March 9, 2011

ROTI KELEDEK

Cadang hari ini nak bawa anak anak jalan jalan tetapi bila antar kereta pegi servis ..pomen tu kata tak boleh siap satu hari sebab kedai spare part tak buka. (Hari Ahad)..jadi duduk rumah jer la...
  

Macam biasa akak ni tak boleh duduk rumah lama lama..pening kepala ..sekejap ke dapur..sekejap tengok computer ..sekejap tengok tv..sebab akak ni ada penyakit tak boleh tidur siang hari. Bila ke dapur..dok pikir macam macam nak buat aper..jadi petang ahad ni akak projek menghabiskan saki baki keledek yang telah pun akak kukus dan simpan dalam petiais.


Masih menggunakan doh roti manis..cuma akak campurkan sedikit keledek. Memang lembut dan enak di makan begitu saja... Akak buat doh nipis nipis sebab senang nak ngap ...

Resepinya :
.


Bahan-bahanya


300gram tepung roti
50gram tepung gandum ( sy campur tepung roti medium)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
300gm keledek ( di kukus


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.


4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

2 comments:

  1. amboi..rajinnya meroti...
    nampak gebu dan lembut jer roti keledek tu..

    ReplyDelete
  2. morning akak..mcm2 jenis roti dh kuar.. ni roti keledek lak. i'm impressed!
    ps: wah.. kak mas, awalnyer bukak blog.. hihi..

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...