Total Pageviews

May 31, 2012

PUDING SUSU STRAWBERRY




Assalamualaikum....
Tiba tiba kita tengok bunga yang cantik warna pink lagi dari Nieza yang nun duduk jauh di Finland.. tertarik sungguh kita dengan kombinasi warna yang lembut tu... 
Kita pun dah lama tak memuding dan bunga pink tu menjadikan inspirasi kita untuk terus ke dapur... hahahhahaha....gelojoh betul... Nak buat puding ni pun mudah saja... tapi bila ada yg pandai dalam seni fotografi dah tentu ianya akan lebih menarik dan tertarik lagi. Saya masih lagi belajar jadi ini saja gambar terbaik dari saya....
Tada....ini lah hasil nya..walau pun tak secantik tuan punya resepi ..tapi rasanya memang marvelous.... kita layan saja puding ini ...
 
Resepi Puding Susu Strawberry
Adaptasi dari resepi puding susu pandan oleh Gert dan yg telah dikongsikan bersama oleh Kak Yatie 
dan Nieza
Bahan :
  • 600 ml air
  • 120 gram gula pasir
  • 10 gram serbuk agar agar
  • 300 ml susu segar
  • 300 ml santan
  • beberapa titik esen strawberry/ pewarna merah atau pink 
  • Cara membuatnya :
  • Satukan serbuk agar2, air dan masak selama 3 minit atau hingga serbuk agar2 sebati.
  • Masukkan gula pasir dan kacau hingga gula hancur, masukkan pula susu segar dan santan. Kacau sebati. Kecilkan api semasa masukkan susu segar dan santan tadi dan kacau perlahan2.
  • Tapis dan bahagi kepada dua bahagian, satu letak esen strawberry dan pewarna merah/pink, selebihnya biarkan warna asal.
  • Tuang adunan strawberry kebekas puding yang dikehendaki separuh bekas jer.
  • Biarkan beku sebentar ( boleh juga letak dalam peti ais supaya cepat beku ) dan cakar sedikit permukaan puding dengan garfu dan tuang baki warna putih atas puding strawberry tadi .
  • Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais, sedap dimakan ketika sejuk.
**Sementara menunggu adunan strawberry beku di dalam acuan, adunan putih/asal akan kelihatan sedikit beku, jadi panaskan di atas api kecil dan kacau sebati...setelah adunan strawberry beku,bolehlah tuang adunan putih/asal ke atas permukaan adunan strawberry tadi. Selamat mencuba
  •  
  •  

May 28, 2012

APPLE BUNDT CAKE


 
 Assalamualaikum....


Hari Isnin yang tentu membuat kan kita sibuk melayan kerenah anak anak yang telah bercuti sekolah. Tapi ini lah masanya kita boleh menghabiskan lebih banyak masa buat anak anak...

Semalam kita bawa anak2 mandi kolam.. layan jiwa mereka jap..hehehhe... ternampak la si Yatie buat Kek Apple... memang sehari dua ni kita mencari resepi yang menggunakan epal hijau sebab dah terlalu lama epal dok tergolek dalam peti ais. Sebelum ke CikTong..lebih baik di usahakan ...

Tapi malangnya kek kita melekat kat acuan..tak leh nak keluar cantik tapi apapun kek ni sedap cuma kita rasa kurang moist sikit..(kering) .. kalau makan mesti ada air kat sebelah.. 


Apa pun terima kasih buat empunya resepi.... Lain kali saya buat lagi.....

APPLE BUNDT CAKE
SUMBER : YATIE MEMORIES
DAN Allrecipes.com.

