April 30, 2011

CHILLED OREO CHEESECAKE



Pening hari ini memikirkan apa yang nak masak. Tengok tengok dalam aisbok ada baki cheese lagi..apa lagi .. akak buatlah chilled orea cheese cake. Nak buat yang bake..belum lagi sampai seru..buat yang ni saja ler...

Memang sedap dan kurang manis..tapi akak minta maaf pada empunya resepi sebab dah hilang dari mana sumber nya.


Minta izin CNP resepinya... 
 

chilled oreo cheesecake

dasar biskut
200 gm biskut digestive
100 gm butter
@
200 gm biskut marie
150 gm butter

cairkan butter dan gaul pde biskut yng telah dihancurkan.tekan kan keatas loyang size 7 @ 8...masukkan dalam petiais selama 20 minit.

bahan kek..

250 gm creamcheese
200 gm whipping cream
1 sudu kecil lemon paste...sunquick pun boleh
11/2 sudu besar gelatin + 100 ml air panas...kacau hingga larut.
60 gm gula halus
biskut oreo 1 peket..hancurkan 3 suku peket je masukkan dalam adunan..buangkan krimnye....selebihnye buat deco2.

cara2...

putar whipping hingga jadi krim.
putar cheese dengn gula hingga kembang..masukkan gelatin,lemon paste putar sebati.
campurkan whipping putar dan kaup balik perlahan..masukkan biskut oreo hancur tdi.
masukkan dlm loyang...8 inci
sejukkan dlm petiais hingga keras.

Boleh di hias mengikut kreativiti masing masing ....

April 29, 2011

DADIH STRAWBERRY

Tengahari yang  panas ni kalau pekena Agar agar  atau dadih memang segar.  Semalam akak buat pencuci mulut dadih strawberry ni tapi yang segera punya...hehehe..



Walaupun segera...cara membuatnya amat mudah dan kurang manis. Biasanya kalau akak buat ..akak pasti kurang sedikit kuantiti airnya barulah molek jer dadihnya...
Kita layan gambar dadih yang akak buat yer.


Bahan dan caranya : (seperti di belakang kotak)

1. Sediakan 500 ml air (akak kurangkan 50ml) air panas mendidih.
2. Bancuhkan serbuk dadih segera dengan air yang disediakan.
3. Kalau selama 2-3 minit sehingga serbuk dadih sebati.
4. Tuangkan larutan dadih puding ke dalam acuan.
5. Enak dimakan dalam keadaan sejuk.


April 28, 2011

BLENDED ORANGE CAKE

Assalamualaikum.....

Harap harap semua teman teman sihat ya....macam akak ni ..sihat sentiasa..(kalau tak sihat pun ..akak buat buat sihat) kalau tak siapa yang uruskan pejabat akak tu...


Dah beberapa kurun akak intai intai kek ni di rumah teman teman , tengok gambar gambar kek ni cun sungguh..menggoda .

La la....(happy ni tau) sebab hari ini akak buat kek ni sebab dalam aisbok pisang dah habis..(bukan habis aper ..akak dah buang..dah tak elok)..yang tinggal oren 2 biji ..tu pun macam dah nak tamat riwayatnya..

Tengok resepi bukan main mudahjer..campak semua dan blender..jom kita tengok hasilnya..(maaf lah jika hasilnya kurang sikit dari teman teman punya)..tapi kek ni memang sedap, gebu, wangi, harum, dan macam2 lagi..confirm confirm hari raya pasti ada atas meja..

Resepi ni akak copy dari rumah Kak Azlita..minta izin ya...


BLENDED ORANGE CAKE
sumber : Hasue
Copy dari rumah : Azlita

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

1 bji buah limau - ita tambah 1 biji lagi parutan kulit orange
1 cawan minyak
2 cawan gula halus - ita letak 1 1/2 cwn (saya kena kurangkan sikit kot...)
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren
ita tambah 1 sudu besar orange sunquic

Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


April 27, 2011

APAM PISANG TANPA TELUR DAN MINYAK

Assalamualaikum.....

Oleh kerana Mas dok menayang Apam pisang tanpa telur dan minyak membuatkan akak teruja untuk mencuba apatalah lagi baki pisang masih banyak dalam aisbok....naik jemu lah pulak sepanjang minggu asyik menu pisang..pisang..pisang....


Heran juga...memang sedap rasanya apam ni...boleh jimat kos lagi dan yang penting sihat..kerana tak der minyak dan telur...


Tak rugi jika mencubanya...akak buat dalam acuan kecil biar senang nak di ngap masuk mulut.

Minta izin dari teman teman untuk salin resepinya .



