February 25, 2011

ROTI KELADI

Wah...  pernah wat tak roti keladi.?? akak pun tak pernah buat tetapi tiba2 ajer roti yang akak buat jadi roti keladi..ni semua disebabkan baki keladi yang ada dalam petiais.



Akak buat trial n Error..cuba cuba masukkan keladi yang dipotong dadu..Dan biarkan Bibik Melayu menguli dan membakar..hasilnya memang ok..

Macam biasa ..resepi nya adalah resepi asas doh roti manis..cuma akak tambahkan keladi...

Bahan-bahanya


300gram tepung roti
50gram tepung gandum ( sy campur tepung roti medium)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
Akak tambah 200 gm keladi yang di kukus...


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.




Sedap di makan panas panas waktu bfast...

3 comments:

  1. kalau akak tambah keladi tu, doh tu stil eloktak lembik ye kak..
    kalau cam tu leh jela tambah keledek ke labu ke kot..hehe

    ReplyDelete
  2. wahh..kak..cantik dan gebu jer roti tu...
    mas pun wat roti gak tau..he..he..

    ReplyDelete
  3. roti tu agak berat sikit tapi sedap di makan..tanpa perlu letak jem ....

    Lembut memang lembut..tak keras pun..
    Boleh cuba...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...