Total Pageviews

February 18, 2011

PUDING JAGUNG

 Selamat petang semua. Entah macamana nampak kat rumah Kak Rose puding jagung. Kita dah lama tak buat puding jagung..bila tengok ada baki setengah tin jagung dari ari tu..(buat Serimuka jagung)..kita pun buat lah puding jagung untuk minum petang.


  
Macam Kak Rose kita pun pun 1/2 adunan jer untuk minum petang. Izinkan saya salin resepi untuk teman2 ye Kak Rose.

Sumber : Kak Rose
resepinya dari izamel78@Myr dan kak rose penah buat kat sini.....

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan pati santan
  • 3 cawan air
  • 3 - 4 senduk kecil gula (kurang atau tambah mengikut kemanisan masing2)
  • 1 tin jagung manis

Cara-cara

  1. satukan kesemua bahan. kacau sebati supaya tepung tidak berketul-ketul.
  2. masukkan ke dalam periuk, masak di atas api sederhana. kacau sentiasa hingga adunan likat dan berkilat.
  3. tuang adunan yang masih panas ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika. simpan di dalam peti sejuk.
Kita buat simple jer...tak der hiasan cuma yg ada buah ceri..

5 comments:

  1. lama dah mas tak buat puding jagung...
    sedappnya tengok...

    ReplyDelete
  2. sama la..lama tak buat puding ngan lama tak makan..
    ni musim dah masuk panas terik ni boleh la buat puding2 sejuk ni kan..
    cantik lah..simple hiasan tapi elegan gituuu

    ReplyDelete
  3. macam terasa je makan puding jagung ni....

    ReplyDelete
  4. Nak sikittttt.... Eh tak lah..Nak banyakkkk..... :)) Boleh kerrrr??????

    ReplyDelete
  5. assalam kak..sedapnya puding...my fav ni ..bila nk rajin buat lak ni..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...