Apam Pisang Tanpa Telur Dan Minyak
Resepi asal : Kak Fida@myresepi.com
Dari rumah : MAS

Bahan :
  • 1 cawan pisang lecek
  • 1 cawan gula perang / gula halus (akak guna 150g campuran gula) - Mas kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan gula halus tu 
  • 2 cawan tepung naik sendiri - diayak
  • 1 1/2 sudu kecil bicarbonate soda - diayak 
  • 4 sudu besar susu segar - Mas tambah lagi 3 sudu besar air sebab adunan nampak agak pekat
  • 1 sudu kecil esen pisang - Mas tambah ( kalau letak esen vanila pun boleh ) 
Cara membuatnya :
  1. Tepung naik sendiri dan bicarbonate soda diayak bersama.
  2. Pisang lecek, gula halus @ gula perang, esen pisang @ esen vanila dan susu dikacau rata @ sebati.
  3. Masukkan bahan2 ayak tadi dan kacau hingga sebati.
  4. Tuang adunan dalam acuan kecil atau loyang yang digris dan dipanaskan dahulu dan kukus hingga masak. Mas menngunakan acuan lompang dan kukus selama 15 minit. Kalau guna loyang, kukus selama 1/2 jam. 
  5. Hidangkan dengan kelapa parut putih yang dikukus jika suka.

April 26, 2011

SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

 Assalamualaikum.....

Memang akak tengok dah ramai yang buat kek ni...akak ni lambat sikit. Tapi hari ini akak cuba lah buat juga kek ni.. Tapi minta maaf..abaikan lah gambar yang sememeh tu sebab terkejar kejar nak ke opis....


Kek ni dibawa ke pejabat .. tapi memang cepat je habisnya..budak budak pun kata sedap sesangat dan akak nak buat lagi jika ada kelapangan....

Resepi ni dari rumah si Ita...minta izin ya untuk salinkan resepi...




SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
by: Dayang

1 cawan tepung gandum - ita guna tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko - ita guna Tudor Gold
2 sudu besar susu tepung
1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco - ita letak coffee paste
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung - ita letak Mazola
1 sudu kecil cuka atau jus lemon - ita letak jus lemon

Cara2 nya :

Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek (5' atau 6'). Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.


April 25, 2011

BUBUR JAGUNG CAMPUR KELADI

Assalamualaikum...hari ini akak buat pencuci mulut yang amat simple dan sedap.  Campuran jagung dan keladi. Buat minum petang amat enak dan sedap..





Resepi dari ibu tiri akak.....


Bahan2

1 biji keladi ( dipotong dadu dan direbus sehingga lembut)
3  biji jagung ( di ambil isinya saja)
4 s/b sagu
santan secukupnya
gula juga secukupnya
secubit garam
2 helai daun pandan


Cara caranya


Rebus dahulu keladi hingga lembut. 
Sagu di basuh sahaja dan di campur dengan jagung . Campurkan sedikit air dan rebus sehingga jagung empuk.
Kemudian campurkan santan ke dalam jagung tersebut dan masukkan keladi. Campurkan gula, garam dan daun pandan. Renih sehingga gula hancur dan santan masak.
Boleh di hidangkan.


(maaf jika resepi di atas adalah anggaran sahaja...kerana masa memasak tadi tak la disukat...heheheh)


Harap teman teman boleh mencubanya....






April 24, 2011

BANANA YEAST BREAD

Assalamualaikum dan salam sejahtera ye wat teman teman. Jangan pula rasa bosan datang ke rumah akak sebab minggu ni akak asyik menayangkan koleksi masakan berasaskan pisang. 


Bila la nak habis pisang kat sini...masih lagi tak luak luak...kena lah akak cari lagi resepi di rumah teman teman. Hari ini akak buat Roti Pisang yang mana telah kali kedua akak buat. Memang gebu dan lembut roti ni...seisi rumah suka...laju je abisnya...Jom sarapan dengan roti pisang ni.



Dari rumah Izah dan mas  kak salin kembali resepinya...

