February 11, 2011

TALAM KASTARD JAGUNG


 Kita tergoda tengok Talam Kastard Jagung ni kat rumah Yatie ratu segala 'talam' tu..dan rasa rasa dah ramai gak yang dah buat talam ni... 


Sebagai ulang tayang kuih yang sama (mungkin ada yang berbeza dari segi rupa) ..yang penting rasanya amat amat sedap sebab manis manis sikit gitu...i like..


Jadi akak minta izin empunya resepi untuk di salin semula..


Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1 cwn gula
  • 1 cwn jagung krim manis
  • 3 1/2 cwn santan
  • sedikit perwarna kuning
  • sedikit garam
Cara Menyediakan Lapisan Bawah
  1. Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
  2. Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
  3. Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
  4. Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.
** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas
  • 2 cwn santan pekat
  • 1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)
  • 1 cwn tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar tpng ubi
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar gula pasir
  • secubit garam
  • Pewarna hijau/pandan
Cara Menyediakan Lapisan Atas
  1. Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
  2. Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
  3. Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
  4. Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)
Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.




REHAT REHAT KAN MATA...
KLIP KLIP....


Inilah ghupa buah Ciku yang belum masak diatas pokok.
(buat info sahaja)...
Jumpa lagi kengkawan...

3 comments:

  1. Assalammualaikum Naz,
    Cantiknya talam kastard jagung tu...terasa2 lemak manisnya...nak sepotong ...leh ke..tq mencuba resepi ni..

    ReplyDelete
  2. tu dia kak....mengiurkan betul talam talam neh...sedap nya..lemak lemak jagung semua tuu

    ReplyDelete
  3. assalam kak Naz, dah masuk list dh kuih talam ni tapi lum sampai seru nk buat lagi nengok dh sampai dapur akak dh..sedapnya tapau 5 ketoi kak...hehehe

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...