Total Pageviews

February 14, 2011

APAM PELANGI

Cepat betul waktu berlalu...rasanya baru jer habis bercuti tahun baru cina..ni dah nak masuk setengah bulan Februari pulak...ish...ish.. Sebenarnya apam ni di minta oleh teman pejabat tetapi semalam akak tak sempat sebab keletihan.



Jadi petang ni Akak saja buat Apam untuk dibawa ke opis esok pagi... senang biar budak budak opis tak payah beli sarapan..

Dulu akak pun selalu dah buat apam ni..memang senang dibuat dan sungguh harum baunya...










Resepi ni akak dapat dari Ida Bakery (dalam majalah) dan minta izin akak salinkan resepi disini..






Bahan bahannya :
5 biji telur
1 s/t ovellete
1/2 s/t esen vanilla
300 gm gula castor (Akak kurang kan kepada 200 gm)
300 gm tepung gandum
250 ml santan (akak guna santan kotak)
1 s/t serbuk penaik
sedikit garam
sedikit pewarna merah, hijau dan kuing (ikut suka yer)

Cara membuatnya :

* Pukul telur, ovalette dan gula hingga kembang
* Setelah itu masukkan tepung, santan dan esen vanilla. Pukul semuanya hingga sebati
* Sementara itu panaskan kukus, sapu loyang dengan sedikit minyak.
* Adunan yg sebati dibahagian kepada tiga bahagian diberikan warna merah, hijau dan kuning.
   Tuangkan  ke dalam adunan dengan warna berselang seli.
* Kukus adunan selama 30 minit dan sejukkan sebelum di hidangkan bersama kelapa parut.


Tu tangan si kakak ...biasanya tak suka makan kuih..

katanya sedap.....
 

3 comments:

  1. salam..kombinasi color yg menarik..nak juga try lah..izin copy resepi ya, Naz..

    ReplyDelete
  2. apam pelangi ni memang sedapppp..
    cantik apam pelangi akak tu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...