Banana Yeast Bread

Resepi : jkitchenlog
Copy : Izahdaut 
dan Mas
Bahan :
  • 200 gr bread flour
  • 1 tsp instant dry yeast
  • 20 gr caster sugar
  • 150-160 gr banana puree (from 2 medium bananas)
  • 40 ml milk
  • 20 gr unsalted butter
  • 1/4 tsp salt
  • Mas , Izah dan akak  tambah setengah biji telur

Cara membuatnya :
  1. Combine bread flour, yeast, and caster sugar in a bowl. Make a hole in the center. Add banana puree and milk. Mix well.
  2. Add butter and salt. Mix until dough is smooth and glossy - it will be very sticky. Cover and rest for 1 hour.
  3. Punch dough down and set aside for 10 minutes. Grease and flour a baking pan.
  4. Spoon dough into the prepared pan and use a spatula to smooth the surface. Cover or spray with water (to prevent skinning) and let rise for 1 hour.
  5. Preheat oven to 180C. Bake for 20-25 minutes. Cover with foil to prevent excessive browning.
  6. Nota : Doh roti ni agak lembik sikit, jadi Mas dan Izah tambah 2 sudu besar tepung lagi. (seperti mas Akak pakai BM jer untuk menguli )



April 23, 2011

SERIMUKA PISANG


Masih lagi mencari idea untuk menghabiskan pisang... godek rumah sana..godek rumah sini...dah dua tiga hari buat mufin...takut boring plak... Last last...masuk rumah Yatie ..nampak Serimuka Pisang...ok gak ni..boleh lah buat sarapan atau  minum petang. Apatah lagi petang petang hari Sabtu ni kan...


Bahan bahan semua dah ada...tinggal rajin tak rajin jer....jadi inilah kejadiannya..

Buat teman teman akak share kan resepi nya dari rumah Yatie (ratu talam tu)

SERIMUKA PISANG

Sumber : Yatie 
Lapisan Bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang lenyek
  • 1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
  • 2 sudu tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen pisang-saya tambah
  • sedikit pewarna kuning/oren
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
  2. Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
  3. Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.
Lapisan Atas
  • 60gm tepung gandum
  • 100gm gula
  • 250gm santan
  • 50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
  • 1/2 sudu tepung jagung
  • 2 biji telur
  • sedikit garam dan pewarna hijau
Cara-cara
  1. Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
  2. Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...
  3. * Saya masak sebentar hingga naik wap, barulah tuang atas lapisan bawah tadi....kukus dlm 20 minit. Kuih ni kena betul2 sejuk barulah di potong.



April 22, 2011

MUFFIN PISANG BERKEJU



Masih lagi projek memisang hasil skodeng dari rumah si IZah dan Hana Japan (Kuantan la sekarang ni) . Macam Izah..akak tak sempat nak letak crumble tu...jadi versi derhaka la ni. Walau macamanapun rasanya memang sedap ...tambahan ada campuran keju. Tapi lain kali akak kena kurangkan sikit gula nya kerana dah tua2 ni terasa la sangat manis.....

Kebetulan hujan di luar....makan panas panas memang enak sesangat....next time boleh wat lagi...

Muffin Pisang Berkeju
versi kak Hana ada crumble..
source: kak Hana dari muffin book
Saya ambil dari Izah Muffin Lover

Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 100g gula custor ( lain kali kena kurangkan sikit)
  • 50g gula perang
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 11/2 sk baking powder
  • 1/4 sk garam
  • 75g keju cheddar - cincang kasar
  • 300g pisang ambon atau apa2 pisang yg sesuai
  • 2 biji telur
  • 100g mentega - cairkan (hana kurangkan sket sbb agak oily)( saya pun kurangkan 90g)
  • 1/2 sk esen vanila
Untuk Crumb (yang ni kena buat dulu awal awal - simpan dlm aisbok)
  • 50g gula perang
  • 50g tepung gandum - ayak
  • 50 butter tanpa garam sejuk - potong dadu
  • 1/4 garam - jika menggunakan butter bergaram tak payah letak
  • 1/2 sk serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Untuk Crumb - Campur gula perang, tepung, garam dan kayu manis. Kacau rata. Masukkan butter dan gentel2kan sehingga jadik serbuk crumbs. Simpan dalam esbok sehingga masa hendak dgunakan.
  • Panaskan oven suhu 200 selama 20min. Dalam mangkuk campur tepung, baking powder, garam, keju, gula custor dan gula perang. gaul rata dan ketepikan.
  • Mangkuk lain, lenyek pisang. Kemudian masukkan mentega cair, telur dan esen vanila. Kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
  • Tuang ke dalam campuran tepung tadi dan kacau rata menggunakan senduk kayu/spatula. Tak perlu over mix. Kacau asal sebati.
  • Tuang adunan ke dalam muffin cup sehingga 3/4 penuh. Taburkan crumbs dr peti sejuk tadi.
  • Bakar selama 25min. Keluarkan dr oven, biarkan 5 min baru keluarkan dari loyang/muffin tray.
  • Letak atas redai. Boleh hiaskan dengan hirisan pisang dan parutan coklat putih.
  • Hidangkan hangat dengan secawan kopi.



