May 9, 2011

TALAM SAGU Lagi lah........

Jangan terkezut....kita tanpa jemu buat lagi talam sagu yang fofular tu...bukan aper...kita cadang nak bawa ke pejabat sempena makan makan .


Memang tak dinafikan, talam ni memang mudah nak buat dan sedap sesangat..sesangat...jadi kita tanpa jemu pun suka sangat membuatnya....cuma kita kurangkan sikit gulanya sebab jaga kesihatan..hahahhaha....

Kali ni kita tukar warna sagu tu...biar berpinar mata tengok warna biru...



Jadi..jom layan gambar dan resepi sekali lagi untuk rujukan teman teman yang lain.... 

Talam Sagu
Copy dari rumah : MAS (DUNIAKU)

Bahan :
Bahan untuk lapisan bawah ( bersagu ) :
  • 2 cawan santan cair
  • 1 cawan sagu - dicuci dan rendam sebentar
  • 1/2 - 1 cawan gula pasir - akak letak 1 cawan
  • garam secukup rasa
  • pewarna  secukupnya
Cara membuatnya :
  1. Sapu acuan dengan minyak dahulu. Mas guna acuan lompang.
  2. Gaulkan semua bahan hingga sebati. Mas masak dulu dalam periuk dengan mengacau hingga sagu pekat dengan menggunakan api perlahan. 
  3. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 min. Baru Mas cedokkan ke dalam acuan lompang yang disapu minyak tadi dan kukus selama 20 minit atau hingga hilang biji2 putih tu.
  4. Cakarkan permukaan lapisan bawah dengan garfu. Mas tak cakar sebab menggunakan acuan lompang.
  5. Letak adunan lapisan atas.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu teh garam

Cara membuatnya :
  1. Gaul semua bahan supaya rata.
  2. Tapiskan kedalam kuali tak lekat ( non stick pan ) dan kacau sebentar atas api.
  3. Apabila nampak pekat, tutup api dan ke tuang atas lapisan bawah tadi.
  4. Kukus lagi selama 20 minit. Mas kukus 15 minit jerk sebab guna acuan lompang.
Nota :
  • Sila lapik penutup pengukus dengan kain untuk mendapatkan talam yang cantik.
  • Mas suka buat dalam bekas yang kecik2 supaya senang keluarkan kuih talam ni. Mas ni bab potong kuih2 talam ni agak lemah sikit sebab kuih ni kan lembut...takut herot berot lak..he..he..


LUV U ALL......

8 comments:

  1. eh!naz pernah buat dulu ya..camne akak leh tak perasan pulak ni?..
    kaler biru ni mengancam betul la..dah berapa kali dok pikir nak buat talam ni lagi..musim panas2 ni memang sesuai sangatlah kan?..

    ReplyDelete
  2. Salam sejahtera
    buat lg ye...rajin ..kalau buat lg dh tentu sdpkan heheh ...lawa warna biru n putih...

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Nazrah

    cantiknya kaler biru lagi kuih sagu ni. kak ct nak buat tak terbuat2 sampai dah dua kali tuan rumah ni dok tayang jer... hihihi.

    ReplyDelete
  4. assalamaualaikum, wow! blue kaler :-)

    ReplyDelete
  5. salam kkak...biru putih talam sagu nih..cam parti sinun..ekekek

    ReplyDelete
  6. biru mata hitam akak ni huhuhu..

    ReplyDelete
  7. aaiittt..tak masuk komen mas...
    cantik la caler biru tu kak....
    suka mas tengok...
    amboiiii...dah banyak kali buat yerk...he..he,..
    mas pun suka kuih talam sagu ni....'
    sedappp...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...