Total Pageviews

September 20, 2011

APPLE PIE PUFF PASTRY

Sebenarnya kita selalu tengok orang buat puff pastry..tapi kita tak reti le membuatnya. Dah lama dah si Mas (Duniaku) tunjukkan jenama "KAWAN"..tapi setiap kali kita gi Gergasi ... tak der plak di jual.. jadi terbantut disitu.


Alih alih... satu hari kita jalan (lupa supermarket mana)... kita sambar la pastry ini... baru ini berkesempatan buat sebab kita nak menghabiskan jem apple..

Kita ikut cara2 Mat Gebu .. dan kalau ada yang nak resepi boleh intai intai disitu..


Kita minta izin CMG untuk salin resepinya...


Oleh : Nazrah Bakery

BAHAN INTI :-)

2 biji epal hijau1 1/2 camca besar gula perang @ soft brown sugar 
1 camca besar kismis
1 camca besar penuh mentega
3/4 camca besar tepung jagung
1 inci kulit kayu manis (optional)

BAHAN LAIN :-)
8 keping puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
Kuning telur untuk disapu

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Kupas epal, buang empulur dan dadu kecil. Panaskan mentega dalam periuk, goreng epal bersama kismis, kulit kayu (optional) dan gula perang hingga epal lembut. Kalau suka boleh letak sedikit jus lemon, tapi mat tak letak sebab epal tu dah ada rasa masam2 sikit. Masak hingga epal lembut. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga pekat. Sejukkan. ( yang ini kita guna yang ready made nyer)

  2. UNTUK APPLE PIE PUFF :- Ambik sekeping pastry puff, potong pada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, bulat 4 kelaran tapi jangan putus. Manakala 1 bahagian yang tidak berkelar, isi dengan 1 camca teh inti. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu dan susun dalam loyang pembakar.
  3. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau kuning keemasan. Sejukan atas jaringan.

    3 comments:

    1. Salam..Buat sarapan sedappp..makan time panas2 tapi kena hati2 ngan intinya kan...takut melecur lidah..Apa2 nampak sini sungguh menyelerakan

      ReplyDelete
    2. kak naz.. tun smp skrg xpenah jumpa puff pastry kawan tu. tp kdg2 kalau terasa nk mkn pastry tun guna roti paratha kawan tu utk ganti puff pastry =)
      tun mmg suka mkn apple pie.. letak cinnamon powder byk2.. nyummy!!

      ReplyDelete
    3. sedapnya niee... mmg suka sgt makan apple pie... alahai... terliur tgk... dah ler pic terakhir tu mengoda sungguh.. siap tunjuk intinya lg... sedaaaap

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...