September 30, 2011

PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualaikum... di pagi jumaat 30 hb September 2011...



Syawal semakin menghilang.. tapi rasanya hujung minggu ni masih ada yang membuat rumah terbuka di penghujung penghujung syawal ni.... Kalau ada apa kata kita buat pencuci mulut yang mudah dan enak seperti yang diwar warkan oleh teman teman kita...

Semalam kita nampak di rumah Yatie... dan ini adalah hasil yang kita buat.. memang sedap tapi gula kita nampak hangus sikit..dan puding kita ni nampak tak cantik sangat seperti di rumah Yatie...

Walau apapun... T&T mesti ada.. mana ada yang perfect terus kan... terima kasih wat empunya resepi..minta izin ya kita salin kembali...



RESEPI : KAK ROSALIZA

Bahan-bahan
  • 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat - Yatie letak 3/4 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
  2. Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
  3. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - Yatie kukus 30minit je.
  4. Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.

September 28, 2011

KEK KUKUS PISANG COKLAT RICE



Assalamualaikum....

Semalam adalah hari ulang tahun kita... tapi kita tak buat kek sebab kita buat pulut kuning dan rendang ayam... tapi maaf lah tak sempat nak ambil gambar...  bawa ke pejabat untuk makan makan dengan kakitangan.

Hari ni kita merajinkan diri buat kek kukus pisang .. dah agak lama kita tak buat kek berasaskan pisang. Dari buku Kek Kukus ( Zubaida Chepa) .... sedap untuk buat sarapan atau minum petang...







Kita tengok resepinya....

KEK KUKUS PISANG COKLAT RICE
Sumber : Buku Kek Kukus

Bahan2
250 mentega
180 gm gula castor ( yang ni kita kurangkan kepada 150 gm)
1 sudu besar ovalet  
1 tsp esen vanila
4 biji telur size B
275 gm tepung superfine ( saya guna tepung gandum)
1 tsp serbuk penaik
1 tsp soda bikarbonat
250 gm pisang berangan
100 gm coklat rice

CARA
1. Pukul mentega, gula dan ovalet hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu
3. Kemudian masukkan pisang dan kisar lagi.
4. Masukkan pula tepung yang telah di ayak dengan soda dan baking powder.
5.  Akhir sekali masukkan chocolate rice.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan . Kukus selama 1 jam.


September 27, 2011

PUDING ROTI MARBLE LAGI WEIII......

Salam sejahtera semua.....



Minggu ni memang minggu puding roti marble sedunia di rumah kita...

Bila first time kita buat hari tu..kita terus jatuh cinta ... sebab puding ni mudah dan enak sekali..macam makan aiskrim rasanya..

Untuk open house rumah kita ari tu...kita buat lagi puding ni ..dua loyang lagi..tapi yang satu tak sempat nak di tangkap gambornya..ini je yang sempat... tu pun potong nya tak cantik..dah nak cepat...


Memang berbaloi... ramai yang puji dan suka akan rasanya...

Moh kita layan empunya resepi... terima kasih ya.... 


PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Keraskan samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

September 26, 2011

TAUGE KACANG HIJAU

Assalamualaikum....



Biasanya kalau orang jawa .. tauge kacang hijau ni memang special untuk buat pecal..jarang la kita orang beli tauge biasa yang putih tu...

Nak buat pun senang jer..anggaran 3 hari je dah ok..sedang sedang elok. Kalau kat pasar Tanjung Karang memang senang nak jumpa..tapi kalau kat KL ni tak tau la..boleh jumpa ke tidak...


Caranya : rendam dahulu kacang hijau kira 5 jam. Kemudian tos kan. Letak kacang hijau dalam kain tuala yang di alas dengan bekas yang berlubang. Tutup kacang dan siram kain sekurangnya2 3 - 4 kali sehari.. yg ini penting agar memastikan kain itu sentiasa basah dan mempercepatkan tumbuhan akarnya....


Contoh : kita buat hari Rabu..hari sabtu sedang2 elok untuk di masak...






Selamat mencuba....

 

September 24, 2011

SUMPAHAN KAK ITA BERPINDAH RUMAH

Salam....

