Ini adalah roti yang kedua sebenarnya..tapi yang satu dah selamat di bawa pergi oleh Mr S.. Nak tau kenapa namanya Kurma Kisss...lihat dibawah.
Petang tadi Akak buat roti ni untuk makan malam dan bfast esok..senang jer masuk dalam BM dan tinggal...tu dia senangkan..resepi ni memang lembut dan akak dah buat beberapa kali..memang tak menghampakan. Kalau selalu camni ..habis tutup kedai roti...heheheh...
Makan dengan jem strawberry dan peanut butter .. |
Kali ini Akak campurkan Kurma dan Kismis...sebab akak tengok ada baki kurma dari Hari raya tu tak disentuh langung..akak potong kecil2 dan campur dalam roti..itu lah jadi nama Roti Kurma Kiss...
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya
300gram tepung roti
50gram tepung gandum ( sy campur tepung roti medium)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
Akak tambah 200 gm kismis dan kurma
Akak tambah 200 gm kismis dan kurma
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3 bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan mengikut bentuk yang digemari, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih, masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.
- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.
Sedap di Makan ngan jem Strawberry.. |
wah..nampak lembut dan gebu jer roti tu.....
ReplyDeletemesti sedapp bangatt ni...
saya nak share resepi ya puan.
ReplyDelete