Total Pageviews

December 31, 2010

MACAM MACAM ROTI ADA...




Salam penghujung tahun 2010..hari ini sebelum masuk tahun 2011 Akak sempat lah belajar membuat bermacam macam roti dari Seriwani Nazri..
pergh...banyak plak roti nak di perabis hari cuti cuti ni...












Jadi kita layan je la gambar 2 ni ye.. Selamat Tahun Baru semua.

 

December 29, 2010

SWISS ROLL...

  
Salam semua..aper malangnya hari ini monitor PC plak wat hal..nak update blog camner ni..ada laptop plak...kecik lar sesangat nye..naik rabun mata akak dibuatnya..hari ini adik dan mak datang ke umah..dan dapat lah merasa Swiss Roll yang akak baru belajar buat tadi..





Secara amnya tadi belajar basic swiss roll di Exymix Jalan Kuching. Amatlah mudah rupanya membuat swiss roll yang enak dan kurang manis ni..tanpa mentega plak tu..Lepas ni bole plak akak wat kelas...ha ha hah..org kata ilmu jangan kedekut..jadi kena turunkan kepada sesiapa yang nak belajar..Jadi kita layan gambar la dulu yer..


 

December 27, 2010

KEK KUKUS BROWNIES LAPIS GREEN CHEESE


Salam semua..biasa ler..keje sekerat hari bila belah petang mula lah mencari cari resepi yang baru.. macam biasa hari ini satu lagi resepi yang kita cuba dari buka "Steam Cake" by Zubaidah Che Pa. Nak sahut cabaran sifu kita supaya dapat menghabiskan satu buku..fuhhh...banyak lagi tu yg belum di cuba..tahun depan kot baru khatam..ha ha..


Bahan A
60gm mentega
30 gm chocolate masakan

Bahan B
4 biji kuning telur
2 biji putih telur
110 gm gula kaster

Bahan C
25 gm tepung gandum

25 gm serbuk koko
1/2 tsp serbuk penaik

Bahan D

1 tsp chocolate emulco

Cara 2

1. Cairkan bahan A - sejukkan 
2. Putar bahan B sehingga kembang dan masukkan bahan A tadi. AKhirkan sekali masukkan bahan C dan D.
3. Sebatikan adunan dan tuang adunan ke dalam acuan (8x8") empatsegi
4. Kukus selama 35 minit.

Lapisan Keju
Bahan A
1 biji telur
30 gm gula pasir
1/2 sudu besar ovalet

Bahan B
30 gm tepung supefine
20 gm tepung jagung

Bahan C
100 gm cream cheese
1 sudu besar susu pekat manis
1 tsp pewarna hijau apple


Bahan D
50 gm minyak masak


Cara2


1. Pukul Bahan A hingga kembang dan pekat
2. Ayakkan tepung ke dalam adunan telur dan gaul rata.
3. Pukul bahan C sehingga lembut dan masukkan ke dalam adunan tadi.
4. Akhir sekali masukkan minyak masak dan ratakan adunan.
5. Tuang terus keatas adunan coklat dan kukus lagi sehingga 30 minit.



SELAMAT MENCUBA YER...

December 26, 2010

KEK KUKUS PRUNE aka KURMA





Ha ha ha..pernah wat tak kek semacam ni..sebenornya Prune dan Kurma tu dah lama bebeno kat dalam petiais dari hari raya Aidil fitri lagi..Pagi pagi ni cadang nak bawak anak2 jalan2 kat KLCC tapi letih plak. Dok belek2 buku nampak plak resepi dari Chef Zubaida Che Pa ni. 

Nampak tak buah buah tu dok berkumpul kat belah bawah...kwang kwang..tu ler ..resepi suruh blend buah tu tapi akak nak derhaka..terus jadi lagu tu..tapi kek ni memang sedap . Tapi kalau buat ngan buah kurma..elok kurangkan gula sebab manis susu dah ader....

Jadi sesiapa yang mencuba bole lah salin resepi ni yer.

