December 4, 2011

TAPAI PULUT MANIS

Salam hari Ahad...




Kita saja buat tapai pulut sebab tengok ragi yang banyak dalam almari...takut rosak... kalau buat sendiri memang puas makan..kalau beli ..sikit je dia bungkus..sekali ngap je...

Memang manis sungguh tapai ni... insyallah kalau kita rajin boleh la kita buat kuih atau kek menggunakan tapai pulut..atau ada sesiapa yang boleh bagi kita idea tak atau resepi yang boleh di cuba...

Buat sofinar@my resipi..terima kasih atas resepi..tapi kita main agak2 jugak....


TAPAI PULUT

Bahan-bahan

  • 1 kg beras pulut
  • 1/2 biji ragi- ditumbuk halus ( saya guna 1 biji ragi)
  • daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara-cara

  1. tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
  2. apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
  3. tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
  4. setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari 

4 comments:

  1. waahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hebat!! tun tau makan je nih. tu pun setahun sekali je dpt makan, time raya. hehe

    ReplyDelete
  2. wah sedap....dah lama tak buat tapai...tengok tapai Naz teringin lah plak....slurppp !

    ReplyDelete
  3. terasa manisnya dalam mulut bundo ni..

    ReplyDelete
  4. wahh sedapnya.... favorite kita tuu tapai pulut.. nak try gak lahh

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...