Total Pageviews

December 18, 2011

KEK PISANG LEMBAB

Assalamualaikum ...petang hari Ahad....


Rasanya dah agak lama saya tak buat kek pisang... sekali sekala layan kek pisang harum satu rumah...



Kek ni memang gebu giler...sedap dan amat sedap...hehhehe...kalau tak kawal boleh habis satu buku kek tu saya makan....







Untuk teman teman saya salin semula resepi ini dan minta izin CMG ya....

KEK PISANG LEMBAB
Sumber : CMG

BAHAN

250gm tepung gandum  )
1 s/t soda bikarbonat    ) diayak bersama 
1/2 s/t garam halus       )
5 Biji telur gred A
15 g ovalette
150g gula halus
125 g mentega , dicair dan dibiarkan sejuk
100g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 s/t even vanilla , dilecek halus

CARA MEMBUAT NYA :

* Panaskan oven pada suhu 175C. Lenserkan tin dengan mentega dan ditaburkan sedikit tepung.
* Putar gula dan ovelette hingga sebati, masukkan telur dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan bahulu)
* Masukkan pisang dan gaul rata. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega dan minyak jagung.
* Tuang dalam tin dan bakar kira2 50-60 min (mengikut kesesuaian oven). 

7 comments:

  1. lama mala tak baking .. kalau ada pisang boleh cuba resepi ni.

    ReplyDelete
  2. wah kak nazrah..nampak sedap kek pisangnya..saya baru sekarang pandai buat kek pisang...dulu2 buat rasa tak berapa nak best bila buat kek sendiri..hehehe..nanti nak cuba resepi cmg ni pulak...:)

    ReplyDelete
  3. Selamat mlm Nazrah...singgah kejap tengok kek pisang...waa sedapnya..

    Tima kasih sudi singgah n follow dapur Rahel,kini giliran Rahel pulak nak follow balek..

    ReplyDelete
  4. sedapnya naz. Nak kena carik pisang ni.

    ReplyDelete
  5. memang nampak gebus kek pisang ni kak..sedapnya kalau dpt minum ptng kat sini:)

    ReplyDelete
  6. Asalamualaikum kak Nazrah...
    Resepi ni mmg best.. Pernah cuba hak dulu.. Ermmm...lazat..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...