Tu dia..kan dah kena... sumpahan Kak Azlita..

Sebenarnya kita dari dulu tak teringin pun nak buat kek Karemal ini..biasanya tengok jer teman teman fb dan blog buat .. rasa pun tak pernah lagi. Bila tengok caranya punya lah panjang ..kita kiv la dulu..

Tapi baru baru ini bila kita bertandang ke rumah Anna Qawina.. beliau menghidangkan tetamu ngan kek keremal tu..jadi itu lah baru first time rasa.. hmmm...ok gak rasanya..

Dan baru baru ini bila Kak Azlita tayang kek dia yang dah terkeluar dari sumpahan tu..lagi la menarik jiwa dan raga kita





ini lah rupa kek kita..karemal dia cair lagi..... tapi orang kata... budak baru belajar mesti lah ada yang silap..jadi kita anggap ianya sebagai trial and error...rupanya kata Anna..kena guna api bawah dulu selama 1 jam baru api atas bawah... yang kita terus api atas bawah.. sebab oven kita kalau api bawah jer ..terus ngan kipas..boleh ker... Harap kalau ada sifu2 yang sudi bagi komen dan tunjuk ajar...kita amat amat hargai..



Walau pun rupa kek ku itu hodoh...bila bawak ke opis..abis dikerjakan...alhamdulillah...

Resepi : boleh rujuk di rumah Kak Ita di SINI. terima kasih. 







Jadi kita tunggu kek kita ni di lain kali....

September 23, 2011

LEMANG SEGERA DAN SERUNDING DAGING

Assalamualaikum.....

Ni le rupa lemang segera yang kita buat, makan ngan serunding daging baki hari raya ari tu...


Satu paket ada 5 biji..mudah dan enak. Tapi yang asli lagi sedap..heheh...
Kalau ada yang nak buat open house atau makan makan untuk ahli keluarga, boleh lah cuba lemang ni di sambil nasi impit seperti selalu.
tapi kalau nak buat majlis open house ker..satu peket memang tak cukup ..sebab kita sendiri habis satu biji tu..huh huh...nak diet camner kan...



Jumpa lagi...

September 22, 2011

ROTI MANIS KISMIS

Assalamualaikum....



Tentu ramai teman teman yang dah cuti meroti sejak dua menjak kita berpuasa dan sambut raya. Sama lah macam tuan tanah ni. Tapi bila semalam kita check stok kat dalam gerobok kita..ada lagi tepung roti yang dah naik bersemut.. sebelum makin teruk jadinya..kita campak je dalam BM biar jadi roti....

Jadi kita layan resepi nya yang akak dapat dari Ros ..terima kasih.



Doh Asas Roti Manis

Bahan-bahanya


300gram tepung roti
50gram tepung gandum ( sy campur tepung roti medium)
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
Akak tambah 200 gm kismis.

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu

Cara-caranya ( Doh Roti)

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

- Ros suka campurkan sedikit tepung gandum dalam adunan roti ros kerana ros sukakan rasa padat dalam roti yang dihasilkan, tidak terlalu lampung atau ringan, dan juga kenyang apabila di makan.

** Yang part ni akak tak buat sebab akak main campak dalam BM jer dan on "Sweet"  - lepas 3 jam terus jadi roti banggali....

September 21, 2011

PUDING ROTI MARBLE

Assalamualaikum...berjumpa kita di hari Rabu....


Sebenarnya dah lama kita pandang pandang Puding Roti marble ni..kalau tengok kat FB memang dah fofular..cuma sebab panjang sangat list yang nak di buat ..maka kejadiannya baru lah petang ni..itu pun sebab tergoda tengok si adik Naz's COSK buat..

Kebetulan semalam pakcik ada minta kita buatkan agar2 yang ada coklat..jadi puding ni pun ok gak rasanya... memang elok je manisnya...Cuma rupanya je yang kurang elok cam orang lain punya ( rendah diri la tu)

Buat empunya resepi..kita minta salin untuk rujukan masa depan... 


 
PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Keraskan samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.


    SELAMAT MENCUBA!

