Total Pageviews

March 31, 2011

PECAL JAWA


Assalamualaikum..pernah makan Pecal Jawa tak..kali ni pecal ni istimewa sebab ada campuran nasi impit yang biasa nya boleh diperolehi di kalangan masyarakat jawa terutama di Tg Karang.





Versi kali ni agak istimewa sebab ada campuran nasi impit dan di tambah kuah lemak sikit menyebabkan ianya memang sedap. Pecal ni akak beli dari makcik di bawah tu dengan harga RM2.00 sebungkus di Pasar Tg Karang.



Dengan bersungguh nya makcik tu bungkus kan pecal wat akak..yg pakcik kat belakang tu plak..pelik tengok minah mana plak yang datang kat pasar siap bawa camera DSLR . Siap posing lagi sebab ingat kan pemberita dari mana plak..haahahha....aksyen le sikit...tak pernah di wat org pagi pagi gi pasar .. bawa kamera..kat kg sendiri plak tu...ish ish...

Yg ni plak..taugeh yg di buat sendiri dari kacang hijau. Kalau kat bandar mana boleh dapat kacang ni. Kg kg melambak lambak..RM1.00 satu pinggan. Fresh lagi plak tu....

Jadi kalau nak wat pecal sendiri...kuah kacang pecal memang ada jual disini..RM10.00 setengah kilo. Kalau kat Tg Karang..kuah pecal memang sedap sebab ianya asli dan baru dibuat. Ada sesiapa yang nak cuba kuah pecal boleh lah akak tolong belikan...penghantaran...sendiri mau pikir caranya.

Jumpa lagi di N3 lain..assalamualaikum...

March 30, 2011

UBI KEMILI



Dulu masa kecil kecil selalu makan ubi kemili ni..tapi la ni..susah jumpa kat KL. Ubi kemili ni pun bapa saya yg jumpa di Johor minggu lepas..kebetulan bila saya pulang ke Kg..ada baki sedikit..
Masih ingat dulu masa kecil kecil..sangat suka bau ubi kemili ni..siap cabut rumput kat tepi rumah dan cium bau akar nya..sama macam bau ubi kemili ni..memang sedap..saya sangat suka ubi kemili ni.



Tengah cari info pasal ubi kemili ni..nampak pula dah pernah ada kat Dapur Mamasya..jadi akak minta izin info yang telah diperolehi oleh Mamasya...

Sumber Dari : Dapur Mamasya

kalau kat kg kami panggil ubi ni ubi keling tp bila search kat wikipedia....baru tahu ubi ni dipanggil pokok galak tua...

Info dari wikipedia

Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.

Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.

Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.

Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.

Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu

March 29, 2011

APAM PISANG KUKUS


Assalamualaikum buat semua... Bila balik dari rumah my father..ada lah makcik i bekalkan pisang yang dah masak ranum sesangat..hanya boleh di buat cekodok gayanya.
Tapi bila akak jalan jalan kat rumah si Madiha..akak nampak plak apam pisang yang dah lama akak tak buat. Dulu pun akak ada buat DISINI..

Hari ini akak buat lagi..memang sedap dan harum jer apam pisang ni..sedap untuk dimakan waktu petang time hujan2...


Izinkan akak salinkan resepi yang dapat dari rumah Madiha...
 
Apam Pisang Kukus
Sumber : Diana / Madiha

Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar) (akak guna 250 gm )
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (MaDiHa guna gula pasir yg jenis halus sket tuh.. madiha kurangkan gula dlm 3 sudu besar..)
secubit garam

Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula hingga kembang.  Masukkan mentega cair/ minyak & juga pisang yang dilecek.
4. Kemudian masukkan tepung & gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana. 

Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.

Nota MaDiHaA: MaDiHaA guna acuan apam yang kecik2 tu.. & masa mengukus  telah dikurangkan ke 12 ~ 15 minit.  


March 28, 2011

SEHARI DI TG KARANG


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua teman. Hujung minggu ni akak bawa anak2 pulang ke Kampung melawat datuk mereka di Tanjung Karang. Selangor. Kalau nak tau..dari KL mengambil masa kira kira 2 jam untuk sampai ke Tg Karang..(itu kalau bawa kereta macam kura kura ler...)


Tg Karang memang terkenal dengan org Jawa dan ada sawah yang terbentang luas disini. Memang aman dan nyaman pemandangan kg disini. Kebetulan ada pula anak anak gadis kg yg sedang memancing...


