April 27, 2012

MUFIN COKLAT

  



Assalamualaikum...

Hari Jumaat..hari ini..hehe..macam budak sekolah plak.. Intai intai mufin coklat kat rumah yatie.. bukan apa nak menghabiskan stok serbuk koko yang kita tersalah beli..dah lah hitam pekat .. gelap. Habis mufin kita pun ikut gelap..

tapi gelap gelap si tampuk manis... makan mufin gelap tapi rasanya manis dan sedap... ewahhhhh... cuma kalau kita bagi kat anak buah dah tentu budak budak tu x nak makan kalau tak di hias dengan icing sebab hitam sungguh...

Apa pun kita layan mufin ..terima kasih Yatie dan Izah...

 
 

MUFIN COKLAT
Sumber : Yatie   dan Izah

Bahan-bahannya:

A
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil soda bikarbonate
  • 3 sudu teh nescafe- Yatie letak 1 sudu teh je
  • sedikit garam
B
  • 2 cawan gula kastor (Yatie letak 1 3/4 cwn je)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan susu cair (atau susu segar)
  • 3 biji telur
  • 1-2 sb oren sunquick * izah tambah
C
  • 3/4 cawan air panas
Cara-cara
  1. Campurkan semua bahan-bahan B dan letak ketepi.
  2. Ayakkan tepung bersama serbuk koko, baking powder dan soda dan campurkan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  3. Masukkan bahan B ke dalam A dan kacau rata.
  4. Kemudian akhir sekali masukkan air panas ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  5. Ceduk ke dalam muffin cup dan bakar pada suhu 175 C selama 20 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing2 ya.
**Yatie buat 3 cara, ada yg isi dlm 1/2 cup muffin,ada yg 2/3 cup muffin dan ada yg 3/4 cup muffin. Bila dah masak cantik yg di isi 2/3 cup. Selamat Mencuba.

April 24, 2012

KEK KUKUS PELANGI

Assalamualaikum....

 

Dalam dok pening pening lalat ni..mata tak mau tido.. asyik banyak memikir. Akhir sekali kita pun ke dapur dok belek belek buku masakan lama... terpanggil untuk buat kek kukus plak.

Rasa kek ini sedap macam rasa apam kukus... tapi kita tambah perasa strawberry agar lebih wangi dan sedap...tak rugi mencuba...

Kita layan gambar ye teman teman..(sebenonya kita tak reti nak menulis apa lagi) hehehe.... 


 
KEK KUKUS PELANGI

Rujukan : Buku Steamed Cake
Dari rumah : Nazrah Bakery

Bahan2

250 gm mentega
5 biji telur gred B
250gm tepung superfine
225 gm gula caster (kita kurangkan kepada 180 gm)
100 gm susu pekat manis
1/2 sudu besar serbuk penaik
1/2 sudu besar esen vanilla

Hiasan : Pewarna dan perisa

Cara2

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik dan ayakkan ke dalam adunan telur dan kaub balik adunan.
3. DI bekas yang lain pukul mentega dan susu sehingga gebu.
4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan telur tadi dan sebatikan adunan.
5. Bahagikan adunan dan warnakan.
6. Acuan 8" bulat
7. Sendukkan adunan berselang seli sehingga habis dan tutup acuan dengan aluminium foil 
8. Kukus selama 1 jam 30 minit.

April 22, 2012

KEK LABU

Assalamualaikum....


Lama rasanya tak membuat kek. Ingat beli labu nak wat bingka labu..tapi boring gak..asyik bingka jer kan... skodeng rumah Izah ternampak Kek Labu .. hmmm...harum semerbak satu rumah dengan bau serbuk kayu manis. Saya buat satu adunan kerana berhajat untuk dibawa ke pejabat..biasalah..bagi anak buah makan.


 Tapi maaflah..rupa kek kita ni macam gunung berapi..tak tau kenapa.. warnanya pun agak gelap.. terlebih sudah kita bakar kot..tapi apa pun memang marvelous dengan campuran serbuk kayu manis.

Kek ni tak menggunakan mentega/marjerin. Amat mudah dan ringkat membuatnya. Terima kasih buat empunya resepi.  