(Sumber : Chef Zubaida Che Pa)

Bahan bahan

250 gm mentega
100 gm gula caster (bole kurangkan jika x mau manis)
5 biji telur
125 gm susu pekat manis
200 gm tepung naik sendiri
20 biji buah prune - kisar dengan sedikit air (tapi akak cincang jer dan campur ngan buah kurma)

Cara cara

1. Pukul Mentega, gula dan susu hingga kembang.
2. Masukan telur satu persatu
3. Kemudian masukkan buah prune yang telah dikisar dan kacau sebati.
4. AKhir sekali masukkan tepung dan kacau sebati
5. Acuan bulat 8"  
6. Kukus selama 1 jam dan hias .







Selamat Berhari Minggu....

MUFFIN BLUEBERRY FOR KRISMAS


Selamat pagi Ahad..Muffin Blueberry ni Akak buat semalam sempena Krismas..bagi jiran sebelah rumah tapi baru ler nak N3 pagi ni. Resepi ni akak dapat dari rumah Izzahdaut (Izah Muffin Lover) 



Jadi Akak C & P resepi nya ya...Minta izin dari Izzah ya..

 
Best Ever Muffin
Copy : Resepi Diana
Source: All Recipes

Bahan-bahannya (Untuk 12 biji)
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
 

Cara-caranya
 

1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan.


December 24, 2010

KEK KUKUS CHEESE FRUIT


Salam semua. Esok kita semua cuti sempena sambutan X'mas. Kebetulan jiran Akak menyambut perayaan tersebut. Dok fikir aper yg patut di berikan sebagai buah tangan, Akak pun mencuba resepi baru dari Buku "Steam Cake" , resepi asal dari Chef Zubaidah Che Pah. Memang sedap rasa cheese dan manis buah..



Akak salinkan resepi untuk teman teman cuba ya :
Bahan2
125 gm Mentega
125 gm cream cheese
185 gm gula castor
3 biji telur gred B
220 gm tepung naik sendiri
200 gm buah buah campuran
- basuh dan rendam dengan2 sudu air selama 1 malam (tapi akak rendam dalam 30 min jer)
1 tsp esen vanilla.
Cara2.

1. Pukul mentega, cream cheese dan gula hingga lembut shj.
2. Masukkan telur satu persatu
3. Kemudian masukkan pula tepung dandi gaul sebati.
4. Akhir sekali masukkan 2 sudu besar tepung gandum ke dalam buah yg direndam dan masukkan ke dalam adunan.
5. Acuan (8 x 8)" empat segi. (akak guna aper yg ada)
6.Tuangkan adunan dan kukus selama 1 jam




Tapi sebelum sampai ke rumah sebelah habis separuh dan habis di ngap oleh kaum keramat rumah ni..dan nampaknya esok pagi pagi kena baking lagi..hmmm...


SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL (MERRY X'MAS)

December 22, 2010

KELAS KEK BANTAL




Salam hari Rabu. Hari ini satu lagi kelas Kek Bantal di adakan. Terima kasih buat Zana dari Wangsa Maju yang berminat untuk belajar ngan Akak. Harap maaf jika ada  salah dan silap. Jangan serik ya..


Kita layan gambar gambar Zana di kelas Deco Kek Bantal.


Luv u..

December 21, 2010

ORANGE BUTTER CAKE


Salam semua..hari ini Akak buat Orang Butter Cake. Sebenarnya kek ini adalah kek orang lama (ibu ler tu) yang mana dulu 2 amat fofular..amat lembut di tambah orang flavour...minum petang ngan kopi o..wow..

Kek yg sama juga akak gunakan untuk kelas deco Kek Bantal ... jadi akak salinkan resepi kek ini untuk teman teman ya...


(sumber : Chef Norbaini)

Bahan2


250 gm butter
180 gm caster sugar
70 gm tepung gandum
5 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen orange


Cara2 nya


Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan terus pukul hingga kembang.