Kunci air..bayangkan la kalau jatuh ke dalam nya..alamat tak jumpa


Petang Ahad ..kami sekeluarga sempat jalan jalan di Bandar Kuala Selangor..ingat nak naik Bukit Melawati tetapi malangnya ditutup untuk ubah suai..kereta tak boleh naik..jadi main2 lotong di bawah tempat letak kereta jer....

Kat sini lotong tu dah tak takut ngan manusia..malah manusia yang naik takut dengan si monyet tu...pantang tengok bawa plastik makanan..habis di serbu dan di ragutnya plastik tu..tamak sungguh

Slamber jer monyet tu pegang bahu Makcik I....
Amacam..ada takut ka...



Itu lah kisah saya dan keluarga di Kampung hujung minggu yg lalu (macam karangan jer heheheh)..nanti lepas ni baru lah start memasak semula..penyakit Malas dan kebizian di pejabat menyebabkan hilang idea...

Jumpa lagi kengkawan...Luv u...

March 26, 2011

BINGKA UBI

Minggu lepas kita kata minggu Melabu...tapi minggu ni kita tukar pula kepada Minggu Mengubi...heheheh (betul ke tu?) apa pun yang ada kena mengena ngan ubi kayu.



Semalam kita dah buat bingka ubi cheese...tapi kerana masih ada baki ubi yang telah siap di parut..hari ni kita wat bingka ubi lagi..kebetulan tengahari n  ada rancangan untuk bawa anak2 tengok Atok mereka yang kurang sihat sikit kat Tg Karang, Selangor ..elok la bawa buah tangan sikit untuk org tua tu..



Masih menggunakan resepi dari rumah Roz..tapi kali ni tak guna cheese...

BINGKA UBIKAYU CHEESE
By: Roz@HomeKreation



BAHAN2:

250g Gula (kalau nak manis boleh tambah gula )

2 biji Telur
800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air) (Akak tambah lagi 50ml air)
Pewarna kuning

CARA2:


Satu kan semua dalam bekas dan tuang dalam acuan.


2. Bakar suhu 170C selama 1jam 30min sehingga masak.
Sejukkan sebelum di potong.


Bingka ni memang sedap..kalau ikut sukatan gula diatas, memang ala ala manis yang sesuai dengan tekak akak dan keluarga...

Buat teman teman selemat berhujung minggu...
Luv u all....



.

March 25, 2011

BINGKA UBI CHEESE


Bulan yang lalu semasa akak menghadiri majlis reunion SMSP 1987 , akak ada buat bingka ubi cheese untuk teman teman..DISINI.tak sangka ramai yang suka kan bingka ubi cheese ni.



Hari ini aku ulang tayang semula bingka ubi cheese. Ubi yang dibawa dari Segamat hari tu..hahaha..semua nya percuma dari sana..tak payah beli..kampung mari.. . Kalau kat KL ni tak silap..sekilo ada lah RM2-3. kalau kat belakang umah mak..tinggal cabut jer...



Macam biasa masih lagi mengikuti resepi dari rumah Roz..harap izin kan ya akak salinkan resepi untuk teman teman...


BINGKA UBIKAYU CHEESE
By: Roz@HomeKreation
Sumber: Sahabat Norj
Saiz 8" persegi
BAHAN2:
250g Cream Cheese
250g Gula
2 biji Telur
800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air)
Pewarna kuning

CARA2:
1.Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
Masukkan elur satu persatu sambil dipukul rata.
Masukkan ubikayu & santan.

2. Bakar suhu 170C selama 1jam 30min sehingga masak.
Sejukkan sebelum di potong.



Kali ini akak bawa ke pejabat untuk menjamu anak anak buah (pekerja) yang setiap pagi menanti air tangan  dari bos nya ini....

Harap harap mereka semua akan suka...

March 24, 2011

NASI BRIYANI GAM

Kali ini kita jalan jalan di sekitar Kg Baru. Kalau nasi Briyani ini Akak memang kurang selera sikit..tapi melayan Mr S..boleh la sekadar melapis perut...



Kononnya..nasi Briyani Gam An Nur di memang popular dan sedap di Kg Baru. Gerai ini terletak berhampiran pintu gerbang Kg Baru..walau pun kedai nya agak kecil..tetapi memang ramai pelanggan makan..


