February 7, 2011

BINGKA KELEDEK

 Salam buat teman teman semua...tuan rumah buat bingka lagi..heheheh..kerana stok keledek yang terlampau banyak dirumah..apa lagi bingka la jawabnya..bukan apa senang untuk dibawa ke majlis pernikahan dan persandingan sepupu kita...buat minum pagi bagi para tukang dapur ..

Macam biasa resepi dari rumah Kak Ummi (kuantan) ...

Jadi izinkan akak C&P resepi ni untuk teman teman :

KUIH BAKAR KELEDEK (BINGKA KELEDEK)
Sumber: Bro Rozzan dan Home Sweet Home

Bahan-bahan :
  • 250 gm keledek (saya gunakan keledek jepun-direbus dan lecek halus
  • 230 gm tepung gandum
  • 270 gm gula pasir
  • 4 biji telur (saiz besar)
  • 650 ml santan pekat (saya gunakan 400 ml santan kotak + 250 ml air)
  • ½ sudu teh vanilli
  • sedikit pewarna kuning (jika suka) – saya tak taruk
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu makan minyak sapi (akak guna unsalted butter jek)
Cara:
  1. Masukkan keledek yg telah dilecek halus ke dalam sebuah bekas.
  2. Kemudian bubuh bahan-bahan lain iaitu tepung, gula, santan, air, telur, vanilli, pewarna kuning, garam dan minyak sapi. Gaul rata-rata dan tapis jika perlu.
  3. Ambil satu loyang (saya gunakan loyang bulat, kira-kira 8 inci) dan sapukan sedikit minyak di dasar dan sekelilingnya.
  4. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar selama kira-kira 45 minit dgn suhu 200-220 darjah Celsius.
 
Sekitar majlis perkahwinan saudara...

Org org dapur tengah buat "berkat"

Selamat Pengantin baru buat Lina dan Suami

3 comments:

  1. as salam naz..kuih binga keledek..ubi kayu memang selalu buat..
    ubi keledek tak pernah lagi..harus dicuba ni..tentu sedap..

    ReplyDelete
  2. Salam Naz. Tentu sedap ni. Along suka segala jenis bingka.

    ReplyDelete
  3. assalam kak..wah menarik bingka ni lum pernah buat bubuh keledek ni..:)

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...