Ingredients
  • 2 cups apples - peeled, cored and diced
  • 1 tablespoon white sugar
  • 1 teaspoon ground cinnamon

  • 3 cups all-purpose flour
  • 3 teaspoons baking powder
  • 1/2 teaspoon salt
  • 2 cups white sugar (Yatie guna 1 cwn gula halus dan 1/2 cwn brown sugar)
  • 1 cup vegetable oil- boleh juga guna butter cair
  • 1/4 cup orange juice
  • 2 1/2 teaspoons vanilla extract
  • 4 eggs
  • 1 cup chopped walnuts-Yatie tak letak

  • 1/4 cup confectioners' sugar for dusting
Directions
  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  2. Grease and flour a 10 inch Bundt or tube pan.
  3. In a medium bowl, combine the diced apples, 1 tablespoon white sugar and 1 teaspoon cinnamon; set aside.
  4. Sift together the flour, baking powder and salt; set aside.
  5. In a large bowl, combine 2 cups white sugar, oil, orange juice, vanilla and eggs.
  6. Beat at high speed until smooth. Stir in flour mixture.
  7. Fold in chopped walnuts. Pour 1/3 of the batter into prepared pan. Sprinkle with 1/2 of the apple mixture.
  8. Alternate layers of batter and filling, ending with batter.
  9. Bake in preheated oven for 55 to 60 minutes, or until the top springs back when lightly touched.
  10. Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely. Sprinkle with confectioners' sugar.

May 25, 2012

BUTTER CAKE PERISA KELADI




Salam Hari Jumaat...

Butter cake lagi hari ini tetapi kita ubah sikit warna dan perasa dari butter cake biasa ke perisa keladi. Saja saja buat kek .. mana tau ada tetamu yang datang senang di jamu..apa lagi esok adalah hujung minggu. Emak dan adik selalu juga datang menziarahi saya sekeluarga disini...

Jom layan butter cake saya....  




BUTTER CAKE  PERISA KELADI
Sumber : Chef Norbaini

Bahan2


250 gm butter
180 gm caster sugar
200 gm tepung gandum
5 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen keladi dan pewarna ungu


Cara2 nya


Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan terus pukul hingga kembang.


Kemudian masukkan tepung yang telah  diayak bersama baking powder dan esen orange. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 min- 1 jam.

May 23, 2012

TALAM MARBLE



 Assalamualaikum...
Sepetang saya menghabiskan masa membuat Talam Marble dan Bingka Ubi Cheese untuk dibawa ke jamuan makan makan yang akan diadakan di Restoran Asam Pedas Linda Onn.. nanti kita ceritakan plak tentang restoran tu... ni semua nak sambut harijadi teman biker saya....







Hanya ini yang termampu saya buat dalam waktu yang singkat lagi pun kedua dua nya memang favourite teman teman saya. Nak buat banyak2 susah nak bawa sebab saya naik motor hehehhehe....


Buat empunya resepi terima kasih....Kita layan gambar Talam Marble...



Bahan-bahan ( loyang 10x10 inc. )
250 g tepung Hoen Kwee (putih)-(1 sb rata=10 g)
450 g gula halus (2 1/4 cwn rata) ( kita kurangkan kepada 400 gm)
2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
1 sk garam
3 sb serbuk koko 
choc emulco - ita tambah

Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi 2. 1 bahagian di campur koko.
Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
Loyang di griskan dgn minyak masak terlebih dahulu.
Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang. Sejukkan.
Siap utk dipotong dan dihidangkan.
Semasa memarbelkan adunan hendaklah lakukan dengan pantas kerana adunan cepat mengeras.

Untuk resepi ni ita hanya buat 1/2 adunan aje.. Ita gunakan hanya santan kotak. Ita guna 1 kotak santan 200 ml dan selebihnya ita campurkan dengan air untuk mencukupkan sukatan santan tu.

Lagi satu lupa nak bagi tau.. talam ni selepas dibahagikan kena masak dalam dua periuk yg berasingan secara serentak.. tak leh masak satu2 nanti dia dah keras pulak.. jadi.. kena lah jadi wonderwomen sekejap! kacau guna dua2 tangan.. hihi (Yang part ini kita minta tolong bibik kita )





May 21, 2012

PUDING ROTI MARBLE


 

Salam hari Isnin....

Lama tak memuding..ari ni kita wat puding roti marble yang famous seketika dulu... wat menjamu teman yang datang bertandang tenghari tadi..

Buat pun kelam kabut..jadi rupanya pun tak la seindah namanya... janji rasa nya amat sedap di makan waktu cuaca panas...

