dan 1 sudu gula hingga pekat.
3. DIbekas yang lain, pukul butter, cream cheese dan baki gula hingga kembang.
4. Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla
5. KEmudian masukkan tepung ygn telah diayak dan kacau sebati.
6. Akhir sekali masukkan adunan telur putih tadi sedikit sedikit.
7. Acuan 8 x 8" 
8. Kukus selama 1 jam..setelah ke masak bolehkn dibakar dalam oven dengan suhu 170C sehingga keemasan.



Kita orang sambut Birthday Mom ni sambil makan makan di Restoran Mee Jawa di Duta Solaris , ibunda tersayang pun ada juga...Selamat Ulang Tahun ke 29..semoga panjang umur dan murah lagi rezeki tahun 2011.



2 comments:

  1. salam kak..
    nak tanya, kalau guna buttercup boleh takk?

    ReplyDelete
  2. boleh saja...lagi sedap kalau guna butter...terima kasih sudi jalan jalan kesini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...