    September 20, 2011

    1st Anniversary - blog Nazrah Bakery

    pinjam dari Mr google

    Hari ini genap kita setahun berblog. Setahun tu masih lagi baru bak kata orang masih setahun jagung. Banyak yang kita perlu belajar dan masih lagi belajar. Kita nak ucap terima kasih buat teman teman blog yang tak lokek berkongsi ilmu memasak... yang membuat kita pertama kali jatuh cinta ngan blog masakan dan seterusnya sehingga kini....

    Dari zero kita belajar ..belajar memasak, buat kek, buat kuih dan buat blog. Harap jika ada yang kita buat salah ..dapat di maafkan...

    Harap dapat sambut 2nd anniversary pula...Jumpa lagi...




    Ni baru Satu (1)



     

    APPLE PIE PUFF PASTRY

    Sebenarnya kita selalu tengok orang buat puff pastry..tapi kita tak reti le membuatnya. Dah lama dah si Mas (Duniaku) tunjukkan jenama "KAWAN"..tapi setiap kali kita gi Gergasi ... tak der plak di jual.. jadi terbantut disitu.


    Alih alih... satu hari kita jalan (lupa supermarket mana)... kita sambar la pastry ini... baru ini berkesempatan buat sebab kita nak menghabiskan jem apple..

    Kita ikut cara2 Mat Gebu .. dan kalau ada yang nak resepi boleh intai intai disitu..


    Kita minta izin CMG untuk salin resepinya...


    Oleh : Nazrah Bakery

    BAHAN INTI :-)

    2 biji epal hijau1 1/2 camca besar gula perang @ soft brown sugar 
    1 camca besar kismis
    1 camca besar penuh mentega
    3/4 camca besar tepung jagung
    1 inci kulit kayu manis (optional)

    BAHAN LAIN :-)
    8 keping puff pastry jenama KAWAN bersaiz 4 inci x 4 inci
    Kuning telur untuk disapu

    CARA MEMBUATNYA :-)
    1. UNTUK INTI :- Kupas epal, buang empulur dan dadu kecil. Panaskan mentega dalam periuk, goreng epal bersama kismis, kulit kayu (optional) dan gula perang hingga epal lembut. Kalau suka boleh letak sedikit jus lemon, tapi mat tak letak sebab epal tu dah ada rasa masam2 sikit. Masak hingga epal lembut. Masukkan tepung jagung, gaul rata dan masak hingga pekat. Sejukkan. ( yang ini kita guna yang ready made nyer)

    2. UNTUK APPLE PIE PUFF :- Ambik sekeping pastry puff, potong pada 4 bahagian. Ambil satu bahagian, bulat 4 kelaran tapi jangan putus. Manakala 1 bahagian yang tidak berkelar, isi dengan 1 camca teh inti. Tutup dengan bahagian yang berkelar, tekan tepi2nya dengan garfu dan susun dalam loyang pembakar.
    3. Buat hingga siap, sapu kuning telur dan bakar pada suhu 190C selama 20 - 25 minit atau kuning keemasan. Sejukan atas jaringan.

      September 19, 2011

      PUDING KASIH BERTAUT




      Assalamualaikum....

      Masa birthday anak kita hari tu..kita ada buat puding kasih bertaut..tapi kejadiannya amatlah tidak cantik seperti tangan cik kak kita tu (Kak Ita)
      Almaklumlah..tangan yang tak berseni tetapi rasanya memang la amat enak dan segar.

      Apa apa pun kita layan resepinya serta gambar

      Terima kasih buat penyumbang resepi :

      PUDING KASIH BERTAUT
      Resepi Oleh : Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHEN

      Bahan-bahan A :
      • 1/2 paket @ 2 tsp serbuk agar-agar (dari sepeket 10 gm serbuk agar-agar)
      • 300 ml air
      • 200 ml santan
      • 1/2 cawan gula
      • 1 biji telur
      • 2 atau 3 jenis pewarna dan perisa (kalau tak nak letak perisa pun tak pe, just pewarna)



