Total Pageviews

February 28, 2011

DURIAN SEGAMAT


Semalam akak sampai di Segamat agak lewat..kira 2 jam 6.00 petang. Highway semua ok berjalan lancar..tak jem pun...Gi segamat ni ada hal sekejap jer..esok petang balik la...


 Kita orang ikut Simpang Ampat untuk segamat. Kebetulan di Segamat musim durian..jadi akak pun tak tunggu berhenti tepi jalan untuk makan..nak makan banyak2 takut..jadi makan 5-6 ulas ajer...memang sedap..dalam hati kalau bawak balik pun bagus gak..tapi yang tak tahan tu bila nanti baunya dalam kereta sampai seminggu pun tak hilang..langsung kensel....

Isinya memang kuning dan sedap...itu ler rupanya....
Tapi tang tengah sedap sedap makan tu..timbul plak makhluk ni..aper lagi akak pun klik klik  gak la...
 Ni dinamakan ulat dalam durian..heheh bukan ulat dalam batu...



Jadi untuk segman JJC Makan ni..kami singgah makan di pekan segamat..Restoran Juara Ikan Bakar...Banyak pilihan sebab ada banyak mini gerai yang menjual bermacam macam makanan pilihan..harga pun memang murah tak macam di Kuala Lumpur...Ada ikan bakar, kerang rebus, ikan siakap, burung puyuh dan macam macam lagi yang kami order tapi tak termasuk dalam gambar ni...hehehhe

 Jadi kita layan gambar ini .....Jumpa lagi...

February 27, 2011

BANANA YEAST BREAD


Ni semua gara gara si Mas dan  Izah .kebetulan ada pisang 3 biji lagi yg nak naik kusam..penat pun penatlah..janji roti Banana Yeast Bread ni mesti jadi untuk wat sarapan esok. 

Betul kata si Mas, mula mula tu tengok lembek semacam jer adunan dia..naik takut gak ..kita punya lah tambah tepung sikit ..rupa rupanya tak tengok teliti resepi..kena ceduk pakai spatula bukan uli macam roti..huh huh..abis melekat lekit...

Tapi kejadian tu tak mendatangkan apa apa masalah besar sebab roti ku memang naik dan sewaktu membakar pun..harum bau pisang tu memang memang wangi...

Minta izin teman teman turunkan resepinya...

Banana Yeast Bread

Resepi : jkitchenlog
Copy : Izahdaut
Bahan :
  • 200 gr bread flour
  • 1 tsp instant dry yeast
  • 20 gr caster sugar
  • 150-160 gr banana puree (from 2 medium bananas)
  • 40 ml milk
  • 20 gr unsalted butter
  • 1/4 tsp salt
  • Mas dan Izah tambah setengah biji telur


Cara membuatnya :
  1. Combine bread flour, yeast, and caster sugar in a bowl. Make a hole in the center. Add banana puree and milk. Mix well.
  2. Add butter and salt. Mix until dough is smooth and glossy - it will be very sticky. Cover and rest for 1 hour.
  3. Punch dough down and set aside for 10 minutes. Grease and flour a baking pan.
  4. Spoon dough into the prepared pan and use a spatula to smooth the surface. Cover or spray with water (to prevent skinning) and let rise for 1 hour.
  5. Preheat oven to 180C. Bake for 20-25 minutes. Cover with foil to prevent excessive browning.
  6. Nota : Doh roti ni agak lembik sikit, jadi Mas dan Izah tambah 2 sudu besar tepung lagi. (seperti mas Akak pakai BM jer untuk menguli )

February 26, 2011

AKHIRNYA ....TIRAMISU

Assalamualaikum semua.  Akak naik risau tengok lebihan cheese kat dalam petiais tapi rasa malas nak wat apa apa yg berkaitan cheese. Angan angan nak wat cheese cake...tapi sampai nak expired cheese pun tak jadi gak buatnya... Hmm..bukan aper takut gak..tak boleh kawal diri ngan cheese...

Jadi godek godek rumah Chef Hanieliza nampak ler desert yang dia buat.  Kebetulan semalam akak gi pasar malam..jadi akak beli roll cake yang ready made...balik balik terus ke dapur...mencuba...dan akhirnya akak berjaya juga..dapat lah merasa tiramisu buatan sendiri...kah kah kah....jakunnya.... walau pun tak secantik sifu sifu yg lain...terima ajer ler seadanya...
 

