Total Pageviews

November 18, 2014

APAM LABU MANIS

Assalamualaikum...




Kita mencari2 resepi Apam Labu kerana dulu pernah buat tapi macam berat saja... nampak di rumah Madiha..

hasilnya sangat memuaskan hati... lembut , manis dan sesuai dengan citarasa kita. 

Terima kasih empunya resepi...

Kita salin disini untuk dibuat rujukan.....

Apam Labu Manis  
Resepi : MaDiHaA aka Ratna  
Adaptasi dari resepi : Apam Keledek & Apam Jagung Pandan 


Bahan A 
1 sudu besar tepong gandum  
2 sudu teh yis segera 
1 sudu teh gula kastor 
3 sudu besar air suam 

Bahan B
  
200 gm labu yang siap dikopek ~ kukus/rebus hingga empuk
160 ml air / santan sederhana pekat
150 gm gula kastor 
1 biji telur A/B 

Bahan C
  
245 gm tepong gandum (ayak bersama DABP)  
1 sudu teh double action baking powder (DABP) 

Bahan D
  
Kelapa parut putih (guna kelapa yang agak muda lebih sedap) 
Sedikit garam 


Cara menyediakannya

1. Gaul sebati bahan A & perapkan selama 10 minit atau hingga ia naik sekali ganda.

2. Lecek labu kukus sehingga halus. Masukkan air/santan, gula kastor dan telur. Gaul sebati.

3. Masukkan bahan A yang diperap lalu kacau sebati.  Masukkan pula tepong gandum yang telah diayak bersama DABP & gaul sebati.  Rehatkan selama 1 jam.

4. Setengah jam selepas perap, bolehlah sapukan minyak pada acuan apam sementara menunggu apam naik.  Atau boleh juga aturkan paperliner ke dalam acuan apam.  Panaskan air dalam periuk kukusan.


5. Cukup 1 jam diperap.. kacau adunan apam agar sebati. Sudukan dalam acuan apam hingga hampir penuh. Atau boleh juga masukkan dalam piping beg besar & picitkan apam ke dalam acuan2 kecil tersebut.  Kukus apam selama 15 - 18 minit jika menggunakan acuan apam yang kecil.  Jika menggunakan loyang, kukuskan agak2 selama 40 - 50 minit (anggaran je ye).   Jangan lupa balut penutup kukusan supaya wap tak menitik atas apam.

(Anggaran akak buat dapat dalam 20-25 biji)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...