Jumpa lagi..N3 kali ini belum habis lagi dengan Bingka. Banyak sungguh ubi kat rumah ni yg di bawa dari rumah ibu kelmarin.. jadi semalam akak pun mengarahkan assistant dapur (bibik la) untuk memarut ubi.
Oleh kerana permintaan dan pujian dari kawan2 hari tu..akak pun buat lagi bingka ubi Cheese untuk kali kedua..
Macam biasa..resepi ni akak nampak sungguh menggoda di rumah Roz
Izinkan Akak C&P ya..
BINGKA UBIKAYU CHEESE
By: Roz@HomeKreation
Sumber: Sahabat Norj
Saiz 8" persegi
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
250g Cream Cheese
250g Gular
2 biji Telur
800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air)
Pewarna kuning
CARA2:
1.Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
Masukkan elur satu persatu sambil dipukul rata.
Masukkan ubikayu & santan.
2. Bakar suhu 170C selama 1jam 30min sehingga masak.
Sejukkan sebelum di potong.
Memang tak boleh disangkal, resepi ni memang mudah dan sungguh enak menggoda jiwa..hehehehe..dan Akak tak jemu jemu makan. Tak rugi untuk menyimpan resepi ini untuk anak cucu kita kelak...kuih tradisional Melayu terakhir gitu..
sedapnya!
ReplyDeletewah menarik ada cheese lak tu mesti sedap ni kak..:)
ReplyDeletePasal sedap la sampai buat dua kali heheheh
ReplyDeleteSalam Nazrah. I'm glad you like it.
ReplyDelete