TIRAMISU

Bahan

1 gulung kek swiss roll kopi
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli ( saya guna whipping cream)
1/2 cawan gula
1 biji lemon [ambil jusnya]
serbuk nescafe (  saya ganti serbuk koko)

Larutan Agar-agar
1/4 cawan air ( saya ganti 2 sudu besar air )
1 sudu kecil serbuk agar-agar ( saya ganti serbuk gelatin)

Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih. ( saya double boil sedikit larutan air dan gelatin hingga jernih warnanya)
3. Pukul keju, gula dan yogurt (whipping cream) sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan rata.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan

NOTA:

 
Desert ini memang agak moist dan lembut..
so kena makan gunakan sudu.. tapi memang sedappp.


Sedap ni.....

February 25, 2011

ROTI KELADI

Wah...  pernah wat tak roti keladi.?? akak pun tak pernah buat tetapi tiba2 ajer roti yang akak buat jadi roti keladi..ni semua disebabkan baki keladi yang ada dalam petiais.



Akak buat trial n Error..cuba cuba masukkan keladi yang dipotong dadu..Dan biarkan Bibik Melayu menguli dan membakar..hasilnya memang ok..

Macam biasa ..resepi nya adalah resepi asas doh roti manis..cuma akak tambahkan keladi...

Bahan-bahanya


300gram tepung roti
50gram tepung gandum ( sy campur tepung roti medium)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
Akak tambah 200 gm keladi yang di kukus...


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.




Sedap di makan panas panas waktu bfast...

February 24, 2011

AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH

Assalamualaikum semua. Sehari dua ni Akak tengok ramai kawan kawan blogger yang menayang pencuci mulut agar agar ..macam macam ada.. Macam macam warna..hijau, coklat, kuning, merah dan banyak lagi.  Hari ni akak nak masukkan N3 agar agar santan gula merah yang akak dapat dari rumah Hana.



Kebetulan atas permintaan anak untuk dibawa ke jamuan di sekolah. Akak buat la agar agar ni..

Agar agar ni memang sedap..tak terlalu manis dan elok elok jer kerasnya...

Buat teman teman akak salin kembali resepi yang akak dapat dari rumah Hana..
 
Sumber : Hana
Bahan-bahan
  • 10g serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/4 cawan gula putih
  • 1150 ml air
  • 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
  • 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
  • secubit garam
  • 1 helai daun pandan
Cara-cara
  • Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
  • bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
  • Kecilkan api
  • kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
  • Tuang kedalam acuan yang anda suka
  • Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!


 Segar sangat bila dimakan..lebih lebih lagi sejuk sejuk yang baru keluar peti ais...

Jumpa lagi teman teman...




February 23, 2011

DADIH BUAH PERISA SRAWBERRY


As salam buat semua. Bila dok kemas kemas stor barang2 dapur..terjumpa sebungkus dadih segera (giant brand) yang akak beli kalau tak silap untuk hari raya dulu..hehehe...nasib baik lum expired...
 
  
Kalau ikut resepi ..dia suruh letak 3000 ml air..mak oi banyak nyer..jadi akak letak 2500ml air..itupun agak lembek sikit...lain kali kene adjust..Anyway rasanya memang sedap tak manis manis buah gitu...


Ni acuan ..belum keras lagi..

Ini lah dia paket serbuk dadih tu..cara caranya ada kat belakang bungkusan..Makan ngan buah buah koktail pun sedap...

Marilah kita menikmati gambar yang tak seberapa ni..jumpa lagi...

February 22, 2011

IPOH MALI...

 Hari ini Akak tak ada N3 tentang masakan sebab sehari perjalanan ke Ipoh. Seawal jam 8.30 pagi Akak dan keluarga bertolak dari KL ke Ipoh. Bukan ada apa apa ke Ipoh..cuma menghantar anak buah pulang berjumpa keluarga nya.