PUMPKIN CAKE
source: allrecipes
terjemahan oleh: izahdaut
(saya buat separuh dari resepi)

Bahan

1 1/2 cawan minyak sayur
2 cwn gula putih
4 biji telur
3 cwn tepung serbaguna
2 tsp baking soda
2 tsp baking powder
3 tsp serbuk kayu manis *saya letak secubit je
1 tsp garam
2 cwn labu lecek /puree
1/2 cwn kacang walnut cincang *saya tak letak

Directions

1. Panaskan oven 190 C.
2. Ayakkan tepung bersama baking soda, powder, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.
3. Dalam mangkuk yang besar, satukan gula dan minyak. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung dan pukul sehingga licin dan gebu.
5. Masukkan kacang dan labu lecek. Kacau lagi hingga sebati dan gebu.
6. Bakor kek selama 1 jam atau sehingga masak.
7. Sejukkan di atas rack dan taburkan gula aising sebelum dihidang.

April 21, 2012

TIADA MASAKAN UNTUK HARI INI

Assalamualaikum...


Jangan heran pada tajuk saya kerana kerap tiada masakan di rumah saya kerana pada kebiasaanya hari Sabtu dan Ahad saya sentiasa mengisi masa dengan menunggung motosikal.

Hari ini saya saja saja nak buat selingan ....

Hari ini Sabtu saya seharian telah merempit ke Fraser Hill... Kalau ada yang nak tengok akvititi saya boleh tengok di SINI.....



April 19, 2012

MASAK LEMAK DAUN TURI DAN LABU

Salam hari Khamis...



Ari ni saya cuti..cuti yang terpaksa kerana pejabat saya diarahkan tutup sehari. Terasa amat kecewa sekali apabila ianya terjadi dalam sejarah saya kerana selama saya beroperasi tidak pernah sehari pun waktu bekerja saya cuti dan tutup pejabat. Saya nak ambil cuti pun saya pikir berpuluh puluh kali. Tai kali ini saya terpaksa ikut arahan kerana apakan daya saya menumpang pejabat orang, sebelum saya kena halau langsung lebih baik saya ikut perintah

... apa pun saya percaya ada hikmah di sebaliknya.

Malam tadi saya sempat singgah di pasar Chow Kit. Lama rasanya saya tak makan masak lemak daun turi dan labu. Kadang kala labu tu pun boleh ganti dengan keledek. Apa lagi dengan lauk lauk lain seperti ikan kering dan sambal belacan..memang sungguh membuka selera. 

Tapi macam biasalah..saya ini bukan pandai sangat memasak ..jadi masak pun main agak2..nak turunkan resepipun tak berani sebab main campak campak saja ikut selera anak tekak saya.

Mungkin ada teman teman lain yang lebih mahir memasak dan lebih enak hidangan lemak daun turi ini. Jadi kita layan saja gambar yer....

Hari ini menjadi hari ibu sedunia bagi aku...hahahahahahah......Hadoiiiii... 


April 18, 2012

TALAM KASWI KELADI

Assalamualaikum....


Masih lagi berkisar keladi.. kerana menghabiskan stok keladi.. Kali ini saya tertarik untuk mencuba resepi dari buku kompilasi Talam dengan membuat talam kaswi keladi. Amat mudah untuk membuatnya dan rasanya pun amat enak.. lembut dan kenyal. Tak rugi kalau kita membuatnya..cuba keladi tu saya buat kasar kasar sikit agar dapat merasa keladinya.

Hujan hujan di kala petang amat sesuai untuk dibuat minum petang bersama kopi O. Jemput minum ye teman teman... jumpa lagi..



TALAM KASWI KELADI

Sumber : Buku Kompilasi Talam

Bahan bahan

300 gm keladi - di rebus dan di lenyek
300 ml santan
225 gm gula pasir
90 gm tepung beras
70 gm tepung ubi
sedikit pewarna ungu
Garam secukup rasa
Kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam

Cara membuat

1. Satukan semua bahan dan gaul hingga mesra
2. Masukkan bahan ke dalam loyang dan kukus selama 25 minit
3. Biarkan sejuk dan potong. Gaulkan dengan kelapa sebelum di hidang. 

