Total Pageviews

January 6, 2011

PANDAN SWISS ROLL


 Salam buat semua... N3 hari ini Swiss Roll Pandan..jalan2 jumpa resepi di Sweet Cuppies dan ini hasilnya....tengok belum lagi sejuk dah potong sebab abang dah tak sabar nak makan.



Minta izin dari empunya resepi utk C&P
 
RESIPI SWISS ROLL

Bahan A :-

5 biji kuning telur
50 g gula castor
1/4 s.teh garam
50 ml. minyak jagung
50 ml. santan ( saya guna fresh milk)
110 g tepung gandum
1/2 s.teh baking powder
sikit pewarna -- jika perlu

Bahan B :-

5 biji putih telur
100 g gula castor
1/4 s.teh cream of tartar

Sebarang jenis jem atau krim untuk sapuan

Cara-cara Membuatnya:-

1. Sediakan acuan swiss roll 12" x 12" yang dilenserkan dan dialas dengan kertas kalis
minyak ---alas seluruh acuan sampai bahagian tepinya.Panaskan oven kepada 175c.
2. Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan.

3.Di dalam sebuah mangkuk,masukkan bahan-bahan A selebihnya dan kacau dengan menggunakan whisk saja untuk sebatikan kuning telur,gula,garam,minyak dan santan.Setelah itu masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

4. Didalam mangkuk lain putarkan bahan B dengan mixer hingga kembang dan gebu,bila diangkat mixer,telur putih akan terbentuk peak---macam buat kek chiffon.

5. Kemudian,campurkan adunan B tadi ke dalan adunan A dan gaul perlahan-lahan dengan menggunakan sudip plastik saja...hingga adunan sebati.Jangan digaul terlalu lama.Cukup sekadar adunan tepung dan adunan putih telur sebati.

6. Tuangkan ke dalam acuan swiss roll yang telah disediakan tadi dan ratakan adunan.

7. Letakkan acuan di bahagian tengah oven dan bakar selama lebih kurang 20 - 25 minit.

8. Setelah masak, keluarkan segera kek daripada acuan biarkan dalam 3 minit,kemudian sapukan dengan jem pilihan dan gulung dengan berhati-hati.

9. Sedia untuk dimakan.

1 comment:

  1. cantik kek gulung neh..dah lama teringin nak cube baking kek gulung.tapii cam tak de confiden je.takut time gulugn nanti terpecah la..ishh...layan je tengok kek kat sini la ekk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...