Terima kasih wat empunya resepi..kita layan gambar ...


PUDING ROTI MARBLE

Bahan-bahan :
  • 10 gm serbuk agar-agar
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 4 keping roti *
  • 2 biji telur ayam *(telur ayam tau! bukan telur itik atau lain-lain..hehehe)
  • 1/2 cawan susu pekat manis *
  • 1 tin susu cair (400ml) *
  • 1 sudu teh asen vanilla *
  • 2 sudu besar majerin
  • 2 sudu besar serbuk koko ATAU 1/4 cawan serbuk milo
  • 1 atau 2 pewarna kesukaan
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur.
  2. Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus. (Pastikan mesin pengisar anda tak ada rasa cili yer.. Nanti jadi puding cili marble pulak..hihihi)
  3. Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
  4. Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
  5. Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
  6. Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan serbuk koko dan digaul sebati, satu bahangian dicampur dengan pewarna pilihan dan satu bahagian dibiarkan dengan warna asal atau boleh juga kalau nak diwarnakan.
  7. Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Keraskan samada pada suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

May 16, 2012

ORANGE BUTTER CAKE

  
Assalamualaikum....


Petang ni saya baru balik dari klinik ambil keputusan darah yang saya buat minggu lepas... keputusannya semuanya ok tetapi kadar kolestrol dalam darah tinggi sikit.. dan doktor menasihatkan saya agar mengambil ubat dan kurangkan makan makanan berminyak..hu huh...lepas ni kena diet la sikit..makan yang stim2 saja la jawabnya...apa pun kesihatan perlu di utamakan...

Balik dari klinik terus teringin untuk membuat kek. Sekali sekala kalau buat kek butter ni memang sedap.  Dulu dulu kalau time hari raya... kek ni la paling fofular di buat oleh ibu saya. Dan kini membuatnya lebih mudah semudah ABC... (hehhehe).

Saya sukakan bau oren dan rasanya amat sedap.... Apa kata kawan2 mencubanya...
  
ORANGE BUTTER CAKE 
Sumber : Chef Norbaini

Bahan2


250 gm butter
180 gm caster sugar
200 gm tepung gandum
5 biji telur
1 tsp baking powder
1 tsp esen orange


Cara2 nya


Pukul butter dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur dan terus pukul hingga kembang.


Kemudian masukkan tepung yang telah  diayak bersama baking powder dan esen orange. Masukkan dalam acuan dan bakar selama 45 min- 1 jam.

May 15, 2012

BINGKA JAGUNG

 Assalamualaikum....



Tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu buat semua teman teman.. semoga kita sentiasa dihargai dan gembira menjadi seorang ibu.

Petang semalam saya mencuba bingka jagung yang dah lama saya intai di rumah Yatie.. cuma bila jadi agak lembek sedikit..mungkin saya perlu menggunakan bekas yang lebih besar agar bingka tu tak tinggi sangat.. jadi cepat masaknya..

Walau apapun... bingka jagung ni amat sedap..

Terima kasih wat empunya resipi....


BINGKA JAGUNG
Sumber : Yatie 
dan CMG

Bahan-bahan
* 250 gm tepung gandum
* 230 gm gula pasir
* 400 ml santan pekat (boleh guna santan kotak/tin)
* 200 ml air
* 4 biji telur
* 1 tin cream style corn
* 2 camca besar minyak sapi (boleh guna mentega, dicairkan)
* 1/2 camca teh garam
* 3/4 camca teh pewarna makanan kuning
* 1 camca teh esen vanilla

Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2 di atas kecuali cream style corn. Kacau dengan wisk sehingga semua sebati dan mesra. Tapis dan masukkan cream style corn tadi dan gaul rata.
  2. Panaskan loyang dalam oven. Keluarkan dan sapu dengan sedikit mentega pada loyang, tuang adunan tadi dan bakar pada suhu 180C hingga masak.
  3. Jika menggunakan loyang bakar selama 40 - 50 minit dan jika menggunakan bekas2 kecil, bakar lebih kurang 15 - 20 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2.
  4. Bakar lebih masa sikit untuk mendapatkan kuih yang garing/kerak yg lebih.

