Total Pageviews

June 30, 2011

TALAM GULA MERAH



Assalamualaikum....

wah lama sungguh kita tak update blog ni....semangat di dapur masih belum pulih sepenuhnya...harap harap ianya tak akan hilang selamanya....

hari ini kita buat kuih Talam Gula Merah.. Sekali makan memang sedap ...saya kurangkan sukatan gula dan yang ni memang dah elok manisnya. Lembut dan mudah dibuat..

Kita salin resepinya :




KUIH TALAM GULA MERAH
Sumber : Teratak Nurkasih

Bahan2nya ( guna loyang 8 x 8 )

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah ( 1 1/2 cawan gula merah + 1 cawan air) di masak dan disejukkan
2 cawan santan cair

Bahagian Atas

1/2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
4 sb tepung jagung
1 sk garam


Cara2 ..


Sapu sedikit minyak pada acuan. Campurkan semua bahan A dan kukus kira kira 15 - 30 minit. Bila masak gunakan garpu untuk melorek permukaan lapisan gula merah. 


Bahagian atas...


Satu kan semua bahan dan masak sedikit di atas api dan jangan sampai bergentel. Kemudian tuangkan ke atas lapisan bawah dan kukus hingga masak.


Hidangkan bila sejuk.





June 23, 2011

PUDING LAICI



Assalamualaikum....

Dah beberapa hari bizy....ke dapur pun tidak...bila tak ke dapur...rindu ngan kawan kawan maya pulak..

Hari ini kita buat puding laici....bagi pencuci mulut.  kadang kala kita ni bila malam malam mencari makan...selalu wat stok dalam peti sejuk senang...ngap jer...

Resepi amat mudah...

Bahan - bahan : 


1 tin buah laici ( blend sampai hancur)
10 gm serbuk agar 2
400 gm air 
2 sudu gula

** Campuran cecair / air mesti 900 ml


Cara caranya :


Blend buah laici ( 1 tin). Campurkan air dan gula serta masak atas api perlahan. Kemudian campurkan serbuk agar agar. Sejukkan dan hidang untuk di makan.




June 20, 2011

LOMPANG JAKARTA Lagi ler.......

Assalamualaikum.....


 
Semalam kita dah tayang Lompang Jakarta.

Tapi hari ini kita terpaksa buat lagi sebab permintaan ramai...kali ini kita main warna sikit biar cantik di pandang.....

Memang kita suka lompang ni... sebab rasanya seakan akan kuih talam... manis nya dah ok...tapi yg tak tahan sekali ngap sampai 4 biji ...sebab wat dalam bekas yg comel comel gitu....





Buat teman teman sekali lagi kita salin kembali resepinya....


Lompang Jakarta

Bahan : ( adunan ni dapat dalam anggaran 20 - 25 biji )
  • 125 g tepung beras
  • 2 sb tepung sagu @ ubi
  • 200 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
  • 1/2 sk air kapur
  • 200 ml air *
  • 125 g gula pasir *   (lain kali kita kena kurangkan sikit )
  • 1 sk pandan pes + pewarna hijau (kita tukar keladi pes / warna ungu)
Topping Dadih : ( yang ni kita wat 1 1/2 adunan asal)
  • 160 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air) (kita tambah jadi 240 ml)
  • 1/4 cawan tepung beras ( kita tambah lagi sikit tepung)
  • 1/4 sk garam







Cara membuatnya :
  1. Masak bahan bertanda * dengan sehelai daun pandan, jadikan air gula dan sejukkan.
  2. Campurkan air gula dengan tepung beras dan tepung sagu @ ubi, santan pekat, air kapur, pandan pes dan pewarna hijau, kacau dan tapis. Ketepikan.
  3. Satukan bahan2 dadih, kacau, tapis dan ketepikan.
  4. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan.
  5. Tuang adunan hijau 3/4 paras acuan lompang dan kukus selama 10 min.
  6. Tuang pula topping dadih ke atas lapisan hijau dan kukus lagi selama 10 min atau hingga masak.
  7. Sejukkan kuih dan keluarkan dari acuan dan hidangkan. 

