Total Pageviews

September 21, 2011

PUDING ROTI MARBLE

Assalamualaikum...berjumpa kita di hari Rabu....


Sebenarnya dah lama kita pandang pandang Puding Roti marble ni..kalau tengok kat FB memang dah fofular..cuma sebab panjang sangat list yang nak di buat ..maka kejadiannya baru lah petang ni..itu pun sebab tergoda tengok si adik Naz's COSK buat..

Kebetulan semalam pakcik ada minta kita buatkan agar2 yang ada coklat..jadi puding ni pun ok gak rasanya... memang elok je manisnya...Cuma rupanya je yang kurang elok cam orang lain punya ( rendah diri la tu)

Buat empunya resepi..kita minta salin untuk rujukan masa depan... 


 
PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Keraskan samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.


    SELAMAT MENCUBA!

    10 comments:

    1. salam, Cantik puding roti Nazrah ni bekenan dgn warna dan belang yg halus...

      ReplyDelete
    2. wow terpana pabila menatap kejadian puding nih...cantik sungguh colouring dia..

      ReplyDelete
    3. kaler turquoise tu jdkan puding ni nmpk lebih sedap! :)

      ReplyDelete
    4. wahhhhh!! biru! tun xpenah lg wat puding roti sbb kt sini jarang ada roti yg terbazir. hihi..

      ReplyDelete
    5. Assalam kak naz,uii cantiknya puding akak,cantik ajer marblenya..Sy pon xpernah try lagi puding roti..

      ReplyDelete
    6. as-salam
      cantik puding tu..warna yg cool..

      ReplyDelete
    7. Assallamualaikum..
      Kak Nazrah.. Ni adik Nadz dari COSK datang nak mintak sikit puding roti kaler biru tu.. Ada lagi ker..hihihi.. Uihh..laju nya akak mcm jet.. berdesup2..

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...