Total Pageviews

October 29, 2014

APAM PISANG



Assalamualaikum....

Hari ini saya tayang Apam Pisang ..tentu ramai juga yang dah lama tak buat apam pisang...

Resepi masih lagi dari teman2 blog... rasa apam nya sangat lembut dan gebu...tanpa kelapa pun dah cukup sedap.

Kita layan resepinya ya....


Apam Pisang Kukus
Sumber : Diana / Madiha

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) (akak guna 250 gm )
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula
secubit garam

Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang.  Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
4. Kemudian masukkan tepung & gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

guna acuan apam yang kecik2 tu.. & masa mengukus  telah dikurangkan ke 12 ~ 15 minit.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...