February 7, 2011

TALAM CENDOL

 Salam wat semua...hari ini kita menalam lagi. Ni semua angkara si yatie yang banyak sangat menayang macam macam jenis talam..dia kan pakar Talam..semua talam dia cantik dan tentunya sedap...projek ini disebabkan adanya Cendol yang tak diusik oleh saya sejak beberapa minggu .. sampai nak expired tarikh tu..kadangkala saya ni ada gak malasnya bila nak membuat kuih talam ni...tak tau kenapa..


Resepi dari rumah Yatie (sama macam Chef Asma punya resepi)  ni memang ngam2 dapat cantik kat acuan 10 x 10, kebetulan pulak hari ini family nak datang ke rumah..arghh cun la tu.. 

Jadi izinkan akak salin resepinya ya...

Sumber : Yatie (Sinar Kehidupanku)
Lapisan bawah
Bahan A
  • 200 gm tepung beras*
  • 250 ml santan pekat*
  • 450 ml air*
  • 1 s/b tepung jagung*
  • 150 gm gula caster
  • 1 s/k garam
Bahan B
  • 200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je
Cara-Caranya:-
  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu
Lapisan Atas
Bahan A
  • 300 gm gula merah
  • 50 gm gula castor
  • 500 ml air
  • 2 helai daun pandan-saya tambah
Bahan B
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 s/b tpng jagung-saya tambah
  • 3 biji telur
  • 250 ml santan pekat
  • 1/2 s/k garam
Cara-caranya:-
  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
 
 SELINGAN KAMERA...KLIK KLIK



Bunga ni ada di taman bapa saya..tapi ada sesiapa yang tau tak nama bunga ni...
?

9 comments:

  1. cantik la talam cendol akak tu....
    bila lak mas nk buat....

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Naz,
    Cantiknya talam cendol tu...dah tentu rasanya sedap sangat...kuih talam adalah kuih kegemaranku...hehehhe...pasni nak wat talam apa pulak tuuuu....

    ReplyDelete
  3. Assalam Naz,
    dalam malas2, cantik gak jadinya talam cendol tu...sedap kan naz kuih ni...teringin nak buat lg...

    ReplyDelete
  4. salam naz
    kak ilah juga buat talam cendol tghari tadi
    tapi cendol buat sendri tu agak lembut maka ia cair dlm tepung semasa kukus. kalu yg beli tu dia kenyal dan keras sikit.. huhu.. cantek la talam naz..kemas juga tuuu..jgn jeles yatie JB..hehe

    ReplyDelete
  5. assalam kak, wah sampai kat dapur akak lak talam cendol ni...saya tumpang mkn sini jer lah..hehe btw memang nampak cantik dan kemas la tu kak.

    ReplyDelete
  6. assalam naz..talam cendol akak paling suka..cuma tak pernah buat sendiri..beli aje..
    selera betul akak tengok gambar tu..nampak sedap sangat..

    ReplyDelete
  7. Salam Mas..
    Bila rajin nanti buat lah ya...nak gak tengok gambar

    ReplyDelete
  8. W,salam ...

    Yatie
    U la idola i..lepas ni nak buat Serimuka Keledek ..tunggu ya

    Umiliza dan Iza Akma
    Memang sedap talam cendol ni..cepat jer habis

    Kak Ilajy
    Akak pun rajin gak..Yatie tu sifu saya ...

    Nieza dan Kak erna..
    Terima kasih tumpang lalu..nanti kita buat lagi untuk awak semua..

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...