April 17, 2012

TALAM KELADI

Salam hari Selasa..... ambil mood jap..hehhe..nak menulis pun ambil mood apa lagi bila nak memasak..mood kena di cari..tapi semalam mood ok sikit kita buat talam keladi... Tapi tak tau kenapa bahagian atasnya terlembik sikit..mungkin merajuk sebab dah lama saya tak menalam..tapi rasanya tetap sedap dan enak...


Resepi kita dapat ketika belajar dengan Chef Asma.. (huh huh) lamanya saya tak pergi mana mana kelas..kalau tidak dulu hujung minggu suka menghabiskan masa belajar ke kelas kelas bakery...

Apa pun.. meh kita layan talam keladi untuk hari ini... 
 
TALAM KELADI

LAPISAN BAWAH
Bahan Bahan
(A) 220 gm tepung beras
      40 gm tepung ubi
      1 1/2 tsp garam
      300 ml santan pekat
      700 ml air

(B) 250 gm keladi - buang kulit, potong kiub dan kukus selama 5 minit.

Cara-caranya :
1. Bancuh semua bahan A hingga rata dan sebati .
2. Tapis ke dalam periuk . Masak sehingga naik wap dan masukkan bahan B
3. Kacau sebentar dan tuang ke dalam loyang 10" x 10" x 3"
4. Kukus selama 25 minit

LAPISAN ATAS
Bahan Bahan
180 gm tepung gandum
250 gm gula halus
3 biji telur
250 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna purple

Cara caranya :
1.Bancuh semua bahan bahan diatas, tapis ke dalam periuk
2. Masak sehingga naik wap. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit.

April 12, 2012

SEHARI DI KOTA KERIANGAN



 Assalamualaikum....

Semalam 11 April 2012... sempena cuti umum pertabalan Agung saya mengambil peluang membawa anak, ibu serta keluarga adik saya bermain main di Genting Highland. Mungkin ada di antara kita dah lama tak berkunjung ke Genting Highland.

Seawal pagi hujan turun dengan lebatnya..menyebabkan saya mengambil keputusan untuk tidak memandu kereta ke puncak.. lalu kami semua menaiki kereta kabel....

Beratur untuk menaiki kabel car
 
Masih tak banyak perubahan ... mainan juga masih sama seperti dulu dulu..cuma datang ke sini untuk keseronokan anak anak...

Meh kita layan beberapa keping gambar yang sempat saya ambil sepanjang perjalanan ke genting....



Kami sekeluarga...



 Antara mainan yang ada.....



 Sebelum pulang..semua mandi manda dulu... dalam kolam air yang suam suam ini .... 




 Kita jumpa lagi Auntie......... cuti yang menyeronokkan.....

April 10, 2012

KEK PISANG LEMBAP


 
Salam 1 Malaysia....

Esok hari Rabu.. semua rakyat Malaysia akan menyambut cuti pertabalan Agung... dan esok saya bercadang membawa anak anak dan ahli keluarga adik ke Genting Highland untuk bercuti dan bermain bermain. Jadi hari ini sempatlah kiat buat kek pisang lembap untuk di bawa esok pagi...

Tapi tak tau la... sempat atau tidak untuk dibawa ..kerana sekarang ni pun dah habis setengah buku kek di makan anak bongsu saya ...


Kek ni memang sedap dan saya amat suka membuatnya mengikut resepi dari CMG.. terima kasih empunya resepi atas resepi yang sungguh enak ini.


KEK PISANG LEMBAB
Sumber : CMG

BAHAN

250gm tepung gandum  )
1 s/t soda bikarbonat    ) diayak bersama 
1/2 s/t garam halus       )
5 Biji telur gred A
15 g ovalette
150g gula halus
125 g mentega , dicair dan dibiarkan sejuk
100g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 s/t even vanilla , dilecek halus

CARA MEMBUAT NYA :

* Panaskan oven pada suhu 175C. Lenserkan tin dengan mentega dan ditaburkan sedikit tepung.
* Putar gula dan ovelette hingga sebati, masukkan telur dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan bahulu)
* Masukkan pisang dan gaul rata. Masukkan tepung berselang seli dengan mentega dan minyak jagung.
* Tuang dalam tin dan bakar kira2 50-60 min (mengikut kesesuaian oven). 


April 6, 2012

BINGKA KENTANG

 
Assalam..