April 21, 2011

APAM PISANG COKLAT


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini akak buat apam pisang coklat. Resepi dari rumah Yatie. Memang lembut dan gebu apam ni. Membuatnya pun amat mudah . Sesiapa yang berminat untuk makan apam..memang akak rekemen kan apam pisang ni....






Kalau buat untuk minum petang atau sarapan pagi, memang sesuai sangat..lebih lebih lagi buat yang tak de gigi..mcm my bibik...(nanti saya ambil gambar dia yg tak der gigi) My bibik ni memang peminat kuih apam yang saya selalu buat...dan dia yang selalu bagi perabih kuih muih di rumah ini. Katanya di Indonesia tak dapat makan semua ni...kesian kan...kita disini ...ada siap yang di buang lagi...

Minta izin dari Yatie untuk C&P Resepi.
 

Bahan-Bahan

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
secubit garam halus

Bahan B:
1 cawan pisang masak dilenyek
1 cawan minyak masak
3/4 cawan gula perang
2 biji telur ( dipukul sedikit )

Cara-caranya:
  1. Campurkan bahan-bahan A dan ayak bersama. Ketepikan.
  2. Pukul sedikit telur, tambahkan dengan bahan-bahan B yang lain. Kacau sebati.
  3. Masukkan bahan A ke dalam adunan B dan gaul sebati.
  4. Panaskan kukusan. Masukkan adunan apam tadi ke dalam bekas-bekas kecil dan kukus 10 hingga 15 minit.

April 20, 2011

BANANA MUFFIN


Minggu ni akak nak jadikan minggu pisang la pulak....banyak sangat pisang sampai tak sempat nak buat apa2....naik berulat la sudah...

Godek godek di My resepi saya jumpa resepi yang sungguh mudah dan enak dimakan..Banana Muffin...

Tak payah kecah kecah dapur..semua pakai wishk saja....aduk aduk terus boleh di bakar....


Akak dapat resepi dari MR tetapi lupa plak dari sapa..cari cari balik tak jumpa la..minta izin ya empunya resepi..akak salin semula untuk rujukan akak. 

Sumber : MyResipi...

Bahan kering
250g tepung gandum(diayak)
250g pisang (yang masak n dilenyek)
160g gula perang lembut
1 sdk soda bikarbonat
Secubit garam
1 sk esen vanilla (akak tambah sendiri)

Bahan basah
175ml minyak masak
175ml susu cair
1 biji telur

- Campurkan kesemua bahan kering ke dalam bekas adunan
- Campurkan kesemua bahan basah dalam bekas yang berlainan dan semua bahan dipukul sebati.
- Tuang bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau hingga sebati
- Tuangkan adunan ke dalam bekas muffin separuh penuh.
- Bakar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit




April 19, 2011

KOLAK BIJI SALAK


Dengar nama pun dah pelik kan..akak sendiri pun mulanya confius dengan nama dia..tapi bila baca resepi .. orang melayu panggil bubur keledek..ye la kot sebab bahan asas dari keledek dan santan kelapa.


Petang semalam selepas menghantar ibu pulang dari KLIA akak terus buat juadah pencuci mulut ni sebab ada baki keledek. Resepi nya akak dapat dari Majalah Rasa.

Kita lihat bahan bahannya :=

1 kg ubi keledek  
100 gm tepun gandum
200 gm gula merah (tapi akak kurangkan sikit)
500ml santan
air secukupnya

Cara2nya

1. Kupas ubi keledek dan rebus hingga masak. Toskan (akak kupas dan kukus)
2. Lecekkan ubi sehingga hancur dan campurkan tepung gandum . Uli sebati.
3. Selepas itu bentukkan menjadi bulat2 kecil. Ketepikan.
4. Didihkan gula merah di dalam air hingga mendidih.
5. Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
6. Akhir sekali masukkan adunan keledek tadi dan biar mendidih seketika. Sedia untuk di hidang.







April 18, 2011

SEMOGA SELAMAT KEMBALI.....


Hari ini 18 April 2011 akak telah menghantar ibu ke KLIA. Ibu akan berangkat menunaikan umrah.
 
Semoga ibu selamat pergi dan pulang ke tanahair. Anakanda mendoakan agar kesihatan ibu juga tidak terganggu. Hanya ini yang dapat anakanda berikan. buat ibu.. semoga perjalanan ibu di berkati. Tiada apa yg lebih menggembirakan apabila melihat ibu tersenyum apabila dapat peluang begini...tak ternilai kasih sayang yang ibu berikan daripada wang ringgit yang dapat anakanda berikan....

Akak sendiri pun belum lagi berpeluang untuk menunaikan Umrah..insyallah satu hari ini akan sampai jua..bukan tidak mampu...tetapi keadaan masa yang masih belum mengizinkan...