June 19, 2011

LOMPANG JAKARTA





 Assalamualaikum.....

Dah beberapa hari dapur kita tak berasap..... Pagi sabtu ni kita merajinkan diri wat kuih Lompang Jakarta. Dah seminggu lalu kita tengok kat rumah Mas ... simpan je resepi tu....

Cara buatnya amat mudah dan rasanya pun sesuai dengan citarasa kita. Kali ini kita wat perisa keladi plak.....yang dadihnya tu kita wat 1 1/2 adunan ( mcm kata Mas ..biar tinggi dan banyak dadihnya)

 Jom makan.......

Lompang Jakarta

Bahan : ( adunan ni dapat dalam anggaran 20 - 25 biji )
  • 125 g tepung beras
  • 2 sb tepung sagu @ ubi
  • 200 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air)
  • 1/2 sk air kapur
  • 200 ml air *
  • 125 g gula pasir *   (lain kali kita kena kurangkan sikit )
  • 1 sk pandan pes + pewarna hijau (kita tukar keladi pes / warna ungu)
Topping Dadih : ( yang ni kita wat 1 1/2 adunan asal)
  • 160 ml santan pekat (100ml sntn KARA + air) (kita tambah jadi 240 ml)
  • 1/4 cawan tepung beras ( kita tambah lagi sikit tepung)
  • 1/4 sk garam

Cara membuatnya :
  1. Masak bahan bertanda * dengan sehelai daun pandan, jadikan air gula dan sejukkan.
  2. Campurkan air gula dengan tepung beras dan tepung sagu @ ubi, santan pekat, air kapur, pandan pes dan pewarna hijau, kacau dan tapis. Ketepikan.
  3. Satukan bahan2 dadih, kacau, tapis dan ketepikan.
  4. Sapu acuan lompang dengan sedikit minyak dan panaskan di dalam kukusan.
  5. Tuang adunan hijau 3/4 paras acuan lompang dan kukus selama 10 min.
  6. Tuang pula topping dadih ke atas lapisan hijau dan kukus lagi selama 10 min atau hingga masak.
  7. Sejukkan kuih dan keluarkan dari acuan dan hidangkan.



June 16, 2011

KASTARD JAGUNG





Assalamualaikum....selamat petang wat teman teman semua.

Angin  rajin baru nak start balik...macam enjin motorsikal ku itu..keh keh...

Hari ini wat Kastard Jagung. Dah lama tak wat. Sekali sekala makan kastard jagung memang best..tapi kita kurangkan sikit rasa manis sebab biasa lah..tekak org tua..

 
Resepi dapat dari rumah DJ..minta izin ya...

Resepi Kastard Jagung

bahan-bahan :
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan santan
  • 1 1/2 cawan air
  • 3/4 cawan gula pasir (-/+)
  • 1 tin jagung manis (creamy) 
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • secubit garam
  • 1 sudu besar mentega/marjerin
Cara-cara :
  1. Satukan susu cair, tepung kastard, santan, air, gula pasir dan garam di dalam periuk. Kacau sehingga larut. 
  2. Kemudian masukkan jagung manis dan kacau lagi. Letakkan periuk tadi di atas dapur dan jerang dengan api perlahan. Kacau lagi tanpa henti. 
  3. Apabila sudah hampir pekat, masukkan mentega/marjerin dan kacau lagi hingga pekat, likat dan berkilat. 
  4. Tutupkan api. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah disapu dengan mentega atau bubuh dalam bekas yang bersesuaian.
  5. Sejukkan sebelum dipotong. 


    June 15, 2011

    KEK TAPAI BIJAN HITAM (2)



    Assalamualaikum..... petang Rabu la hari ini...

