Total Pageviews

September 27, 2011

PUDING ROTI MARBLE LAGI WEIII......

Salam sejahtera semua.....



Minggu ni memang minggu puding roti marble sedunia di rumah kita...

Bila first time kita buat hari tu..kita terus jatuh cinta ... sebab puding ni mudah dan enak sekali..macam makan aiskrim rasanya..

Untuk open house rumah kita ari tu...kita buat lagi puding ni ..dua loyang lagi..tapi yang satu tak sempat nak di tangkap gambornya..ini je yang sempat... tu pun potong nya tak cantik..dah nak cepat...


Memang berbaloi... ramai yang puji dan suka akan rasanya...

Moh kita layan empunya resepi... terima kasih ya.... 


PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Keraskan samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

1 comment:

  1. Salam Naz, ini memang favorite kat umah, selalu mendapat sambutan sedapkan lembut dan sejuk aje bila masuk ke tekak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...