 Kat sini pun ada Mee bandung Muar, Mee Rebus Johor..tapi akak hanya order Nasi Briyani Gam Ayam..memang agak sedap gak ...


Kuah Dalca / Kari

March 23, 2011

KUIH KOCI LABU

Hari yang sungguh sibuk di pejabat...tension tension..balik pun dah petang..letih tu memang letih...tapi tak lah manjakan diri sangat...walau pun akak tak perlu memasak sebab my Bibik dah masak untuk anak anak ...akak nak gak wat makanan kudapan petang untuk di upload hehehhehe....
 

Hari ini akak masih lagi minggu Melabu ...berapa banyak labu da..kat rumah ni ada sebiji lagi yg segar bugar tu..apa lagi la aku nak wat ngan labu tu...
 

Kuih Koci Labu...dah lama akak tak makan kuih koci..biasanya kuih ni akak jumpa bila ada kenduri kendara di kampung lebih lebih lagi di Tanjung Karang dan sekitar Klang...Rasa kenyal kenyal Kuih Koci Labu ni ditambah pula inti kelapa yang akak campur kan dengan durian memang sedap teramat sedap..sampai akak sendiri tanpa sedar dah habis 3 biji..fuhhhh....



Jalan jalan jumpa resepi di rumah Suzi..izinkan ya akak salin untuk rujukan teman teman
 
Sumber : Dapur Suzi

Bahan2 dan Cara2:-

Untuk doh:
  • Labu kuning - potong kecil dan dikukus
  • Tepung pulut
  • Garam
  • Daun pisang yg dilayur
  • Minyak masak

Labu yg telah empuk dilecek. Kemudian masukkan sedikit garam dan tepung pulut sedikit demi sedikit dan sehingga terhasil doh yg tak melekat kat tangan..macam buat onde2/buah Melaka. Bahagikan doh kepada saiz yg dikehendaki..leperkan dan masukkan inti tutup rapat dan bulatkan..celup dengan sedikit minyak masak. Kemudian bungkus dengan daun pisang atau plastik atau buat macam saya buat..alas dengan baking paper yg dipotong kecil. Maklumlah payah nak dapat daun pisang kat sini....rasanya oklah..Dah tentu yg dibungkus daun pisang lagi sedap..aromanya tu....lagipun lebih asli. Ulanglah sampai doh habis. Lepas kukus hingga masak.

Untuk inti:
  • kelapa parut
  • gula melaka
  • gula pasir
  • daun pandan
  • air
  • garam
  • (saya tambah isi durian ) 

Larutkan gula melaka dengan air dan masukkan gula pasir dan kelapa parut. Masukkan daun pandan dan sedikit garam. Masak sehingga hampir kering dan melekit. Disebabkan takde kelapa parut fresh...maka saya gunakan kelapa parut kering. Untuk menambahkan rasa lemaknya saya tambahkan santan sedikit...dan masak agak lama. Beberapa kali tambah air.

 Selamat menjamu selera...jumpa lagi
Luv u....

March 22, 2011

PISANG TANDUK GORENG


Assalamualaikum buat kaum kaum ibu di luar sana...harap harap semua nya akan sihat dan aktiviti berjalan seperti biasa setelah anak anak mula bersekolah.  Petang tadi bila memikirkan anak akan balik dari sekolah Agama..akak goreng pisang tanduk yang di bawa dari Segamat hari tu...
 


Tapi akak gunakan Tepung Goreng Segera jenama Adabi..cuma campurkan air dan terus ke dalam kuali ....

Memang ringkas sekali N3 untuk minum petang hari ini..esok pula harus di fikirkan apa yang harus di masak...



TEST TEST Mata....masih mengetes kamera...sebab masih tak pandai lagi
kita layan gambar bulu mata ni..cantik ni kalau terletak di mata

March 21, 2011

LEPAT LABU

Assalamualaikum dan salam hari Isnin. Harap harap semua nya berjalan dengan baik apatah lagi anak anak dah mula bersekolah. Saya pun pagi pagi dah sibuk kembali dengan rutin harian di pejabat dan tengahari pula sibuk mengambil anak pulang sekolah sebelum kembali ke pejabat.


 
Minggu ni masih lagi berkisar dengan Labu..(kan dah kata minggu melabu)..pikir punya pikir..apa yang nak di buat ngan labu yang masih berbaki 3 biji tu..mesti berangin satu badan sepanjang minggu ni..
 