      Cara-cara :
      1. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk dan masak hingga gula dan serbuk agar-agar larut. Kecilkan api.
      2. Pecahkan telur ke dalam santan dan kocok sikit dengan garfu. Tuang ke dalam periuk berisi larutan agar-agar tadi dan kacau sebati dan masak hingga mendidih (beware! atas api perlahan tau!). Setelah mendidih, tutup api.
      3. Bahagikan larutan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna dan perisa. Kacau sebati setiap bahagian dan tuangkan ke dalam mould yang anda suka. Biarkan ia keras di dalam peti sejuk.
      4. Setelah keras, keluarkan agar-agar dari mould atau kalau guna bekas yang besar sebagai mould tadi, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil dan masukkan semua agar-agar ini ke dalam satu bekas lain yang lebih besar 
      •  
      • Bahan bahan B
      • 1 paket serbuk agar-agar 10 gm
      • 1 liter air
      • 1/2 cawan gula pasir
      • 100 gm gula Melaka atau nise
      • 2 helai daun pandan (disimpulkan)

      Cara-cara :
      Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk dan masak hingga larut dan mendidih. Tutup api dan tapis larutan agar-agar.

      Cara menyediakan puding :
      Tuang larutan agar-agar B ke dalam bekas yang berisi semua agar-agar A / kiub-kiub agar-agar A tadi. Biarkan keras dan sejukkan ke dalam peti ais.




      NOTA :
      • Untuk perisa tu, kalau tak nak letak pun tak apa. Cukup sekadar mewarnakan agar-agar di bahagian A itu dengan 2 atau 3 warna yang berlainan agar hasilnya nanti nampak cantik dan menarik.
      • Kalau tiada mould yang bentuk macam Naz di atas tu, guna loyang jer pun boleh untuk keraskan agar-agar bahagian A. Cuma lepas keras, potong agar-agar menjadi kiub-kiub kecil.
      •  
      •  
      SELAMAT MENCUBA!

      September 18, 2011

      KEK COKLAT KUKUS BERCHEESE




       
      Ini adalah kek yang kita buat untuk harijadi anak ... maaf la kalau tengok coklat yang meleleh tu dan deko  yang sempurna kerana keadaan masa yang agak suntuk. 



      Walau bagaimanapun... anak begitu gembira bila dia sendiri dapat mendeko keknya. Dan kita apa lagi cukup gembira bila lihat anak anak buah amat suka akan kek tersebut sampai licin ....





      Resepi masih lagi sama (chef Zubaidah) tetapi kita tambah cheese.

      Untuk resepinya :
      Oleh : Nazrah Bakery

      Bahan-Bahan (A)

      100 gm serbuk koko ( saya guna 80 gm sahaja)
      250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
      1 tin susu cair
      200 gm minyak masak
      250 gm susu pekat manis

      Bahan (B)
      150 gm tepung gandum
      1 s/t soda bikarbonat
      1 s/t serbuk penaik
      4 biji telur B

      untuk cheese :

      250gm cream cheese
      1 biji telur
      60gm gula castor
      25 ml whipe cream ( air pun boleh)

      Cara-Cara.

      1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
      2. Masak atas api seketika
      3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
      4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
      5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja) (saya guna whisk jer)
      6. Kukus separuh adunan selama 20 minit. 
      7. Bahan cheese tadi di putar hingga sebati. Kemudian lapis ke atas adunan coklat tadi dan kukus lagi selama 20 minit
      8.Tuang baki adunan coklat tadi dan kukus lagi kira kira 20-30 minit sehingga masak.
      9. Boleh di hias mengikut creativiti masing masing.

       

      September 17, 2011

      SELAMAT HARI JADI KE 8

      Assalamualaikum...



      Hari ini 17 Sept 2011.. anak sulung ku Nur Jannah Ameera genap berusia 8 tahun. Semoga menjadi anak yang baik ...
      Majlis harijadi anakku ini di buat ala kadar saja, kebetulan adik perempuan kita ada buat majlis rumah terbuka.. 2 in 1 la ni...

      Dah tentu minggu ni ramai teman teman yang buat open house juga atau pergi open house... masih lagi mood raya kan...
      APa apa pun kita layan gambar ya....

      Rumah kecil adik kita..kg melayu subang
      Ameera dan sepupu sepapatnya...



