Total Pageviews

February 9, 2011

KUIH SERIMUKA KELEDEK

Assalamualaikum buat semua teman teman.  Akak menalam lagi tapi akak tukar dari Serimuka Pisang kepada Serimuka Keledek. Bukan aper tak der stok pisang.... 

Kalau serimuka pisang tu..dah ramai teman teman yang tayang antaranya.
Yatie, Kak Jun, Hana, Izah dan Mas.  Terima kasih pada penyumbang resepi asal iaitu Kak Hasiah MyR...saya kongsikan kat sini pulak ya..
tapi saya tukar pisang kepada keledek.



(Sumber : Yatie)

Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan Keledek lenyek
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu tepung kastad
  • sedikit pewarna kuning/oren
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali keledek. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan keledek yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan keledek dengan menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.

 REHATKAN MINDA....Klik Klik
Sekadar selingan kerana suka  snap snap...menguji skill..


Daun Kunyit

4 comments:

  1. Assalam kak, wah kreatif yer...dh tukar ngan keledek pula...sedapnya nengok kuih ni rasa nk ngap jer...hehe

    ReplyDelete
  2. sedapnya nazrah..ada lg ke? Tuko keledek pon sodapp tu..

    ReplyDelete
  3. sedap ye kuih seri muka ganti keledek ni?cam ne ek rasanya..tu ada keledek rebus semalam tak tau nak buat apa ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...