June 7, 2011

AGAR AGAR MANGGA



 Assalamualaikum....enjin di dapur baru nak mula..bila baru baru ni kena buat yang ringan ringan...petang ni kita buat agar agar Mangga..ni pun sebab ada 2 biji mangga yang kita beli tu...masam sangat..nak makan gitu jer pun tak lalu..daripada membazir kita wat agar agar ni...



Agar agar Mangga
Sumber : Nazrah  Bakery
  • 500ml air
  • 130gm gula pasir
  • 300ml puri mangga ( kita blend mangga tu)
  • 10gm agar - agar powder 
  •  sedikit pewarna oren
Cara-cara
  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan puri mangga dan masak hingga mendidih. Campurkan sedikit pewarna oren.
  3. Letakkan di dalam bekas pilihan anda . Sejukkan sebelum di hidang

June 6, 2011

TAPAI UBI

Semalam kita melayan gambar tapai pulut hitam...tapi hari ini kita layan plak gambar tapai ubi.... 

Cuma sekadar info...buat yang tak tau..(mana ler tau kan...) nak cari tapai ubi memang senang terutama di pasar pasar tani....selalu kita beli RM2 satu bekas...
Nak cuba buat sendiri.... boleh jugak..tapi kena hati hati dengan ragi...

Selamat menjamu mata...yer...


June 5, 2011

TAPAI PULUT HITAM

Assalamualaikum...

Hari ini kita baru balik dari Kenduri Kawin..biasalah kalau menghadiri majlis kenduri terutama di Kampung (jawa punya kampung la) macam macam yang di bawakan ole ole..
Sebab ari ni tak der masak masak kita N3 kan Tapai Pulut Hitam yang dibekalkan tadi. Memang sedap dan manis...kalau buat sendiri macam macam boleh jadi..takut masam pun boleh jadi gak...

Kita layan gambar..mana la tau..ada yang tau rupa Tapai Pulut ni ler ngupanya...Kalau nak tengok rupa Tapai Ubi..esok ler  pulak yer....



June 4, 2011

KONNYAKU JELLY


Salam hari Sabtu...

Pagi pagi ni kita tayang jelly wat pencuci mulut.. tapi jelly yang segera saja. sebab dari malam tadi kepala kita berdenyut denyut. Bangun pagi ni pun masih lagi berdenyut... jap lagi nak gi jumpa doktor.
Selamat berhujung minggu....

June 3, 2011

YOGURT STEAMED CUPCAKES

Assalamualaikum....




Rasanya dah ramai teman teman buat kuih ni..tapi kita baru berkesempatan buat nya .. ni pun nak menghabiskan baki Yogurt semalam.

Tapi dalam banyak banyak tu..cuma satu dua jer yang mekar cantik..yg lain tu senyum senyum kambing jer..walaupun gitu...memang lembut dan sedap cupcakes ni...(apam kot)


Minta izin dari Anna Qawina untuk salin balik resepi nya....

YOGURT STEAMED  CUPCAKES
Sumber : AnnaQawina

bahan-bahan : *Ana buat separuh je*
  • 2 cawan gula castor ..kurangkan..( saya guna 1 cawan sahaja)
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 sdt serbuk koko
  • 1 sdt pes coklat

Cara-cara :
  • Campur semua bahan di atas dalam mixer.
  • Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  • Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  • Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) & campurkan serbuk koko & pes coklat, gaul sebati.
  • Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Sejukkan & simpan dalam bekas tertutup..
**Pes coklat & serbuk koko boleh diganti dengfan apa bahan lain jika inginkan kelainan..cth : jem/filling..& pewarna kesukaan**

**KENA GUNA API YANG BESAR UNTUK MENDAPATKAN APAM/KUIH YANG MEKAR, & PASTIKAN AIR KUKUSAN BETUL2 MENDIDIH BARU DILETAKKAN KUIH..**

**Penutup kukusan tu Ana tak balut dengan towel pun, tapi pastikan, masa nak buka penutup, air tidak menitik ke atas kuih, nak lebih selamat, balutle dengan towel kan..**


June 2, 2011

MUFFIN YOGURT


Assalamualaikum.....



Petang ni rasa macam nak demam jer, tekak pun rasa perit ...yg pasti kita ni dah terlalu letih kat opis...time cuti sekolah ni memang sibuk sangat...

Walau sesibuk mana pun...kita masih sempat godek godek di dapur. Gara gara nak menghabiskan yogurt....kita buat muffin yogurt.  
 


MUFFIN YOGURT
terjemahan: izahdaut

menghasilkan 10 biji muffin

120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran
1 tsp vanilla essence

Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry
Caranya:

1. Panaskan oven ke 180 C.

2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.

3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.

4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat  nanti muffin keras.

5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4  penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.

Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.



June 1, 2011

PANACOTTA MANGGA


 Jangan boring tau..tengok Panacotta lagi...bukan aper ... kebetulan ada buah mangga .. kita pelbagaikan perisa bagi panacotta ler pulak..

Hari ini kita layan panacotta mangga...best..masam masam manis gitu... buat jer terus habis di rumah ni..kalau ikut resepi ni dapatlah dalam 6 gelas macam dalam gambar tu....


Masih lagi menggunakan resepi dari rumah K.Nor tu....minta izin ye Kak
 
Sumber : K.Nor

Bahan2
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih siket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
Buah Mangga ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah mangga ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri mangga  keatasnya dan bolehlah dihidangkan.



KUIH LAPIS ASSALAMUALAIKUM  Tiba tiba bila free di musim PKP ni... terpandang blog kita yang dah lama tak kita tengok..hampir...