Total Pageviews

February 17, 2011

TALAM KELADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa hari ini melayan kerenah anak sulung yang demam. Dah beberapa hari tak baik , tadi malam dah bawa ke klinik , harap harap sehari dua ni ok. Kesian dia terbatuk batuk dan demam ... hari ini pun MC tak sekolah.


Sementara melopong kat rumah sebab setengah hari jer kat opis, Akak buat lah Talam Keladi. Dulu dah dua tiga kali buat ... hari ini ulang lagi sebab my bibik dah kukus keladi dan siap simpan dalam aisbok.
Akak memang suka warna talam keladi ni, dan resepi ni Akak dapat dari Chef Asma. Buat teman teman Akak salinkan resepi untuk dicuba.
LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
      40 gm tepung ubi
      1 1/2 tsp garam
      300 ml santan pekat
      700 ml air

(B) 250 gm keladi - buang kulit, potong kiub dan kukus selama 5 minit.

Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Cara caranya :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.


SELINGAN KAMERA....

Test test camera..ambil gambar kasut pulak dah...asyik gambar makanan jer...





5 comments:

  1. cantiknya talam tu..
    nampak sedapp sangat....

    ReplyDelete
  2. Assalam Naz..
    Cantik arr talam keladi tu...kalau dah cantik kejadiannya mesti rasanya pun sedap kan Naz...
    Resepi dah lama ambik dari sini...dah masuk list pun...tinggal nak buat jer..

    ReplyDelete
  3. Assalam kak naz,wah kita geng suka ngan talam keladi nak cNp rcp ye kak,thanks

    ReplyDelete
  4. cantinya warne pepel neh..tingin nk rasa

    ReplyDelete
  5. Assalam naz, cantiknya talam keladi ni..
    terasa teringin nak rasa..kecur dah ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...