May 21, 2012

PUDING ROTI MARBLE


 

Salam hari Isnin....

Lama tak memuding..ari ni kita wat puding roti marble yang famous seketika dulu... wat menjamu teman yang datang bertandang tenghari tadi..

Buat pun kelam kabut..jadi rupanya pun tak la seindah namanya... janji rasa nya amat sedap di makan waktu cuaca panas...

Terima kasih wat empunya resepi..kita layan gambar ...


PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Keraskan samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

4 comments:

  1. Wah cantik warnanya lembut aja selembut pudingnya sedap:-)ng

    ReplyDelete
  2. Waw...cantik kaler puding tu...leh makan banyak ni..

    ReplyDelete
  3. Bertenggek-tenggek akak tengok puding Naz tu...tertarik n menarik...hehe.

    ReplyDelete
  4. Salam Naz.lembut warna puding Naz ni...sedap mkn sejuk puding roti marble ni...

    ReplyDelete

KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...