Total Pageviews

September 15, 2011

FRUIT JELLY

Assalamualaikum....

Dah hampir  2 minggu kita sambut Hari Raya... baru ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog... sibuk open house sana sini... ada gak buat macam macam tapi tak sempat nak ambil gambar...




Terima kasih pada K.Nor yang telah menayangkan Fruit Jelly (oren) yang memikat hati saya. Saya buat untuk jamuan Hari raya rumah adik dan Kek Kukus Choc Moist.  Memang mudah dan enak jelly ni wat pencuci mulut...



FRUIT JELLY 
resipi : Yani MyR

Bahan-bahan ( 2 orang )
2 biji limau- large size
4g serbuk agar-agar
500ml air + jus limau
50g gula
secubit garam

Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

** Ni resipi yg K.Nor edit sbb K.Nor buat guna agar2 serbuk seberat 10gm sepeket

FRUIT JELLY

5 biji limau- large size
10g serbuk agar-agar
1000ml air + jus limau
7 sudu besar gula
2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri warna jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)

# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

4 comments:

  1. salam naz.. dessert ni mmg cun sgt kalau buat utk jamuan kan. sedap dan cantik :)

    ReplyDelete
  2. cantik kak naz buat! tun belom try lagi nih.. wiken ni kuar gi beli oren la =)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak naz cayang...
    diana dah lama teringin nak buat dessert nie.. lom kesampaian lg.... tgk yg akak buat nie nampak cantik n sedap... makan sejuk2.. pasti best kan akak

    ReplyDelete
  4. kak naz - jeli ni kalau buat untuk birthday party sesuai la sangat kan :-)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...