May 7, 2012

CUCUR JEJARI KETAM

Assalamualaikum....


 Bila K.Nor dok tayang cucur jejari ketam..terasa teringin nak makan sebab dah lama tak buat jemput jemput (orang jawa kata) atau cucur. Sekarang ni macam macam jenis cucur boleh di pelbagaikan.. Memang ada berbaki jejari ketam yang tak habis habis dalam peti sejuk.

Kebetulan teman kita nak datang..semalam kita buat kek labu dia tak jadi datang..hari ini terpaksa plak kita wat cucur untuk minum petang. Yang kek semalam tu dah habis di bawa ke pejabat. Memang sedap cucur jejari ketam ni.. ikut resepi ni memang lembut dan wangi.. 

Terima kasih wat K.Nor, Quinnie dan Izah yang berkongsi resepi..saya minta izin untuk salin disini... layanzzz.z...


CUCUR JEJARI KETAM
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
dr resipi : Quinnie & Izah

Bahan:
2 1/2 cawan tepung gandum
10 batang jejari ketam ~ dihiris nipis
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
1 biji cili merah ~ dipotong dadu
daun saderi ~ dihiris
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
minyak untuk menggoreng

Cara:
Campurkan kesemua bahan2 kecuali minyak dalam sebuah mangkuk dan gaul sebati.
Biarkan seketika (lebih kurang 10 - 15 min).
Panaskan minyak dan gorenglah cucur tadi sehingga masak.
Hidangkan bersama sos cili kegemaran.



May 6, 2012

KEK LABU

 Selamat berhari minggu....


Hari ini saya membawa anak anak ke berkelah ke Teluk Kemang , Port Dickson. Cuaca yang redup amat selesa untuk saya duduk bersantai dan anak anak mandi . Pantai pun agak ramai orang tetapi tidak lah padat kerana bukan masa cuti sekolah. 

Pulang ke KL jam 4 petang.. tengok tengok CMG dok tayang kek Betik @ Papaya.. oleh sebab mood rajin ada..terus saya godek godek dapur tetapi betik tu saya ganti dengan baki labu yang sedia ada.  Kek ini amat lembut dan sedap kerana ada rasa kismis..  tapi rasa labu tu kurang .. macam kek butter cuma kek ni lebih lembab dan sedap... resepi ni dah tentu saya akan gunakan untuk buat kek kek yang lain kerana saya sangat suka.

Buat empunya resepi terima kasih dan minta izin saya paparkan disini.
 
 KEK LABU
(Adaptasi dari Kek Betik)
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)

80 gram mentega
1 biji telur gred A, pukul sedikit
170 gram betik yang masak ranum* ( saya ganti dengan labu lecek)
3 camca besar susu segar*(*dikisar halus) ( saya ganti dengan susu cair)
150 gram gula perang @ soft brown sugar ( saya kurangkan sedikit)
180 gram tepung gandum            )
1 1/4 camca teh baking powder  ) di satu dan diayak
1/4 camca teh garam halus          )
2 camca teh jus lemon ( saya tidak letak)
1 camca teh esen vanilla
1/3 cawan kismis
Badam cincang, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi atau boleh guna tin 4 segi berukuran 7 inci x 7 inci x 3 inci. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula perang hingga gula hancur, masukkan telur dan terus memutar hingga kembang. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung yang telah diayak berselang-seli dengan betik kisar tadi, gaul hingga rata.
  3. Masukkan kismis, esen vanilla dan jus lemon, kacau hingga rata. Tuang dalam tin yang telah disiapkan, tabur dengan badam cincang rata2 dan bakar selama 45 minit - 50 minit, bergantung pada oven masing2. Sejukkan diatas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan...
  4.  

May 5, 2012

KUIH KASUI @ KASWI

  Assalamualaikum.. 


Pagi Sabtu hari ini saya cuti..cuti kerja...cuti merempit..hari ini nak pergi kenduri..

