Total Pageviews

November 29, 2010

KEK BANTAL

Langkah Pertama...kena trim dulu kek biar ada rupa  bentuk kek

Ini dia rupa kek yang telah siap di trim..macam bantal kekabu kan

Salut ngan butter cream dulu yer...

Kemudian baru ler di balut ngan fondant..


Hias mengikut kreativiti


Dan Inilah hasilnya Kek Bantal yang telah siap di hias cantik

Apam Pisang Harum


Apam Pisang Harum Sundal Malam.. hehe ..sebab buat pun waktu malam ....sebab pagi pagi dah nak di bawah pergi...

Resipi ni akak ambil  dari CMG (DTS) . Dok terpikir apa yang nak dibawa pulang ke rumah ibu..pisang pun banyak ..yg paling senang adalah resepi ini. Izinkan Akak salin balik resepi nye..

Sumber : Rinchann / Che Tam
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (kurang lebih 200 g isi pisang)
3/4 cawan gula halus (mat guna gula perang)
4 biji telur
3/4 cawan mentega cair (mat guna 1/4 mentega dan 2/4 minyak masak)
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bicarbonate
1/4 camca teh esen pisang (optional, resipi asal tak letak)
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih, lenser tin bulat berukuran 9 inci dengan sedikit mentega atau minyak. Ketepikan (dalam gambar mat guna "bunt-pan")
  2. Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak. Lecek pisang bersama garam dan soda bicarbonate hingga hancur. Ketepikan.
  3. Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan mentega cair. Kacau dengan whisk hingga pekat dan berkrim (berubah jadi warna pucat). Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
  4. Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam bekas tadi. Kukus selama 45 minit. Kalau guna acuan kecil2, kukus 10 minit. Gunakan api sederhana besar.

    Selamat Mencuba .....

KEK LAPIS COKLAT KUKUS


Assalamualaikum...petang sabtu.  Hari ini teringin pula hendak melapis kek , tengok blog Qaseh -AzZahra  nampak macam senang jer si Ana melapis..tinggi dan gebuz...Tapi masa akak mula membacuh macam ada yang tak kena .. cuma x tau aper...dan inilah terhasilnya..terbantut sikit..tapi rasanya tetap melatop...abang kata sungguh sedap dari semalam (he he .. semalam buat Kuih Lapis Koko). Kita layan resepi yang akak salin dari Ana.. terima kasih yer Ana

Kek Lapis Coklat (Kukus) copy dari blog MAZ Ilhamdapur

Bahan-bahan ( loyang 4 segi 7x7)

   
         4 biji telur sejuk saiz B @ 3 biji saiz besar (A) (dari petiais)
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan tepung gandum yang berkualiti - maz guna all purpose flour brand MFM
  • 1/2 sudu kecil rata baking powder
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 75 ml susu cair
  • 1/4 sk garam
  • 50 ml minyak sayur atau minyak jagung - maz guna sunflower oil
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • sedikit coklat emulco
  • coklat bar/chip atau atau apa-apa coklat yang sesuai secukupnyaCara-cara

    1. Sediakan pengukus dan sapu sedikit butter pada loyang.

    2. Ayak tepung garam dan baking powder, kemudian campur kesemua bahan-bahan di dalam mangkuk mixer kecuali minyak, coklat bar dan eoklat emelco.

    3. Pukul selama 3-4 minit (stand mixer) atau 5-7 minit (hand mixer) sehingga adunan menjadi kembang dan ringan. Masukkan minyak dan kaup balik degan senduk kayu atau spatula hingga sebati. (masa ni jangan terlebih kacau je)
    4. Tuang adunan coklat dan ratakan keseluruh loyang. Kukus selama 5 minit dalam kukusan yang telah mendidih (tutup loyang kek dengan aluminium foil agar air tidak menitik, cukup sekadar letak gitu je). Kemudian letakkan pula adunan asal (plain) dan susun coklat bar atau coklat chip secara rawak. Buat sampai habis.

    5. Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Kemudian sejukkan dulu sebelum dipotong.



Begini ler rupanya Kek Lapis Coklat Kukus yang telah siap..selamat mencuba

November 28, 2010

KUIH LAPIS KOKO



Akak baru balik dari Klinik Gigi (repair gigi) .. dan Kuala Lumpur hujan pulak tu. Teringin nak buat kuih lapis (yang betulnya sebab x boleh nak kunyah benda keras) jadi jalan jalan kat rumah Kak Rose (My Kuali) . Izinkan akak salin balik ye Kak Rose untuk rujukan teman teman akak...

November 26, 2010

BINGKA UBI

Selamat petang buat semua... semalam saya dan keluarga melawat ibu di kampung. Oleh kerana terlalu banyak monyet di belakang rumah yang memusnahkan tanaman ibu termasuk pokok ubi yang ditanam, maka dengan itu aku menyuruh bibik ku mencabut ubi ubi untuk dibawa pulang.  Akak ni pula tak tau nak buat aper ngan ubi yang banyak tu lalu menyelongkar rumah CMG dan terjumpa le resepi ni.


