September 30, 2011

PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualaikum... di pagi jumaat 30 hb September 2011...



Syawal semakin menghilang.. tapi rasanya hujung minggu ni masih ada yang membuat rumah terbuka di penghujung penghujung syawal ni.... Kalau ada apa kata kita buat pencuci mulut yang mudah dan enak seperti yang diwar warkan oleh teman teman kita...

Semalam kita nampak di rumah Yatie... dan ini adalah hasil yang kita buat.. memang sedap tapi gula kita nampak hangus sikit..dan puding kita ni nampak tak cantik sangat seperti di rumah Yatie...

Walau apapun... T&T mesti ada.. mana ada yang perfect terus kan... terima kasih wat empunya resepi..minta izin ya kita salin kembali...



RESEPI : KAK ROSALIZA

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat - Yatie letak 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je.
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

9 comments:

  1. Selamat Pagi Naz, awal bersiaran hari ini, hem sedap nampak ni kena buat juga selalu buat karamel biasa aje ok masuk list

    ReplyDelete
  2. selamat pagi kak naz,
    wahh....nmpk sedapp la puding karamel tu..
    halus mulus jerk..
    yg gula hangius tu..tak pe..lain kali boleg buat tak hangus sangat..he3

    ReplyDelete
  3. Assalam kak naz,puding nih mmg sedap sgt kan,sy pon dah pernah wat,tapi versi yg kak dayang ubahsuai,pastu yg kentang resepi kak dayang pon sedap juga..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak...
    nie tgk akak buat nie bertambah ler tergodanya diana.. makin bersemangat nak cuba puding nie...

    ReplyDelete
  5. Gorgeous slice of pudding, love it anytime.

    ReplyDelete
  6. salam kak...dah lamanya saya tak makan puding karamel...suka jugak yg taruk roti...:)

    akak saya ada kasi award..kalau rajin ambik la ye kat rumah saya...tiada paksaan...hehhehe

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi buat pudng karamel yang ada roti. Macam senang je. Bundo nak ambek resepi ye.

    ReplyDelete
  8. Aslmkm Naz,
    Along suka puding karamel tp rakyat kat rumah ni sorang pun tak minat.

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...