    Kek yang di ulang tayang lagi... sebabnya...ada tapai ubi kat rumah. Hari tu buat..tak puas makan. Yang dulu punya kek ada DISINI. Lepas tu nak tayang watermark yang baru..apa lagi hasil tangan Jiya...jakun nya kita....

    Kita suka kek ni sebab ada rasa manis dan  masam rasa tapai. Tak ler terlalu muak gitu..boleh la cuba wat minum petang...


    Macam biasa resepi kita dapat dari KCt yang kecil molek tu...



    Dari rumah : KCt (Dari Dapur Ct)

    Bahan :

    200 gm marjerin
    150 gm gula pasir ( lain kali kena kurangkan gula )
    250 gm tapai ubi - di lecek dan buang tulang tengahnya
    4 biji telur
    200 gm tepung gandum
    15 gm tepung jagung
    1/2 sudu teh baking powder
    4 sudu teh bijan hitam
    2 sudu makan kismis hitam

    Caranya
    1. Pukul gula dan marjerin hingga rata. Tambahkan tapai ubi, pukul hingga rata.
    2. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga rata
    3. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder yang di ayak. Gaul rata dan campurkan bijan serta kismis. Di gaul rata.
    4.  Tuang dalam loyang 22 x 22 x 24 cm yg di glis dan di alas
    5. Bakar hingga masak.

    June 14, 2011

    PUDING SAGU DENGAN PATI SANTAN


    Assalamualaikum....

    Untuk minum petang hari ini, kita buat Puding Sagu dengan Pati Santan. Jumpa resepi Kak Nor dalam MyR.



    Memang sedap dan mudah..boleh habis 2 mangkuk kalau makan sejuk sejuk.

    Minta izin Kak Nor untuk salin kembali resepinya...


    PUDING SAGU DENGAN PATI SANTAN

    Sumber : Kak Nor Secubit Garam @ myR

    Bahan-bahan ( 6 bekas )

    • 1/2 cawan sagu
    • 1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung
    • 3 cawan air
    • 1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste
    • 2/3 cawan gula (lebih kurang 9 sudu besar)
    • Bahan2 utk pati santan:
    • 1 cawan santan pekat
    • 1 cawan air
    • 1/2 cawan tepung beras
    • 1 sudu besar gula
    • 1/2 sudu teh garam

    Cara-cara

    1. Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
    2. Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan/pandan paste ke dalam periuk. Kacau atas api sederhana.
    3. Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih.
    4. Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.
    5. Cara2 utk membuat pati santan:
    6. Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat.
    7. Sudukan ke atas Puding Sagu. Sejukkan dulu baru la dihidangkan..

    June 13, 2011

    PENKEK (WAFFLE)


    Assalamualaikum....

    Petang semalam ... balik dari merempit...(KL - Ulu Yam - Awana - Karak dan balik semula ke KL), lapar ler sesangat tapi kita nak makan yang ringan ringan jer... tak lalu nak makan nasi.
    Apa yang ringan...penkek la...makan gitu jer pun dah sedap. Akak makan ngan buah kiwi dan sedikit (sedikit jer tau) cheese....

    Resepi ..

    Bahan2

    4 biji telur ayam 
    80 gm gula aising, diayak
    120gm tepung supefine, diayak
    120gm mentega, dicairkan
    2sudu besar esen vanilla
    4 gm garam

    Secukupnya madu dan mentega.


    Cara caranya

    1. Campurkan telur, gula dan garam dalam mangkuk dan pukul dengan pemukul telur hingga kembang.
    2. Masukkan tepung dan esen vanilla. PUkul hingga sebati.
    3. Tuang mentega yang sudah dicairkan ke dalam adunan dan gaul dengan spatula. Kacau hingga sebati.
    4. Cedok adunan ke dalam acuan wafle, masak selama 3-5 minit.
    5. Waffle enak di hidangkan panas panas dengan mentega bergaram dan madu.


    June 12, 2011

    AGAR AGAR MANGGA LAGI......

