January 24, 2011

PUDING ROTI SOS KASTARD

 
 Salam semua..alkisah kejadian Puding Roti Sos Kastard hari ini. Kelmarin akak buat la roti ikut resepi yang diberikan oleh MR BM..konon kononnya nak makan roti buatan sendiri ..tah apa silapnya keras la pulak. Nak makan pun tak lalu..
Jalan jalan kat rumah Hana nampaklah resepi yang amat menarik bagi tidak membazirkan roti yang keras tu...

 Untuk resepi nya minta izin dari Hana di C&P ya..

Bahan-bahan
  • 8 keping Roti
  • * 500 ml Susu segar
  • * 4 sudu besar Gula halus
  • * 2 sudu besar Butter- cairkan
  • * 2 biji Telur
  • * 1 sudu teh Esen vanilla
  • * 1 sudu besar Tepung Jagung
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar Kismis
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepungkastad- hana ltk 11/2 sb je..
  • 2 s/b gula
Cara-cara
  1. Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
  2. Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
  3. Biarkan sebentar dalam 20-30min agar roti terendam sepenuhnya.
  4. Taburkan kismis diatas adunan.
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  6. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
  7. Tuang ke atas puding roti tadi.



Memang sedap puding roti sos kastard ni..akak buat dua acuan ke opis habis licin..ia nya kerana kurang manis..petang ni pun akak buat lagi untuk esok..heheheh..selamat roti aku dari di buang..

Selamat mencuba ya....


3 comments:

  1. wah sedap ni...kreatif juga akak ni...boleh tukar jadi puding yg sedap ni pulak kan..:)

    ReplyDelete
  2. Ini favorite anak-anak. Kalau buat tak sampai sejam habis langsai. Sedap ni.

    ReplyDelete
  3. My favourite too.....lama tak buat!!!!!!

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...