Total Pageviews

September 19, 2011

PUDING KASIH BERTAUT




Assalamualaikum....

Masa birthday anak kita hari tu..kita ada buat puding kasih bertaut..tapi kejadiannya amatlah tidak cantik seperti tangan cik kak kita tu (Kak Ita)
Almaklumlah..tangan yang tak berseni tetapi rasanya memang la amat enak dan segar.

Apa apa pun kita layan resepinya serta gambar

Terima kasih buat penyumbang resepi :

PUDING KASIH BERTAUT
Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

Bahan-bahan A :
  • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
  • 300 ml air
  • 200 ml santan
  • 1/2 cawan gula
  • 1 biji telur
  • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)



Cara-cara :
  1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
  2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
  3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
  4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar 
  •  
  • Bahan bahan B
  • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
  • 1 liter air
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 100 gm gula Melaka atau nise
  • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

Cara-cara :
Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

Cara menyediakan puding :
Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.




NOTA :
  • Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
  • Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
  •  
  •  
SELAMAT MENCUBA!

7 comments:

  1. puding ni kan, dh plan nk wat hantaran utk adik tun. hihi.. xtau la bila dieorg kawin tp ;)

    ReplyDelete
  2. rajinnya la ... kita pun cadang nak buat next utk birthday party anak :-)

    ReplyDelete
  3. cantik dah tu kak..kita tak buat2 lagi ni haa..tah jadi ke tak kalo buat nnt..hehe..janji sedap kan..;

    ReplyDelete
  4. akak pun tak tahu bila nak buat ni..macam teruja aje nak buat tapi tulah fridge selalu sesak tak ada tempat nak kasi sejuk ..huhu..boleh pakai ke alasan ni?..hehe cantik dah tu nazrah..

    ReplyDelete
  5. salam kak.okey la tue nampak elok jer kejadiannya...bestnya ingat nnt nak buat juga la masa mkn2 kt opis

    ReplyDelete
  6. masih lagi ada dlm draft menu nih..entah bila lah nak buat...:)

    ReplyDelete
  7. cantik!sana sini dah cuba puding kasih bertaut ni..nak kena try jugak la. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...