December 2, 2011

PUDING LEMAK CENDOL

Salam 1 Malaysia......

Lewat Jumaat malam....


Hari ini kita buat Puding Lemak Cendol... sewaktu ronda ronda rumah cik kak Yatie kita...kebetulan ada stok cendol yang dah agak lama...  sedap dan amat mudah...boleh dipelbagaikan selain cendol pada pendapat kita...insyallah kita akan cuba lagi...

Buat empunya resepi...terima kasih dan izin kita salin kembali.... 


 
PUDING LEMAK CENDOL


Bahan-Bahan
  • 1 cwn tepung jagung
  • 1 1/2 cwn gula pasir
  • 4 1/2 cwn santan (sederhana pekat)
  • 2 helai daun pandan
  • 500 gm cendol (tapiskan)
Cara-cara
 
  1. Bancuh 1 cwn tepung jagung bersama santan dan tapiskan.
  2. Masak adunan td dgn api sederhana.
  3. Masukkan gula pasir dan kacau hingga sebati. Adunan hendaklah sentiasa di kacau. (dalam 20 minit)
  4. Masukkan cendol yg ditapis. Gaul sebati selama 5 minit.
  5. Angkat dan tuang di loyang.Biarkan sejuk dalam 2 jam.
  6. Setelah sejuk bolehlah dipotong.

6 comments:

  1. Assalamualaikum Naz,
    tq sudi mencuba resepi ni, mudah dan sedapkan....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak...
    cantiknya puding nie akak... pasti lemak2 gitukan akak...nmpk sedap

    ReplyDelete
  3. aslmkm kak..puding ni tak guna agar2 ye? macam nak try la..hehe

    ReplyDelete
  4. cantik je puding akak ni...suka puding letak santan...rasa lemak2 santan tu sedap...:)

    ReplyDelete
  5. ermmm....sedapnyaaa...nak cuba buatlah

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...