Total Pageviews

August 10, 2014

KEK MARBLE SUSU

Assalamualaikum...





Open house banyak sungguh seminggu dua ni... jadi apa yang mudah untuk di bawa ke rumah teman teman dan saudara adalah Kek Marble susu ( ternampak Kak Paty) buat... 

Memang lembut dan sedap kek marble susu ni...

Kita layan je la... 


Kek Marble Susu
by Chef Zubaidah 

  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 290 gm tepung naik sendiri
  • 50 gm susu pekat manis
  • 100 g susu cair
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1 sudu teh kapucino emulco
  • 1 sudu teh esen vanilla ~ ita tambah
  • Kepingan badam sebagai hiasan


  1. Panaskan oven pada suhu 150C
  2. Sediakan loyang ukuran 8 inc
  3. Sapukan butter dan alas dasar loyang dengan kertas kek
  4. Pukul mentega dan gula sehingga sebati
  5. Masukkan telur satu persatu
  6. Kemudian masukkan susu pekat manis
  7. Pukul sehingga adunan sebati
  8. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri berselang seli dengan susu cair
  9. Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung.
  10. Ambil 1/4 adunan
  11. Letakkan coklat emulco dan kapucino emulco
  12. Kacau rata
  13. Letakkan esen vanilla didalam adunan plain dan kacau rata
  14. Tuangkan adunan plain ke dalam loyang
  15. Diikuti adunan coklat kapucino
  16. Buatkan bentuk marble dengan belakang sudu
  17. Hiaskan dengan taburan kepingan badam
  18. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek dimasak sempurna.





3 comments:

  1. salam aidilfitri..
    memang nampak sedap dan gebu kek ni..

    ReplyDelete
  2. Halo Bloger Makanan! Gabung yuk!! di myTasteIndonesia.com!!!

    Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami. Tambahkan blog Anda di link ini: http://www.mytasteindonesia.com/tambahkan_blog_anda

    Bila ada pertanyaan jangan sungkan untuk hubungi kami di:
    info@mytasteindonesia.com

    Terima kasih,
    Salam myTaste Indonesia,
    Immanuel Kabuhung

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Tumpang tanya. Saya ada baca entri http://bahuluberintinaz.blogspot.com/2010/11/bahulu-inti-berperisa-strawbery.html, pasai bahulu berperisa kan? Nak tanya, still jual lagi ka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...