Kemudian masukkan tepung yang telah  diayak bersama baking powder dan esen orange. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 min- 1 jam.






SELAMAT MENCUBA YA....

December 20, 2010

MIXER BARU KU....BERJAYA!!

 Sebenarnya mixer ni dah sampai lagi minggu lepas, tapi x sempat nak upload dalam blog ni. Mixer dari berjaya ni berharga kurang RM1000.00 dan boleh masuk 2.5 kg tepung. Ok la tu..buat small industri mcm kita ni bole ler gunakan, nak wat roti pun senang..

Tapi akak belum lagi wat banyak tempahan..sebab org baru ler katakan..tapi Akak suka mixer ni .. senang dan besar yg penting..


ORDER KEK PISANG LAPIS BLUEBERRY DAN CHOC MOIST


Salam hari Isnin..terima kasih atas tempahan Kek Pisang Lapis Bulueberryd  dan Steam Chocolate Moist dari Rozaliza (Imigresen Pusat Bandar Damansara KL). Harap memenuhi citarasa..

Luv u..

December 19, 2010

CHOC MOIST BIDAN TERJUN


Salam mesra di Hari Minggu..ha ha..ini nama nya Kek Bidan Terjun (choc moist) sebab dalam perjalanan nak gi piknik ngan anak anak, makcik plak telefon nak kek untuk hari jadi cucunya..

Masa piknik pun kelam kabut nak balik sebab takut tak sempat .. jadi inilah keknya Kek Bidan Terjun..ha ha ..selamat di hantar kepada empunya badan tepat jam 7.00 malam di Kg Baru..Selamat Hari Jadi..maaf jika ada yg kurang..yang penting rasanya pasti menjilat jari..

Yang ni plak gambar terbalik..nak di betulkan akak pun tak tau..jadi kita layan je la gambar ni ...zazzz...Untuk resepi sila klik sini


HOMEMADE FONDAN ...ADA YG NAK ORDER KE??


Salam sejahtera. Ini adalah fondan yg Akak buat sendiri untuk buat deco kek. Dulu asyik beli Petinice jer.. tapi semenjak belajar ngan Norbaini Cakes.. Akak  rasa lebih mudah dan lebih elok wat fondan sendiri. Jadi ada gak exercise untuk keluar kan peluh .. he he ..macam nak cuci kain ..Kira kira ada org nak order ker Homemade fondan ngan kita??











Inilah  fondan yg saya gunakan untuk deco kek. Jika ada yg berminat boleh hubungi saya..terima kasih atas sokongan teman teman..

December 18, 2010

TALAM KACANG MERAH


Kuih talam ...bukan senang nak wat kuih talam. Bila bila resepi orang lain, lain plak versi talam nya. Hari ini akak jalan jalan terjumpa le blog Paty's Kichen 
jadi teruja nak cuba resepi dari rumahnya. Harap izinkan ye saya C&P resepinya untuk rujukan teman teman.. 




Memang menjadi resepi yang Akak follow ni..cuma bila tak sabar nak potong begini ler jadinya..sememeh jer..lain kali kena sabar sikit.

Ini resepinya : 

Bahan2

Bahagian Bawah

2 cups rice flour/ 2 cawan tepung beras
1/2 cup cornflour/ 1/2 cawan tepung jagung
3/4 cup sugar/ 3/4 cawan gula
1 cup boiled red beans/ 1 cawan kacang merah rebus
3.5 cup coconut milk/ 3.5 cawan santan


Combine all ingredients except the red beans, I normally blend, sieve, add in red beans and cook over low heat, stirring slowly all the time until it thickens slightly. Pour into a 8 " round tray or 7" square pan. Steam batter for 20 minutes. Batter is cooked when it is firm to touch.
 
Blend semua bahan.kecuali kacang merah. Tapis, baru masukkan kacang merah dan masak diatas api kecil dulu sehingga naik wap dan masukkan ke dalam loyang 7". Kukus selama 20 minit.

