May 6, 2012

KEK LABU

 Selamat berhari minggu....


Hari ini saya membawa anak anak ke berkelah ke Teluk Kemang , Port Dickson. Cuaca yang redup amat selesa untuk saya duduk bersantai dan anak anak mandi . Pantai pun agak ramai orang tetapi tidak lah padat kerana bukan masa cuti sekolah. 

Pulang ke KL jam 4 petang.. tengok tengok CMG dok tayang kek Betik @ Papaya.. oleh sebab mood rajin ada..terus saya godek godek dapur tetapi betik tu saya ganti dengan baki labu yang sedia ada.  Kek ini amat lembut dan sedap kerana ada rasa kismis..  tapi rasa labu tu kurang .. macam kek butter cuma kek ni lebih lembab dan sedap... resepi ni dah tentu saya akan gunakan untuk buat kek kek yang lain kerana saya sangat suka.

Buat empunya resepi terima kasih dan minta izin saya paparkan disini.
 
 KEK LABU
(Adaptasi dari Kek Betik)
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

80 gram mentega
1 biji telur gred A, pukul sedikit
170 gram betik yang masak ranum* ( saya ganti dengan labu lecek)
3 camca besar susu segar*(*dikisar halus) ( saya ganti dengan susu cair)
150 gram gula perang @ soft brown sugar ( saya kurangkan sedikit)
180 gram tepung gandum            )
1 1/4 camca teh baking powder  ) di satu dan diayak
1/4 camca teh garam halus          )
2 camca teh jus lemon ( saya tidak letak)
1 camca teh esen vanilla
1/3 cawan kismis
Badam cincang, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi atau boleh guna tin 4 segi berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan betik kisar tadi, gaul hingga rata.
  3. Masukkan kismis, esen vanilla dan jus lemon, kacau hingga rata. Tuang dalam tin yang telah disiapkan, tabur dengan badam cincang rata2 dan bakar selama 45 minit - 50 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan diatas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
  4.  

4 comments:

  1. Aslmkm Kak Naz...nampak gebu jek kek akak tu..rasa? CAM SODAP JEK...labu takde ni, tukar nangka ok tak? heehee

    ReplyDelete
  2. salam kak naz.. mcm tau2 je tun ada sebijik labu kat dapur tu. hihi... tp tun jenis yg xsuka mkn kek yg ada kismis2 nih. kalau buat mmg skip laa tang kismis dia tu.. dh lama x gi mandi pantai. len kali ajak tun tau ^^

    ReplyDelete
  3. Rahel belum terai lg buat kek Labu..tapi nampak kek ni memang gebu..mesti enak banget..

    ReplyDelete
  4. memang nampak gebu ler kek tu akak... lagi2 bahannya ada labu.. sedapnya tu...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...