N3 kali ini akak buat kuih tradisional yang simple..Lepat Labu..daun pisang yang di import jauh dari Segamat..kalau kat KL kena beli..yg ni free....
 
Petang tadi buat lepat ni...sebab tu baru dapat update N3 malam malam buta gini...
 

Resepi ni akak main agak agak jer..kalau ada kurang tu harap maaf..


Bahan2..


1/2 biji labu ( dikukus atau di rebus)
1/4 cawan gula merah
1 cawan tepung gandum
kelapa parut (secukup nya di campur dengan sedikit garam)
Daun pisang



 Cara2nya..

Lenyek labu dan campurkan gula perang serta tepung
Layurkan daun pisang
Sudukan adunan di atas daun pisang dan letak sedikit kelapa sebagai inti.
Kukus kira2 20 minit hingga masak



Selingan Kamera ...Klik Klik..dah lama tak test Kamera...hehehe..hari ini kita letak gambar bunga yang akak ambil baru baru ini...
 


March 19, 2011

BINGKA LABU

Assalamualaikum..salam pagi Sabtu..mesti ada yang tengah rehat rehat di hujung minggu..kan kebanyakan nya tak kerja..cuti libur..dan ada yang sibuk menguruskan anak anak yang akan mula bersekolah pada hari Isnin...

Masih lagi di minggu MELABU.  Bingka labu ini dah berulang kali akak buat..memang kalau kuih kuih sebegini cepat jer habisnya di rumah ini...


Rasa bingka ni memang sedap ..manis manis ala ala gitu..kalau ada sesiapa yang nak manis boleh lah di tambah gula..tapi wat akak dah ok..(dah tua la tu) hehehehe....

Buat Nieza..tahniah atas langsir rumah baru..kita punya langsir agaknya tukar waktu raya kot nanti...(minta belas ikhsan la ni..sebab kita pun buta IT)


Macam bunyi nak minta simpati jer..huh huh.

Sambil sambil makan bingka labu tu..akak makan kacang pistachio yang di bawa oleh Mr S dari Thailand baru baru ni..


Macam biasa resepi ni akak dapat dari rumah Cik Mat Gebu
Minta izin akak copy resepi nya untuk teman teman ya....



Bahan bahan
5 biji telor
500 ml santan (atau 200ml santan kotak + 300ml air)
200g tepung gandum, 
180gm gula halus (atau nak manis tambah sendiri ler) 
1/2 c/t garam, 
1 c/t esen vanilla, 
450g labu manis, Kukus dan lecek hingga lumat.

cara2 

Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin dengan mentega dan lapik ngan aluminium foil (kanan kiri biar lebih supaya senang angkat) atas aluminium foil pun sapu Mentega.
Semua bahan2 diatas kecuali labu di kacau dengan whisk hingga bersatu. Tapis adunan tadi dan masukkan labu,kacau hingga rata.
Tuang dalam tin dan bakar selama 40-45 minit (sehingga ada kerak sikit diatasnya).
Abaikan kuih yang comot ni...sebab belum sejuk dan potong..sbb esok pagi2 takut tak sempat nak posing

March 17, 2011

LABU KUKUS MANIS

  
Salam hari Jumaat...pernah makan labu ni tak..ni la masakan labu yang paling ringkas..(ringkat atau malas..mungkin kedua dua) hehehehe....

Semalam petang waktu hujan di Kuala Lumpur...baki sos kastard yang di makan bersama puding roti tu masih ada sedikit ....jadi bila labu manis yang lembut tu di makan bersama sos kastard dan dicampur sedikit madu serta taburan kismis..hmmm...sedap la pulak...


Anak anak yang tak pernah makan pun boleh habis sepotong labu...jgn malam malam banyak angin dah ler... Labu ni akak beli waktu akak ke Segamat minggu lalu....


Labu ini dipotong dan dikukus kira kira 10 - 15 minit hingga empuk.


Kemudian boleh dimakan bersama air gula merah pun sedap juga.....

Niat hati memang nak wat macam macam ngan labu ni..boleh wat Bingka Labu, Talam Labu, Donut Labu..dan macam macam luncai bersama labu labunya...kah kah....tapi terdaya ke akak nak buat..(sendiri tanya diri sendiri) 



Apa pun kita layan jer la..pencuci mulut yang amat ringkas dan sedap ini...

Jumpa lagi..kengkawan...Luv u all...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...