Bila dah biasa bangun seawal 530 am ..walaupun tidak bekerja..mata dah diset untuk bangun. So godek godek rumah kawan kawan..nampak kuih kaswi. Kebetulan kejap lagi family adik dan emak nak datang rumah.. so boleh buat sarapan.. 

Memang mudah dan sedap kuih kaswi ni..saya ikut cara Kak Bdaria..campur tepung beras..rasa kenyal2 gitu..

Terima kasih empunya resepi..

Kuih Kasui @ Kaswi
Resepi asal dari sini
Sumber saya : Jurnal Resepi Bdaria

Bahan-bahannya:-
Bahan A
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 helai daun padan
sedikit kicap pekat (yang ni saya tak der ..saya letak pewarna coklat)
Bahan B
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras (yang nie saya tambah)
1/2 cawan tepung ubi
1/2 sudu teh kapur makan (bancuhkan dengan sedikit air untuk dapatkan paste pekat)
kelapa parut putih
sedikit garam
Cara-caranya:-
  1. Masukkan semua bahan A kecuali kicap kedalam periuk dan masak sehingga gula larut. Angkat dan tapi untuk buang bendaasing dalam gula merah. Masukkan sedikit kicap pekat dan biarkan sejuk
  2. Alas loyang 4 segi berukuran 10 x 10 x 3 inci dengan plastik dan ketepikan. Saya guna loyang 11 x 11 sebab tu kuih kasui saya nampak nipis.
  3. Masukkan semua tepung dalam bekas dan kemudian masukkan bancuhan gula tadi sedikit demi sedikit dan kacau rata dengan mengunakan whisk. Masukkan air kapur dan kacau rata
  4. Tapiskan bancuhan dan masukkan kedalam periuk. Masak sehingga naik wap. Kacau sentiasa mengunakan sudip kayu.
  5. Tuangkan adunan kedalam loyang dan kukus selama 30 minit sehingga masak
  6. Bila kuih sudah sejuk baru potong dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  7. Hidangkan.


May 2, 2012

KASWI PANDAN LEMAK

  
 
Assalamualaikum...

Wat kuih kaswi pandan lemak ler kita hari ini... dok tengoh teman teman blog  tayang ..

Tak moh komen apa2... tapi kuih ni memang kenyal2 gitu..sedap makan time panas2..sekali..dua kali..tiga kali..tak ingat berapa kali ngap kuih ni..

Bau pandan nya pun amat wangi dan warna sangat menarik... makan time hujan plak tu.. tapi bila kita ke kedai nak beli kelapa kedai dah tutup.. maka bogel lah kaswi kita bergambar tanpa kelapa...hehehhehehe



APapun terima kasih buat yg empunya resepi kerana berkongsi..Izin saya kongsi di sini pula...
 
KASWI PANDAN LEMAK
Resepi: kak besah@myr
Sumber: quinnie@qasehququinnie.blogspot.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1 loyang )

1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung ubi kayu
1 cwn santan
1 1/2 cwn air perahan daun pandan (3 helai)-hasue guna air biasa+pes pandan pekat
3/4 cwn gula pasir
1/2 sudu teh AIR kapur sireh
1/2 sudu teh garam
1 bj telur (xkira saiz)
beberapa titik pewarna hijau.
secawan kelapa parut (putih sj) + secubit garam.

Cara-cara
  1. Kacau sebati tepung2 & gula bersama air pandan & telur. pastu campurkan kesemua bhn2 lain. kacau hingga tidak bergentel. Tapis lah adunan ni
  2. Seterusnye, masukkan adunan ke dlm loyang yg tlh disapu sedikit minyak. jgn lah tebal sangat, dlm 3 cm cukup. pastu kukus lah hingga masak.. dlm 20-25 minit. (oleh kerana penyediaan x ambil masa lama, eloklah panaskn pengukus sbelum mengadun adunan.)
  3. Bila kaswi dah sejuk, boleh la dipotong & digolekkan dlm kelapa parut yg telah dicampur dengan secubit garam. Nota kak besah:di rmh ni bdk2 xsuke mkn ngn kelapa parut.. tp ok jer..coz kaswi ni dah lemak rasenyer..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...