Top Layer
 
3 cups thick santan/ 3 cawan santan pekat
1 cup flour/ 1 cawan tepung gandum
2 tbsp cornflour/ 2 sdb tepung jagung
pinch of salt/ secubit garam

Combine all ingredients and cook over low heat, stirring slowly all the time until it thickens slightly. Pour batter over cooked (bottom layer) and steam on medium heat for 20 minutes. Open the cover and let the fire on for another 10 minutes to dry up the surface. Off the fire and cool the kuih completely before cutting.
 
Blend semua bahan, tapis dan kacau diatas api kecil sehingga naik wap. Tuangkan adunan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 20 minit. Buka penutup pengukus dan terus kukus selama 10 minit lagi untuk memastikan bahagian atas benar-benar kering. Padamkan api dan sejukkan.

FLUFFY CHOCOLATE BANANA MUFFIN


Salam hari Sabtu..hari ini hari yang paling bizi. Dari pagi hingga petang terkejar ke sana kemari. Tapi alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar. Apatalah lagi esok keluarga bercadang nak berkelah ke Kalumpang Resort, Slim River..

Untuk itu Akak sempat la buat Muffin ini yang mana akak skodeng di rumah  Izah Muffin Lover . (Maaf ye cik kak ..minta izin C&P resepinya)




Fluffy Chocolate Banana Muffin

Bahan-bahanya

200gram tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
80gram mentega
80gram gula
50ml susu segar
70gram pisang yang dilecek+secubit garam*saya letak 100gm
40gram serbuk koko
2 biji telur 
beberapa titik esen vanila

*sedikit badam cincang sebagai topping*
* papercup secukupnye*


Cara-caranya

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, kemudian pukul mentega dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur satu persatu, dan pukul lagi. ( masa ni guna mixer ye) .
2. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula pisang, esen vanila, kacau sebati. jangan over mix, takut adunan tercair nanti.
3. Sudukan adunan di dalam acuan muffin , pastikan adunan di isi 3/4 acuan untuk mendapatkan muffin yang naik mengunung, akhir sekali taburkan dengan badam cincang, bakar pada suhu 180darjah selama 20 minit ke 22 minit, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan.


 SELAMAT MENCUBA......

December 17, 2010

KEK KUKUS LAPIS JAGUNG DWIWARNA


Salam petang Jumaat..Malam ni ada majlis tahlil hari kedua sepupu Akak yang meninggal. Jadi Akak buatkan Kek Kukus Lapis Jagung yang di lapis dua warna ...sebelum pergi ..akak N3 dulu takut balik lewat malam letih plak...

Kek kukus ni dah buat beberapa kali tapi buat yg belum lihat entry yg lepas akak salinkan semula buat teman2..

Buat teman teman diturunkan resepi dari Zubaida Che Pa...

Bahan -Bahan

5 biji telur B
150 gm tepung superfine (akak guna tepung gandum jer)
1/2 tsp serbuk penaik
200 gm gula kaster
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 tin jagung berkrim
secubit garam
1 stp vanilla esen
1/2 sudu besar ovalete
1 sudu makan air
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya :

1. Pukul telur,gula, ovalette dan air sehingga pekat.
2. Masukkan susu pekat.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan kaub balik adunan sehingga sebati dan masukkan jagung, esen vanilla serta garam.
4. Bahagikan kepada 3 bahagian
5. Ambil satu bahagian dan warnakan dengan kuning lemon
6. Acuan (8 x 8) empat segi.
7. Tuang adunan kosong dan kukus selama 20 minit.
8. Setelah masak tuang adunan kuning lemon dan kukus lagi.
9. Akhir sekali tuangkan adunan kosong dan kukus lagi selama 20 minit sehingga masak.




Yang ni pula Kuih Talam Keladi...juga untuk majlis tahlil tersebut...Amin.