Akak pun dah lama tak pergi ke Ipoh. Dulu selalu gak jalan jalan ke Ipoh. Bila tiba di persimpangan Simpang Pulai..signboard ni akan menyambut kita...Selamat datang ke Ipoh..




Sebelum tu kami singgah makan di R&R Tapah .. pagi pagi pun telah ramai pengujung




Ini lah anak buah yang nak balik ke rumah maknya..Nurul Syuhada..



Mee Wantan..antara menu pagi..





Kami sampai di rumah keluarga Nurul kira kira jam 10.30 am..

Ini lah ibu dan adik bongsu si Nurul.. 


Sementara menunggu anak beranak tu melepaskan rindu..akak dan anak2 berjalan jalan cuci mata di Ipoh Parade..

 


 
 Kebetulan ada pulak pameran dari Negara Thailand...

Kalau ke Perak...jangan lupa beli Buah Limau Bali..ini adalah trademark Ipoh..banyak jual di tepi jalan sepanjang jalan ke Simpang Pulai..

Akak selamat sampai semula di KL jam 5.30 pm...
Untuk N3 masak2 ..esok saja ya..dah letih..

February 21, 2011

APAM KELADI


Apam ni Akak buat hari Sabtu kelmarin. Balik dari pejabat terus cari resepi apam keledek. Nampak kat resepicitarasawan lalu mulakan operasi.

Masa nak peram tu baru perasan, kenapa dalam resepi kakwan tak der letak tepung..kalau di peram ni alamatlah sampai esok pun tak boleh masak.jadi akak tambah tepung gandum..... mungkin kakwan terlupa kot nak betulkan resepinya...

 Akak buat kecil kecil dalam acuan lompang..biar senang masut mulut terus..

Sapa sapa nak resepi akak salinkan disini..minta izin ngan Kakwan  yer ...

Sumber : Resepicitarasawan

 Apam Keladi

Bahan A
1 sudu besar yis segera
1 sudu kecil gula
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air

Bahan B
200gm keladi (potong kecil, rebus)
200ml santan kotak KARA
100ml air
200gm gula pasir ( next time kena kurangkan sikit )
230gm tepung gandum

2 sudu kecil double action baking powder
1 biji telur A - dipukul dahulu
1/4 sudu teh garam halus

Cara-cara :
1.  Bahan A :  Satukan semua bahan A, gaul rata dan rehatkan selama 15minit hingga adunan kembang dan berbuih.
2.  Bahan B :  Kisar keladi, santan dan air hingga halus.  Satukan dengan bahan B yang lain, gaul rata, masukkan bahan A, sebatikan dan biarkan kembang 2 kali ganda selama 1 jam atau lebih.  Tutup bekas dengan tuala lembab.
3.  Sudukan ke dalam acuan lompang yang dialas dengan mangkuk kertas.  Masukkan adunan setinggi mangkuk kertas dan kukus selama 15 minit dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
4.  Untuk mendapat kesan rekahan pada apam, guna spatula atau pisau yang dicelup dalam minyak, kemudian buat silang pangkah pada permukaan adunan dalam acuan tadi.

*** Adunan apam ni lembut tetapi tidak merekah, buat spt langkah No. 4 untuk mendapat rekahan pada kuih.


 APAM KELADI...

Selamat berhari minggu...









February 20, 2011

ROTI KURMA KISS


Ini adalah  roti yang kedua sebenarnya..tapi yang satu dah selamat di bawa pergi oleh Mr S.. Nak tau kenapa namanya Kurma Kisss...lihat dibawah.

Petang tadi Akak buat roti ni untuk makan malam dan bfast esok..senang jer masuk dalam BM dan tinggal...tu dia  senangkan..resepi ni memang lembut dan akak dah buat beberapa kali..memang tak menghampakan. Kalau selalu camni ..habis tutup kedai roti...heheheh...


Makan dengan jem strawberry dan peanut butter ..

Kali ini Akak campurkan Kurma dan Kismis...sebab akak tengok ada baki kurma dari Hari raya tu tak disentuh langung..akak potong kecil2 dan campur dalam roti..itu lah jadi nama Roti Kurma Kiss...


Cara Akak : Akak masukkan semua ke dalam BM dan start hingga siap di bakar.