      September 15, 2011

      FRUIT JELLY

      Assalamualaikum....

      Dah hampir  2 minggu kita sambut Hari Raya... baru ini saya berkesempatan untuk mengupdate blog... sibuk open house sana sini... ada gak buat macam macam tapi tak sempat nak ambil gambar...




      Terima kasih pada K.Nor yang telah menayangkan Fruit Jelly (oren) yang memikat hati saya. Saya buat untuk jamuan Hari raya rumah adik dan Kek Kukus Choc Moist.  Memang mudah dan enak jelly ni wat pencuci mulut...



      FRUIT JELLY 
      resipi : Yani MyR

      Bahan-bahan ( 2 orang )
      2 biji limau- large size
      4g serbuk agar-agar
      500ml air + jus limau
      50g gula
      secubit garam

      Potong bahagian atas limau. Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan.
      Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya.
      Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
      Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal)

      ** Ni resipi yg K.Nor edit sbb K.Nor buat guna agar2 serbuk seberat 10gm sepeket

      FRUIT JELLY

      5 biji limau- large size
      10g serbuk agar-agar
      1000ml air + jus limau
      7 sudu besar gula
      2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri warna jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)

      # k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
      # utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
      #masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
      #bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
      #bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)

      September 14, 2011

      KEK COKLAT KUKUS





      Selamat Hari Raya.....

      Masih lagi dengan Mood Raya... sejak raya hari tu.. kek ni la saya buat setiap hari.. bagi juadah di rumah bapa, ibu dan buat buah tangan ke rumah terbuka. Hanya hari ini baru berkesempatan untuk di ambil gambarnya. Yang ni pun kita buat sebab esok anak ada jamuan hari raya di sekolah.


      Resepi yang paling mudah dan yang paling penting...paling sedap... menjadi kegemaran keluarga saya...



      Ini adalah salah satu Resepi Kek yang terdapat di dalam buku "Steamed Cake" yang mana resepi oleh Zubaidah bt Chepa.. sangat moist dan lembut..

      Resepinya :

      Bahan-Bahan (A)

      100 gm serbuk koko ( saya guna 80 gm sahaja)
      250 gm gula pasir ( saya kurangkan kepada 180 gm )
      1 tin susu cair
      200 gm minyak masak
      250 gm susu pekat manis

      Bahan (B)
      150 gm tepung gandum
      1 s/t soda bikarbonat
      1 s/t serbuk penaik
      4 biji telur B

      Cara-Cara.

      1. Campurkan bahan (A) dan kacau sebati
      2. Masak atas api seketika
      3. Di bekas yang berasingan pukul telur dan curah ke dalam adunan A
      4. Akhirkan sekali masukkan tepung dan serbuk koko yg telah diayak.
      5. Guna mixer dengan perlahan dan kacau hingga tepung tidak bergentel (sekejap sahaja) (saya guna whisk jer)
      6. Kukus selama 1 jam 30 minit ( biasanya saya kukus 50 min ke 1 jam sahaja) dan taburkan choc toping (hias ikut suka)



      September 7, 2011

      MERIAHNYA MERDEKA RAYA

      Assalamualaikum...


      Tahun 2011 ini rakyat Malaysia menyambut 2 perayaan sekali gus...Hari Raya dan Merdeka... bukan senang nak jumpa lagi perayaan berganda begini.

      Bapa, Makcik dan adik adik
      Tahun 2011 ini juga...kita baru pertama kali beraya di blog (hehehhe) sebab baru je mula tahun October 2011.

      Keluarga Adik (Anas Rasyidi)

      Memang teruja dan gembira walau pun tak mengenali teman teman ... teringin juga nak bersua muka...

      Keluarga Adik Bongsu ( Aini)
      Anak anak kita juga semakin membesar dan dah tahu erti gembiranya menyambut Hari raya...kita tengok gambar gambar raya keluarga saya... Cuma tahun ni satu keluarga adik saya (Hafiz) tiada kerana beraya di Terengganu...

      Adik dan Keluarga ( Shima dan Shamsul)





      Keluarga saya dan Ibu (Ramlah Aton)





      SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN

      KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...