September 14, 2011

KEK COKLAT KUKUS





Selamat Hari Raya.....

Masih lagi dengan Mood Raya... sejak raya hari tu.. kek ni la saya buat setiap hari.. bagi juadah di rumah bapa, ibu dan buat buah tangan ke rumah terbuka. Hanya hari ini baru berkesempatan untuk di ambil gambarnya. Yang ni pun kita buat sebab esok anak ada jamuan hari raya di sekolah.


Resepi yang paling mudah dan yang paling penting...paling sedap... menjadi kegemaran keluarga saya...



Ini adalah salah satu Resepi Kek yang terdapat di dalam buku "Steamed Cake" yang mana resepi oleh Zubaidah bt Chepa.. sangat moist dan lembut..

Resepinya :

Bahan-Bahan (A)

100 gm serbuk koko ( saya guna 80 gm sahaja)
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B

Cara-Cara.

1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja) (saya guna whisk jer)
6. Kukus selama 1 jam 30 minit ( biasanya saya kukus 50 min ke 1 jam sahaja) dan taburkan choc toping (hias ikut suka)



5 comments:

  1. Resepi ni x yah guna mixer pun boleh kan. Godek2 guna hand whisker je kan.. I like!

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak naz - sihat hendaknya. kek coklat mmg tak akan silap dan sure habis tak kira untuk jamuan apa pun.

    ReplyDelete
  3. kak nazrah.. tun kalau org serve kek, kompom akan terpa kek coklat dulu. hihi.. mmg moist betul kek ni kan.

    ReplyDelete
  4. amboii..meleleh2 topping tu..mmg moist tu...

    ReplyDelete
  5. sedappnya kek coklat..
    lama dah mas tak buat...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...