MUFFIN YOGURT BLUEBERRY MIX STRAWBERRY


Salam..Khamis petang ni Akak baru balik dari Jln Tun Razak KL kerana belajar buat Swiss Roll..hujan lebat pulak tu...Esok Akak nak makan angin ke Indonesia ..wah honeymoon tu.... tup tup sempat juga akak buat Muffin sebab nak menghabiskan Yogurt yang dah nak expired dalam peti ais tu...Jadi dua tiga hari ini dah tentu tak ada N3 yer ... tunggu balik baru operasi semula.

Hasilnya..sungguh menyelerakan makan di waktu hujan lebat. Saya salinkan resepi untuk rakan rakan semua ...

Bahan bahannya :
(sumber rujukan : Kak Ita)
(kalau ikut resepi asal Pandan Yoghurt Muffin)

300 gm tepung
2 st serbuk penaik
1/4 sudu kecil garam
150 gm yogurt biasa (Akak guna yogurt Blueberry)
200 gm gula castor
3 biji telur A (Dipukul)
1/2 sudu kecil pes pandan (Akak ganti Pes Strawberry)
50 ml minyak jagung

Cara2

1. Panaskan ketuhar pada suhu 180C. Alaskan acuan muffin dengan kertas cawan.
2. Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam bekas pengadun. Masukkan gula dan garam, sebatikannya.
3. Masukkan telur, yogurt, pes pandan (strawberry) dan minyak, putar hingga sebati (Akak guna whisk jer)
4. Akhir sekali, sendukkan adunan ke dalam kertas sehingga 3/4 penu.
5. Taburkan parutan kelapa (Akak letak manik2 jer)
6. Bakar hingga masak.




MUFFIN YOGURT  BLUEBERRY MIX STRAWBERRY

December 16, 2010

KEK PISANG YOGURT


Salam buat teman semua. Kek ini akak buat untuk majlis tahlil sepupu Akak yang berusia 9 tahun meninggal dunia semalam.  Yang paling menyayat hati..si kecil masih boleh memberitahu ibunya yang beliau akan pergi dan minta di bawa jenazah nya ke rumah datuk nya...Semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya...

Resepi kek pisang ni Akak skodeng dari rumah Rozzan tapi kalau ikut resepi dia gunakan walnut..

Disini akak C&P balik resepi yang akak dapat dari beliau..terima kasih.


Banana Walnut Yogurt Cake100g butter (softened)
50g castor sugar + 40g brown sugar (or you can just use all castor sugar)
2 eggs lightly beaten with 1 tsp vanilla
320g mashed ripe banana with 1 tbsp lemon juice
125ml plain low-fat yogurt or normal yogurt

Sift together the following 4 ingredients:
130g plain flour
60g cake flour
1 tsp bicarbonate of soda
1¼ tsp cinnamon (I omitted)

Coarsely chopped walnuts or other nuts, toasted for an extra crunch (optional)

Method:
1. Cream butter and sugar till light and fluffy.
2. Beat in the egg mixture, little by little till well blended.
3. Beat in the mashed banana and yogurt till well blended.
4. Fold in the sieved ingredients, in 3 parts. Do not put in all at one go.
5. Pour mixture into a lined loaf pan and sprinkle the walnuts on top.
6. Bake for 55-60 minutes with oven temperature of 175 degrees or till a skewer inserted comes
out clean. If top browns too quickly, cover with aluminium foil.

PERCUBAAN PERTAMA ...SUKSESS KER ???


Salam sejahtera. Hari ini saya melakar sejarah apabila buat pertama kalinya berjaya menurunkan ilmu (walau pun ilmu saya tidak sepakar my Sifu...Chef Norbaini atau Loveliana - terima kasih atas tunjuk ajar) kepada 2 org teman yang berminat untuk belajar.






Hasil Kerjatangan  Hellen
(maaf ye tak ada gambar tuan punya )







Ini hasil kerjatangan Trivina

Terima kasih buat dua orang student saya yang datang belajar. Maaf jika ada yang kurang.. Harap tak serik ya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...