    Assalamualaikum....




    semalam kita buat desert ulang tayang, masih lagi buat Agar Agar Mangga ( ni sebab ada baki mangga lagi)..buah dari pokok rumah bapa sendiri.....

    Tapi kali ni .. kita siap letak fresh puri di atasnya..macam ada sos la kononnya..memang sedap... sejuk tekak....

    Kita layan gambar ya................


    Agar agar Mangga
    Sumber : Nazrah  Bakery
    • 500ml air
    • 130gm gula pasir
    • 300ml puri mangga ( kita blend mangga tu)
    • 10gm agar - agar powder 
    •  sedikit pewarna oren
    • Puri mangga (untuk hiasan)
    Cara-cara
    1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
    2. Masukkan puri mangga dan masak hingga mendidih. Campurkan sedikit pewarna oren.
    3. Letakkan di dalam bekas pilihan anda . Sejukkan sebelum di hidang.
    4. Bila dah keras, boleh lah letak puri mangga . 
    5.  


      June 11, 2011

      KEK COKLAT KUKUS




      Assalamualaikum....

      Dah beberapa hari rumah kita ni tak ceria...bukan aper..sehari dua ni kita sibuk sedikit. Mood memasak di dapur pun hilang gak.


      Hari ini kita bercadang nak bawa anak2 berkumpul bersama anak saudara mandi manda. Jadi buah tangan yang senang di bawa adalah kek Kukus Coklat. Tapi kali ini kita tak letak choc ganage..kosong gitu jer pun dah sedap..





      Ini adalah salah satu Resepi Kek yang terdapat di dalam buku "Steamed Cake" yang mana resepi oleh Zubaidah bt Chepa.. sangat moist dan lembut..

      Resepinya :

      Bahan-Bahan (A)

      100 gm serbuk koko
      250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
      1 tin susu cair
      200 gm minyak masak
      250 gm susu pekat manis

      Bahan (B)
      150 gm tepung gandum
      1 s/t soda bikarbonat
      1 s/t serbuk penaik
      4 biji telur B

      Cara-Cara.

      1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
      2. Masak atas api seketika
      3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
      4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
      5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja) (saya guna whisk jer)
      6. Kukus selama 1 jam 30 minit dan taburkan choc toping (hias ikut suka)

      June 7, 2011

      AGAR AGAR MANGGA



       Assalamualaikum....enjin di dapur baru nak mula..bila baru baru ni kena buat yang ringan ringan...petang ni kita buat agar agar Mangga..ni pun sebab ada 2 biji mangga yang kita beli tu...masam sangat..nak makan gitu jer pun tak lalu..daripada membazir kita wat agar agar ni...



      Agar agar Mangga
      Sumber : Nazrah  Bakery
      • 500ml air
      • 130gm gula pasir
      • 300ml puri mangga ( kita blend mangga tu)
      • 10gm agar - agar powder 
      •  sedikit pewarna oren
      Cara-cara
      1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
      2. Masukkan puri mangga dan masak hingga mendidih. Campurkan sedikit pewarna oren.
      3. Letakkan di dalam bekas pilihan anda . Sejukkan sebelum di hidang

      June 6, 2011

      TAPAI UBI

      Semalam kita melayan gambar tapai pulut hitam...tapi hari ini kita layan plak gambar tapai ubi.... 

      Cuma sekadar info...buat yang tak tau..(mana ler tau kan...) nak cari tapai ubi memang senang terutama di pasar pasar tani....selalu kita beli RM2 satu bekas...
      Nak cuba buat sendiri.... boleh jugak..tapi kena hati hati dengan ragi...

      Selamat menjamu mata...yer...


      June 5, 2011

      TAPAI PULUT HITAM

      Assalamualaikum...