November 25, 2010

Apam Jagung Manis


Dengan hati gundah gulana, akak kononnya nak mogok untuk membuat pemanis mulut untuk minum petang. Ditambah pula hujan yang lebat... tetapi apabila melihat Apam Kukus Jagung di rumah Rinchann ..ditambah ada separuh lagi jagung dalam peti sejuk...akak pun memulakan operasi. 


Minta izin untuk turunkan resepinya.

Bahan Bahan :
120gm Mentega
700 gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100 gm krim jagung (akak gunakan 150 gm)
225 gm tepung naik sendiri
Kismis untuk hiasan

Cara-Cara:

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir. Pukul hingga sebati.
3. Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung. Masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau rata.
4. Masukkan susu segar di selang seli dengan lebihan tepung. Kaup dan balik gunakan spatula.
5. Panaskan kukusan. Balutkan tudung kukusan dengan kain supaya air dari bhg dalam tudung tidka menitis ke atas apam.
6. Isikan adunan ke dalam acuan yg sesuai, hiaskan dgn kismis dan kukus selama 15-20 minit.
7. Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

** Makan dengan kelapa pun sedap juga....



Maka terubat sudah gundah gulana di hati setelah apam ni siap dimasak .. ditambah pula Mr X makan dengan sedapnya.... bole tersenyum semula..

November 23, 2010

Kek Pisang English Style




Hari ini ... Pisang pisang pisang lagi ..he he ..Kek Pisang English Style yang akak ikut resepi dari rumah Teratak Nur Kasih.. Tapi kek pisang di memang hangat di pasaran kerana customer akak asyik order jer..sesiapa yang nak order ngan akak pun boleh juga..Harga RM10.00 satu (x mahal kan ..)

Makan Malam di Restoran Damascus

 wah...sekali sekala akak ubah selera..Makanan Arah.  Hari ini tersinggah pula di Restoran Damascus di Jalan Damai off Jln Ampang  (dekat Embassy Bangladesh). Ini adalah SISHA...rokok Pak Arab yang mempunyai bermacam jenis perisa .. satu ni boleh hisap ramai 2 dan habis pun berjam2 lamanya...

 minuman arab (Non Alcohol) ..Macam minuman ringan bergas...


Teh Berpudina...



Ayam Panggang bersama Roti Naan...

November 22, 2010

Apam Pisang





Ini adunan sebelum dikukus..akak masukkan dalam acuan kecil2



Hmmm... rumah saya sentiasa di penuhi oleh pisang disebabkan permintaan Kek Pisang Lembab saya oleh customer.. disamping itu mencuba resepi resepi baru.. Kali ini mencuba Apam Pisang yang resepinya saya dapati dari rumah CMG...(Resipi asal dari "Diana")

Bahan-bahannya :

1 Cawan tepung gandum   )
1/2 c/teh baking powder   ) di gaul dan diayak bersama
1/2 c/teh soda bikarbonat )
2 biji telur ayam gred A
100 ml minyak jagung  (atau mentega cair)
1/4 cawan gula (mat guna gula perang- sama ngan saya)
4 bii pisang emas, sederhana besar   )
secubit garam                                  ) disatu dan dilenyekkan

Cara membuatnya :

1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat gunakan acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan dan panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 -15 minit.
            

November 21, 2010

Apam Apam Chomel....


Hari ini saya sempat buat apam apam chomel ni untuk dibawa ke pejabat. Apam ni memang sedap dan amat mudah untuk disediakan. Resipi asal dari rumah SINAR KEHIDUPANKU.



November 20, 2010

Karnival Heboh .. di sekolah SKBD bersama anak2


Belajar mendeko ... 2 pcs cupcakes RM5.00 ..  Ameera dan Adilla (sepupunya)


Inilah Hasilnya deko anak anak ceria ni..


Jom kita tunjuk skill melukis pula...Ameera dengan khusyuknye..

 Ameera dan Aweera... dua puteri comelku

 Seronoknya dua beradik ni menaiki kuda... yeyha...

Inilah hasil lukisan .... kisah aku dan anak2 sepetang di SKBD...

Kuih Bakar Pisang



Hari ini pula mencuba resepi dari rumah CMG (sumber Kak Ummi Kuantan), amat mudah untuk membuatnya dan sedap.

Bahan-bahannya :
200 gm pisang (saya guna pisang berangan)
3/4 cawan gula pasir (atau ikut manis)
1 cawan santan
2 cawan susu cair
2 camca besar mentega , (dicairkan)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
1/2 camca teh garam

Cara  membuatnya :

1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin dengan mentega, alas aluminium foil, sapu sedikit mentega pada aluminium foil tadi. Panaskan oven selama 5 minit.
2. Kisar pisang tadi bersama 1 cawan santan, gula dan garam hingga halus, masukkan semua bahan2 lain dan kisar sekejap hingga sebati.
3. Keluarkan tin tadi dari oven dan tuang adunan ke dalam acuan bakar selama 1 jam hingga kuning keemasan. Kalau suka bole tabur bijan sebelum dibakar.
4. Bakar hingga permukaan coklat keemasan dan sedikit berkerak dan sejukkan atas jaringan sebelum di potong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...