December 26, 2010

MUFFIN BLUEBERRY FOR KRISMAS


Selamat pagi Ahad..Muffin Blueberry ni Akak buat semalam sempena Krismas..bagi jiran sebelah rumah tapi baru ler nak N3 pagi ni. Resepi ni akak dapat dari rumah Izzahdaut (Izah Muffin Lover) 



Jadi Akak C & P resepi nya ya...Minta izin dari Izzah ya..

 
Best Ever Muffin
Copy : Resepi Diana
Source: All Recipes

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
 

Cara-caranya
 

1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.


3 comments:

  1. akakk... mana leh tahan tengok blubery lelh leleh tu... aduiii.. mengancam jiwa..hehheee.

    ReplyDelete
  2. tu meleleh ngan tak sengaja tu...pasai tu le nampak comot jer..

    ReplyDelete
  3. Lain pulak warna dan kejadian cupcake ini dg cupcake di blog izah

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...