Semalam dan kelmarin nampak Izah dan Yatie dok tayang bingka Kentang..terpanggil la kita nak cuba gak...

Macam biasa .. resepi dari mereka mereka yang otai ini memang berbaloi dan sedap..dan yang penting mesti jadi punya...hehehehhe..tanpa ragu ragu...

Terima kasih... (makin gemuz la kita..sebab yang makan kita gak..hahaha)


BINGKA KENTANG

Bahan-bahan.(loyang 8x8inci)-Yatie guna acuan pecah 8 dapat 4 keping kuih.
  • 1 cwn kentang rebus(dlm 2 biji yg sedang)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn santan (nak kisar dngn daun pandan pun boleh)
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn gula
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi
  • 4 biji telur
  • sedikit garam
  • pewarna hijau dan sedikit pes pandan

  • sedikit bijan
  • 2 sb minyak utk sapu pd loyang -guna butter pun boleh
Cara-cara.
  1. Kentang di rebus hingga empuk, toskan dan dilecek.
  2. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender kecuali bijan dan minyak.Kisar sebati.
  3. Sementara itu panaskan oven 180c.Sapukan minyak/butter di sekeliling loyang dan masukkan dlm oven sebentar.
  4. Keluarkan loyang dan tuang adunan tepung tadi dan taburkan bijan di atasnya.
  5. Bakar selama 50 minit api atas bawah dan tambah 5 minit lagi guna api atas je utk garingkan bahagian atas.
  6. Biarkan betul2 sejuk barulah di potong. 


    April 5, 2012

    BINGKA UBI CHEESE

    Assalamualaikum... entry ke dua saya bagi bulan April..harap harap lepas ni semakin kerap saya mengupdate blog saya. Mood pun dah semakin ok..terima kasih pada teman teman yang selalu tayang masakan menarik dan membuat kan saya tertarik untuk mencuba...hhehhehe



    Minggu ni macam minggu membingka agaknya..tengok sana sini buat kuih bingka. Kita plak buat bingka ubi cheese yang mana resepi asal saya dapat dari rumah Roz@HomeKreation kita...

    Tak perlu nak di kata apa...memang sedap bingka ini dan rugi kalau nak mencuba...

    Terima kasih buat empunya resepi....



    BINGKA UBIKAYU CHEESE
    By: Roz@HomeKreation
    Sumber: Sahabat Norj


    Saiz 8" persegi


    BAHAN2:
    250g Cream Cheese
    250g Gula
    2 biji Telur
    800g Ubikayu Sagat - tapis airnya
    400ml Santan (saya guna 200 ml santan kotak + 200 ml air)
    Pewarna kuning

    CARA2:
    1.Pukul cream cheese & gula sehingga rata.
    Masukkan elur satu persatu sambil dipukul rata.
    Masukkan ubikayu & santan.

    2. Bakar suhu 170C selama 1jam 30min sehingga masak.
    Sejukkan sebelum di potong.

    Buat penambah seri...
    Jannah Ameera .. semakin besar dan cerdik

    April 2, 2012

    BUBUR NANGKA CACA

    Assalamualaikum....
     
    Lamanya saya tak update blog masakan saya ini...blog peribadi juga lah kiranya ni... rasanya hampir hampir masuk 4 bulan...fuh..... makin hari saya semakin sibuk dan tak sempat untuk ke dapur...

     
    Ni semua kerana minat baru saya dan suami merempit kesana kemari...hehehhehe

    Tapi setiap hari saya tidak pernah ketinggalan untuk membelek rumah teman teman yang sentiasa menjamu mata dengan resepi resepi terbaru dan gambar gambar yang menarik.....

    Hari ini saya merajinkan diri dengan membuat bubur nangka caca...ni pun main campak2 saja...maaf lah tak der resepi yang dapat saya pamirkan kerana ianya mengikut citarasa saya sendiri...cuma ini adalah permulaan untuk saya kembali dalam dunia berblog....


    Biasanya saya amat malas untuk menaip ...tapi hari ini saya merajinkan diri juga..harap harap masih ada teman teman yang sudi bertandang ke rumah saya ini.....

    Dan saya juga ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat sepupu saya yang bertandang ke rumah pengantin lelaki semalam di bidor..selamat pengantin baru buat Fendi dan Yanie....


     

    KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...