Kita tengok gambar gambar sebelum ibu berangkat.....

 Bye bye nenek....semoga nenek pulang dengan selamat....

Kami sayang nenek

April 16, 2011

KEK COKLAT KUKUS CHEESE

Hari ini akak buat Kek Coklat Kukus Cheese lagi.. rupa rupanya kek coklat ni banyak peminatnya samada di rumah atau pejabat. Tapi maaf la...kek coklat ni togel jer...sebab tak sempat nak buat choc ganage...lagipun nak bawa ke rumah ibu takut manis sangat..org tua mana nak makan manis manis ni.....

Hari tu akak dah buat DISINI....kali ni menggunakan resepi yang sama. Macam kata si Noorsha...minggu menternak lemak katanya..wakakakaka...memang pun..nanti minggu depan akak cuba tak ternak lemak lemak yer....



Sumber : Chef Zubaida Che Pa
Resepinya :

Bahan-Bahan (A)
100 gm serbuk koko
250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
1 tin susu cair
200 gm minyak masak
250 gm susu pekat manis

Bahan (B)
150 gm tepung gandum
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t serbuk penaik
4 biji telur B

Bahan cheese

250 gm cheese
1/4 cawan gula
1 biji telur
1 sudu teh air limau

Putar bahan bahan ini hingga kembang.

Cara-Cara.

1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
2. Masak atas api seketika
3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja)
6. Masukkan ke dalam acuan dan letak bahan cheese di atas secara perlahan.
7. Kukus selama 1 jam 30 minit dan taburkan choc toping (hias ikut suka)

April 15, 2011

KEK PISANG COKLAT

Semalam akak dah buat kek pisang...hari ni masih lagi buat kek pisang tapi kek pisang coklat. Adaptasi dari adunan yang sama cuma akak tambahkan coklat chip bagi menambah rasa.....




Kek ini untuk dibawa ke rumah Ibu yang akan mengadakan kenduri doa selamat untuk ibu akak menunaikan Umrah pada 18 April 2011. 
Sebulan dua ni mesti ramai antara kita yang akan pergi menunaikan Umrah kan...akak juga mendoakan agar selamat pergi dan balik....


Jom kita layan gambar Kek pisang coklat ni pulak....


Sumber : CMG (Kek Pisang Lembab)


BAHAN

250gm tepung gandum  )
1 s/t soda bikarbonat    ) diayak bersama 
1/2 s/t garam halus       )
15 g ovalette
150g gula halus
125 g mentega , dicair dan dibiarkan sejuk
100g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 s/t even vanilla , dilecek halus
100 g coklat chip ( Ni akak tambah)

CARA MEMBUAT NYA :

* Panaskan oven pada suhu 175C. Lenserkan tin dengan mentega dan ditaburkan sedikit tepung.
* Putar gula dan ovelette hingga sebati, masukkan telur dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan bahulu)
* Masukkan pisang dan gaul rata. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega dan minyak jagung. Campurkan coklat chip.
* Tuang dalam tin dan bakar kira2 50-60 min (mengikut kesesuaian oven). 





AWARD LAGI DARI NOORSAFONE



Terima kasih pada Noorsafone kerana beri award ni...sebagai seorang follower saya sentiasa memberi sokongan kepada beliau..semoga persahabatan di alam maya ini juga akan sentiasa mengeratkan kita....

April 14, 2011

MUFFIN BLUEBERRY


Assalamualaikum semua....dah lama rasanya akak tak memapin...alih alih semalam terasa nak memapin. Muffin Blueberry ni memang sedap dan amat mudah untuk membuatnya....

Resepi nya amat mudah kerana akak gunakan tepung muffin yang ready made punya hehehehe (jangan marah ye ...) bukan apa..akak beli tepung ni biar senang..kadang kala family akak suka pergi berkelah. secara tiba tiba..kalau ada standby kat dapur ..malam2 pun boleh terus bancuh ..tak payah susah susah... betul tak....(akak ni tak serajin Izah si muffin Lovers tu....kalau wat takut bantat ler pulak)
 
Tapi untuk resepi akak salin la semula ..mana la tau ada yang nak beli tepung yang sama .....


Bahan2

1 kg Blueberry Muffin Mix
350g telur
225g air
280g minyak masak


Cara2


Putar semua ramuan kecuali minyak masak selama 1 - 2 minit dengan kelajuan perlahan di ikuti 4 minit dengan kelajuan sederhana
Masukkan minyak masak dan putar lagi selama 1 minit
Tuankan adunan ke dalam cuan dan bakar dengan suhu 180C




KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...