Total Pageviews

February 4, 2011

TALAM NANGKA

Selamat Tahun Baru Cina... kuih Talam Nangka ni akak buat untuk dibawa pulang ke Kg untuk makan makan bersama keluarga. Nangka ni memang dari kampung..dah beberapa hari dalam petiais tak der sapa pun nak makan..

Resepi ni akak follow dari rumah Yatie yang terkenal ngan kuih talam yang sedap dan menarik tu..Klik sini.. jadi izikan akak salin resepi nya untuk kawan kawan akak yang lain ya..tkasih..

Bahan-Bahan
Lapisan bawah
  • 1 cawan nangka- di cincang (Akak lebihkan sebab ada banyak)
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 s/b tepung jagung
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 3 cawan santan cair
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
Cara menyediakan lapisan bawah.
  1. Panaskan kukusan, lapiskan plastik dan sapukan minyak pada loyang 8 inci bulat/ 4 segi..
  2. Satukan tepng beras, tepng jagung, gula, garam dan santan cair dan kacau rata...tapiskan.
  3. Masak adunan sebentar sehingga nampak naik wap, masukkan sekali daun pandan supaya wangi....
  4. Masukkan nangka yg di cincang...kacau lagi hingga nangka dan adunan sebati.( keluarkan daun pandan tadi, barulah tuang adunan ke dlm loyang)
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang, ratakan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas -
  • 1/2 cawan tepung beras
  • 4 s/b tpng jagung
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
  • 2 s/b gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna oren (terpulang pada selera masing2)
Cara menyediakan lapisan atas
  1. Gaulkan semua bahan utk lapisan atas dan tapiskan.
  2. Masakkan sebentar adunan ni diatas api yg sederhana perlahan...masukkan sekali daun pandan... sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2.(adunan berwap saja...)
  3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan oren atas permukaan nangka tadi...(keluarkan dulu daun pandan tadi..)
  4. Kukus lagi selama 20 minit.
  5. Kuih hendaklah benar2 sejuk barulah di potong dan hidangkan.


Sambil tu ada selingan buat anda semua..apa yang ada di kebun orang tua saya..hehehe..

Cili Padi

1 comment:

  1. Salam Naz,
    Wow dah menjadi talam nangka tu....wanginya bau nangka tu....cantik dan kemas je potongan kuih talam nangka ni..suka tngk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...