Bahan-bahanya


300gram tepung roti
50gram tepung gandum ( sy campur tepung roti medium)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
Akak tambah 200 gm kismis dan kurma 


Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.

5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.
Sedap di Makan ngan jem Strawberry..

February 19, 2011

MAMA DAN PAPA


Dah beberapa kali akak makan di Restoran Mama Chop Papa Grill ni ..tapi semalam bawa anak buah si Syuhada tu pulak makan kat sini...Restoran ni terletak di Duta Solaris, Jalan Duta Kuala Lumpur. Memang setiap hari Khamis akak akan kesini kerana menghantar anak belajar piano...


Si Anak Dara.....comel tak
  



Macam biasa restoran ni semua menghidangkan makanan Western.


AKak yang paling suka ialah Mushroom soup dia..


Si Syuhada plak order chicken chop dan bolognise spagetti wat si kakak.





Sekali sekala kena minum soya bean. 

Kalau la saya pandai wat semua makanan tu alangkah bagusnya..tapi AKak tau makan jer...hehehe..





Jumpa lagi....

February 18, 2011

PUDING JAGUNG

 Selamat petang semua. Entah macamana nampak kat rumah Kak Rose puding jagung. Kita dah lama tak buat puding jagung..bila tengok ada baki setengah tin jagung dari ari tu..(buat Serimuka jagung)..kita pun buat lah puding jagung untuk minum petang.


  
Macam Kak Rose kita pun pun 1/2 adunan jer untuk minum petang. Izinkan saya salin resepi untuk teman2 ye Kak Rose.

Sumber : Kak Rose
resepinya dari izamel78@Myr dan kak rose penah buat kat sini.....

Bahan-bahan ( 8 - 10 orang )
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan pati santan
  • 3 cawan air
  • 3 - 4 senduk kecil gula (kurang atau tambah mengikut kemanisan masing2)
  • 1 tin jagung manis

Cara-cara

  1. satukan kesemua bahan. kacau sebati supaya tepung tidak berketul-ketul.
  2. masukkan ke dalam periuk, masak di atas api sederhana. kacau sentiasa hingga adunan likat dan berkilat.
  3. tuang adunan yang masih panas ke dalam loyang dan biarkan sejuk seketika. simpan di dalam peti sejuk.
Kita buat simple jer...tak der hiasan cuma yg ada buah ceri..

POKOK CINTA


Assalamualaikum semua...hari ini Akak sempat jalan jalan di The Curve, Damansara. Meriah sungguh deco di ruang legar tempat ni. Apalagi dengan sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih.  Pokok pokok penuh dengan gantungan cinta cinta.... sesemarak cinta saya pada dunia masakan dan makanan....heheheh..Jalan Jalan dan Cari Makan
 

Dan untuk menjamu selera kali ini Akak dan Mr S singgah di TGI Friday yang terletak di tingkat bawah The Curve. Pilihan restoran memang banyak disini... 

Restoran ini memang banyak pilihan terutama makanan barat..seperti selera kami berdua...
 
Ikan Salmon

tak ingat nama ..tapi ala ala piza..sedap dan rangup

Kentang Putar
Selamat menjamu mata ya....

February 17, 2011

TALAM KELADI

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Beberapa hari ini melayan kerenah anak sulung yang demam. Dah beberapa hari tak baik , tadi malam dah bawa ke klinik , harap harap sehari dua ni ok. Kesian dia terbatuk batuk dan demam ... hari ini pun MC tak sekolah.


Sementara melopong kat rumah sebab setengah hari jer kat opis, Akak buat lah Talam Keladi. Dulu dah dua tiga kali buat ... hari ini ulang lagi sebab my bibik dah kukus keladi dan siap simpan dalam aisbok.
Akak memang suka warna talam keladi ni, dan resepi ni Akak dapat dari Chef Asma. Buat teman teman Akak salinkan resepi untuk dicuba.
LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
      40 gm tepung ubi
      1 1/2 tsp garam
      300 ml santan pekat
      700 ml air

(B) 250 gm keladi - buang kulit, potong kiub dan kukus selama 5 minit.

Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Cara caranya :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.


SELINGAN KAMERA....

Test test camera..ambil gambar kasut pulak dah...asyik gambar makanan jer...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...