      Hari ini kita baru balik dari Kenduri Kawin..biasalah kalau menghadiri majlis kenduri terutama di Kampung (jawa punya kampung la) macam macam yang di bawakan ole ole..
      Sebab ari ni tak der masak masak kita N3 kan Tapai Pulut Hitam yang dibekalkan tadi. Memang sedap dan manis...kalau buat sendiri macam macam boleh jadi..takut masam pun boleh jadi gak...

      Kita layan gambar..mana la tau..ada yang tau rupa Tapai Pulut ni ler ngupanya...Kalau nak tengok rupa Tapai Ubi..esok ler  pulak yer....



      June 4, 2011

      KONNYAKU JELLY


      Salam hari Sabtu...

      Pagi pagi ni kita tayang jelly wat pencuci mulut.. tapi jelly yang segera saja. sebab dari malam tadi kepala kita berdenyut denyut. Bangun pagi ni pun masih lagi berdenyut... jap lagi nak gi jumpa doktor.
      Selamat berhujung minggu....

      June 3, 2011

      YOGURT STEAMED CUPCAKES

      Assalamualaikum....




      Rasanya dah ramai teman teman buat kuih ni..tapi kita baru berkesempatan buat nya .. ni pun nak menghabiskan baki Yogurt semalam.

      Tapi dalam banyak banyak tu..cuma satu dua jer yang mekar cantik..yg lain tu senyum senyum kambing jer..walaupun gitu...memang lembut dan sedap cupcakes ni...(apam kot)


      Minta izin dari Anna Qawina untuk salin balik resepi nya....

      YOGURT STEAMED  CUPCAKES
      Sumber : AnnaQawina

      bahan-bahan : *Ana buat separuh je*
      • 2 cawan gula castor ..kurangkan..( saya guna 1 cawan sahaja)
      • 1 sdt ovallete
      • 2 cawan tepung gandum
      • 1 cawan yogurt asli
      • 2 biji telur
      • 1/2 sdt double action baking powder
      • 1 sdt serbuk koko
      • 1 sdt pes coklat

      Cara-cara :
      • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
      • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
      • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
      • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat, gaul sebati.
      • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
      • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
      • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
      **Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengfan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**

      **KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

      **Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**


      June 2, 2011

      MUFFIN YOGURT


      Assalamualaikum.....



      Petang ni rasa macam nak demam jer, tekak pun rasa perit ...yg pasti kita ni dah terlalu letih kat opis...time cuti sekolah ni memang sibuk sangat...

      Walau sesibuk mana pun...kita masih sempat godek godek di dapur. Gara gara nak menghabiskan yogurt....kita buat muffin yogurt.  
       


      MUFFIN YOGURT
      terjemahan: izahdaut

      menghasilkan 10 biji muffin

      120 gm tepung
      70 gm gula kastor
      1 tsp baking soda
      1/4 tsp garam
      150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
      1 biji telur
      50 gm minyak sayuran
      1 tsp vanilla essence

      Filling pilihan mengikut selera masing2:
      coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry
      Caranya:

      1. Panaskan oven ke 180 C.

      2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

      3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

      4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat  nanti muffin keras.

      5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4  penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

      Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.



      June 1, 2011

      PANACOTTA MANGGA


       Jangan boring tau..tengok Panacotta lagi...bukan aper ... kebetulan ada buah mangga .. kita pelbagaikan perisa bagi panacotta ler pulak..

      Hari ini kita layan panacotta mangga...best..masam masam manis gitu... buat jer terus habis di rumah ni..kalau ikut resepi ni dapatlah dalam 6 gelas macam dalam gambar tu....


      Masih lagi menggunakan resepi dari rumah K.Nor tu....minta izin ye Kak
       
      Sumber : K.Nor

      Bahan2
      9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
      4 sudu besar air
      2 ½ cawan susu segar/fresh milk
      1/4 cawan gula
      1 sudu teh vanila
      Buah Mangga ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

      Cara2:
      1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
      2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
      3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
      4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah mangga ke dalamnya.
      5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
      6. Tuangkan puri mangga  keatasnya dan bolehlah dihidangkan.



      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...